BATU PAHAT 13 Nov. - Seorang penunggang motosikal bukan sahaja putus kaki kanan akibat kemalangan dengan sebuah kereta di Tanjung Labuh di sini semalam, malah kakinya itu juga hilang dan belum ditemui sehingga hari ini. Dalam kemalangan pukul 2.30 petang itu, Muhammad Taufiq Ruzman, 23, putus di bahagian pertengahan betis selepas dia merempuh sebuah kereta. Seorang saksi, Hamizi Kamran, 39, berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Labuh menghala ke bandar menunggang motosikal Yamaha 125Z.
"Ketika sampai di simpang Bukit Kelicap di sini, mangsa telah merempuh sebuah kereta jenis Nissan Latio dan menyebabkan kakinya terputus dan dia tercampak di atas jalan raya,'' katanya. Namun bahagian kaki yang putus itu tidak ditemui oleh orang ramai termasuk anggota polis yang turut menggunakan khidmat anjing pengesan. - |
batmana posted on 13-11-2013 02:45 PM
aku rasa terpelanting masuk kt blkg kete 4WD..
pstu pemandunya tak pasan bawa balik umah..
batmana posted on 13-11-2013 02:45 PM
aku rasa terpelanting masuk kt blkg kete 4WD..
pstu pemandunya tak pasan bawa balik umah..
ADVERTISEMENT