CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengkak Berdarah Bibir Budak Darjah Satu Ditampar Cikgu Sekolah Agama

8-4-2021 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17588| Komen: 104

Seorang murid tahun satu mengalami kecederaan bibir bengkak dan berdarah akibat ditampar guru sekolah agama dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Kulai dekat sini Isnin lalu.


Menurut ibu kanak-kanak malang itu, Ida Sofea Mohamed, 34, memberitahu, pihaknya kecewa kerana guru berkenaan memberi alasan bahawa anak lelakinya berusia tujuh tahun menangis dan tiada tanda hendak berhenti.

Jelasnya, guru lelaki tersebut dikatakan hilang sabar lalu menampar muka anaknya.


Kosmo

“Bila saya ambil dia balik dari sekolah dan dia buka pelitup muka, saya nampak ada darah dan mulutnya bengkak. Bila diperiksa ada lebam darah beku dalam mulut dengan pipi bengkak sebelah.


“Petang itu saya membawanya ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi kebaskan mulut yang bengkak agar dia boleh makan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah ibu kepada dua orang anak itu lagi, apabila dia bersemuka dengan guru berkenaan pada keesokan harinya, guru itu mengakui menampar anaknya.

“Saya juga berasa kecewa dengan jawapan diberikan guru besar sekolah berkenaan yang hanya berkata ‘benda dah jadi’.

“Bagi saya, guru besar sebagai seorang pemimpin perlu lebih profesional dengan memberi janji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 8-4-2021 04:03 PM
Benda dah jadi???  GB jenis apa ni?  Jangan plak ramai yang back up kata, murid dulu2 kena rotan kena penampar, sebab tu jadi orang....sudehhhhhh....
Quote mdhelmi 8-4-2021 04:17 PM
xperlu jadi cikgu la kalau cepat hilang sabar
jual nasi lemak pon ok
Quote testly 8-4-2021 04:42 PM
Patut report polis n call jabatan agama report.  Kata ustaz sek agama kan.. sabar kan separuh dari iman...ke dah hilang terus iman tu dgr budak nangis...
Quote lavendernovella 8-4-2021 04:42 PM
Tampar jer cikgu tu balik sampai berdarah mulutnya dan sampai bengkak. Pastu cakap kat dia  "benda dah jadi, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merosak diri"  ..   haha
Quote kaoru44 8-4-2021 04:51 PM
Kasarnya cikgu..bdk baru drjh satu..biasa la nangis tu..
Quote msdummy.2018 8-4-2021 04:53 PM
Adoi cikgu pub..br drjah satu, kalo drjh dua fhmlah..kesian oo budak drjh satu thn ni..kita xtau umur 6thn dpt belajar apa..dhlah bnyk cuti jerrr..g mampus jer cikgu mcm tuh..hrp2 anak dia kena tibai
Quote debab_78 8-4-2021 04:54 PM
Bagi aku cikgu tu salah. Budak tu baru darjah satu kot
Quote tripleid 8-4-2021 05:03 PM
Edited by tripleid at 8-4-2021 06:09 PM

Mudah je nak bagi cepat hilang luka atau ulcer kat mulut..gunalah ubat gigi Safi Gamat..nescaya luka cepat sembuh spt sediakala

Quote Buritan 8-4-2021 05:07 PM
asamfish replied at 8-4-2021 04:03 PM
Benda dah jadi???  GB jenis apa ni?  Jangan plak ramai yang back up kata, murid dulu2 kena rotan ken ...

Cikgi cikguuu.. ikhlas dr saya bekas guru.. kalo dah nak tampo anak org baiklaa berenti jahhh.. cari keje lain wpun tukang cuci.. u sakit anak murid pun sakitt..
Quote Buritan 8-4-2021 05:09 PM
asamfish replied at 8-4-2021 04:03 PM
Benda dah jadi???  GB jenis apa ni?  Jangan plak ramai yang back up kata, murid dulu2 kena rotan ken ...

Sebenonyaaa kalo kes nampo budak.. hanya cikgu tuu saje yg kena.. gb hidup mcm biasa.. koh koh.. bkn dia yg tampo
Quote akies 8-4-2021 05:11 PM
Ganasnya guru sekolah agama main tampar2 lak.
Marah sudahla.
Quote mikasa 8-4-2021 05:12 PM
Buat medikal check up pastu report polis...viral tak guna
Quote najib888 8-4-2021 05:34 PM
Aku bukan nak generalise atau nak kondem sapa2, tapi ni cerita pengalaman aku. Ustaz kat sekolah, kalau yg ok, ok sangat.. kalau yg teruk tu, kira nak berangin sentiasa. Sekolah rendah, aku kena ketuk kepala dgn pembaris kayu kuning tu oleh seorang ustaz tanpa sebab.. dia penah bagi aku markah E bagi matapelajaran agama.. gred tersial yg pernah aku dapat.. walhal pada masa yg sama, waktu petang aku mengaji KAFA kat madrasah, aku selalu dapat no 1,2 atau 3 saja dalam ujian...
Masa sekolah menengah, di asrama, ustaz yg mengajar tu pulak mcm celaka. Jenis mark student.. kalau dia rasa tak suka, mmg dia bagi markah rendah. Pernah masa trial SPM, dia bagi aku markah gred C5, pastu suruh semak dgn kawan yg dapat markah A1 untuk buat pembetulan. Nak buat pembetulan jadah apa? Jawapan aku dgn kawan yg dapat A1 tu hampir sama, tapi ayat berbeza la..ada sekor lagi ustaz, yg ni tak ngajar kelas aku, kira nak lempang je student.. baju comot je, dia bantai pelempang sampai tersembam kawan aku..

Quote newyork 8-4-2021 05:35 PM
Edited by newyork at 8-4-2021 05:36 PM

Darjah 1 tu peralihan dr tadika kot.. kecik lagi.. suka2 ja nak lempang.. haihh bodoh punya cikgu. Dah lah tahun lepas pun tak sekolah,PKP.. mmg new environment la kat budak tu masuk sekolah.. eh geramnyaa.
Quote epal21 8-4-2021 06:20 PM
Baru darjah satu. Nakal macam mana pun takkanlah nak dilempang anak orang? Sekolah agama takde SOP ke untuk handle masalah disiplin macam Sek Keb?
Quote ifanonline 8-4-2021 06:39 PM
masih kurang iman cikgu tersebut...
Quote hipopopo 8-4-2021 06:48 PM
Mohon cikgu tu berhenti aje lah kalau dah sampai tampo menampo budak darjah 1
Quote supermum 8-4-2021 06:48 PM
At any age pun ko takleh nak tampar orang sukati. Ni dah dikira assault. Pukul orang dewasa dikira salah, what make you think boleh pukul kanak-kanak
Quote Nenolen 8-4-2021 06:53 PM
Suka suki tampo anak org...gamaknyer kat rmh pun jenis suka tanpo anak bini...sedey hidup...

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.098265 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top