CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Gadis Dilapah- Tubuh, Kepala, Kaki Dan Lengan Ditemui Dalam Beg Pakaian

9-4-2021 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3910| Komen: 14

Geng brutal yang merakam detik mereka membunuh dan memotong bahagian tubuh seorang gadis serta memasukkannya ke dalam sebuah beg pakaian, berjaya ditangkap selepas sebuah jengkaut 'tergali' mayat berkenaan.


Gabriela Lima Santana, 21, dilaporkan hilang pada 13 Mac, sehari sebelum hari jadinya, dan ditemui mati pada 24 Mac dalam serangan balas yang disyaki dilakukan oleh musuh kepada kumpulan yang disertainya.

Mayatnya ditemui di parit saliran oleh pekerja bandaran yang mengendalikan kerja pembuangan sampah di Capao da Canoa, selatan Brazil.

Kredit foto: Police handout


Menurut polis, salah satu lengan Gabriela ditemui ketika jentera tersebut mengaut sampah.

Tubuh, kepala, kaki dan lengan Gabriela kemudian ditemui dalam beg pakaian, lapor laman berita Caboco.

Dua bilah pisau dan gergaji turut dijumpai di dalam bagasi dan dipercayai digunakan untuk memotong gadis berusia 21 tahun itu.

Gadis itu dikenal pasti menerusi tatu khas pada tubuhnya, di mana salah satunya didakwa dikaitkan dengan geng tempatan.

Penemuan mayat gadis itu kemudian dikaitkan dengan sebuah video ngeri yang diterima polis pada 1 Mac, yang menunjukkan mayat seorang wanita dilapah di bilik mandi.

Dua individu telah diberkas setakat ini. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 9-4-2021 08:34 AM
baca pun dah ngeri.. adoii. mmg hati setan dorang ni
Quote bored_atticus 9-4-2021 08:46 AM
Terus aku rasa tak sedap bubur daging ni.. bila baca perkataan lapah..
Quote darkness 9-4-2021 08:48 AM
Hitam legam hati sampai sanggup potong manusia
Quote Noraniza_Iblis 9-4-2021 09:25 AM
ade ke video melapah tu..
Quote skinsandstars 9-4-2021 10:36 AM
serial killer? sadist?
Quote gideoncross 9-4-2021 11:37 AM
Cannibalism, mcm best. Wanna taste thigh meat.
Quote Artemesiaa 9-4-2021 12:10 PM
Brazil apa nak heran
Quote liyamariska 9-4-2021 05:16 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote ikanmasin 9-4-2021 05:25 PM
sejenis tak heran ni.siap melapah gitu jer.giler lah
Quote mizzmimi 9-4-2021 06:03 PM
Apeni.. Hilang 13 mac, jumpa 24 mac, video 1 mac? Camne nak jadik kes? Ke video contoh?
Quote Littlerara 11-4-2021 12:45 AM
Kalau brazil mmg gaduh geng extreme. Dulu selalu tengok blog karingeri kes kes mcam ni. Sekarang blog tu tak da dah.
Quote any42 11-4-2021 12:51 AM
Baca je pun dh seremmm yakmat. hrap xde vid tsebar dpn mata yg mmbuatkn jri nk click open pastu mnyesal xsudah.
Quote Rogue98 11-4-2021 01:34 AM
mizzmimi replied at 9-4-2021 06:03 PM
Apeni.. Hilang 13 mac, jumpa 24 mac, video 1 mac? Camne nak jadik kes? Ke video contoh?

1 Mac tu video mayat orang lain yg kena lapah. So polis kaitkan dgn pembunuhan gadis ni base on keadaan mayat gadis tu agaknye.
Quote mawarika 11-4-2021 02:28 AM
Mana videonya? Mcm menarik je..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050821 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top