CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ziana Zain Takut Baca Komen Fitnah, Lain Macam Cara Orang Sekarang Kritik Artis

8-4-2021 02:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5913| Komen: 26

Bergelar selebriti semestinya tidak boleh lari daripada pelbagai gosip dan kontroversi panas, lebih-lebih lagi di zaman teknologi yang memudahkan netizen menulis pelbagai komen negatif.


Enggan memandang serius kutukan dan fitnah yang dilemparkan netizen, penyanyi Ziana Zain, 52, berkata dia hanya berserah kepada Allah untuk menilai dan mengadili perbuatan berkenaan.


Foto: IG

"Saya baca (fitnah atau komen jahat di media sosial) sangatlah kejam, tapi apabila ingat balik siapa mereka nak menghukum kita... kerana hanya Allah SWT yang berhak menilai.

"Betullah akhir zaman akan banyak fitnah dan inilah yang sedang kita hadapi, apabila ingat tentang itu, kita jadi dah tak hairan.


"Saya hanya pesan pada diri... Ya Allah sekiranya hati, fikiran dan tangan yang menaip itu hanya untuk tujuan menyakitkan orang lain, semoga ia menjadi saksi di hari penghitungan kelak!" katanya kepada mStar.



Walaupun sekadar meluahkan pandangan secara umum, selaku artis senior Ziana berkata keterbukaan dalam memberikan komen dan kritikan boleh mengundang pelbagai kesan buruk.

Malah penyanyi lagu Putus Terpaksa ini berkata dia menyedari netizen hari ini lebih agresif dan gosip membabitkan selebriti lebih menakutkan berbanding ketika zaman di awal kemunculannya dahulu.

"Sekarang ini gosip tak macam dulu, tak ada media sosial, memang banyak perbezaan. Itulah keburukan di mana pengguna tak tahu guna media sosial dengan baik.

"Kita tak kacau pun mereka tapi timbul cerita begitu... saya baca sahaja tulisan netizen tapi tak perlulah dengan penuh kemarahan sebab memang itu kerja mereka nak kutuk orang," ujarnya.



Bercakap mengenai karier seni, Ziana kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Kampung Kolestrol yang akan bersiaran di TV9 pada bulan Ramadan ini.

Teruja dapat memegang watak utama dalam drama ini, Ziana berkata berlakon dalam karya komedi bukanlah tugas mudah, namun dia seronok melakonkan watak seperti itu.

"Saya bawa watak utama sebagai madu kepada Mas Idayu... nak buat kelakar ni bukan senang tapi saya terima tawaran ini kerana jalan cerita seronok dan pasangan pun best, jadi kelakar.




"Sejujurnya berlakon ni bukan senang macam menyanyi sebab komitmen daripada pagi sampai malam. Tapi sebab jalan cerita serta team yang best membuatkan kita seronok berada di set penggambaran.

"Tak sabar nak menantikan reaksi penonton dan mereka boleh menilai sendiri cerita ini! Semoga ia mampu menarik hati penonton," katanya.

Selain Ziana Zain dan Mas Idayu, Kampung Kolestrol arahan Suhaimi Lua ini turut dibintangi oleh Sufian Suhaimi, Aiman Tino dan Rusdi Ramli. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 8-4-2021 04:39 PM
Akka ZZ nampak semakin konfiden. Musti spirit naik balik dengan kontroversi sehangat ittew
Quote GegarVaganja 8-4-2021 04:52 PM
Kak G oi.
Bila nak keluar single baru.
Kak G donut sangat kan.

Quote Wayree 8-4-2021 06:50 PM
Kak g bertapa dr buat single chuolzz..lagu lama tk abes nk makan onzz ja lagu lama...
Quote Perawankota 8-4-2021 08:21 PM
Cantik LG ZZ ni
Quote fazamania 8-4-2021 08:28 PM
Masa ada laki, kena kongkong dengan bekas laki. Bengap jugak bekas lakinya tu. Bini dah legend kot time tu.
Quote fazamania 8-4-2021 08:31 PM
Entah2 komposer2 pon x berani nak buat album dgn ZZ sebab perangan ex dia mcm lahanat. Thats why dia pon asyik bagi alasan, nak cari material yg sesuai. Nah kau sampai ke sudah.

Harap ZZ buat comeback.

ZZ lagi elokkk comeback dlm dunia nyanyian bukan lakonan. Bukan nak kata berlakon tu dia x gheti tapi dah lama peminat yg semakin tua ni menanti lagu baru dari ZZ.

Quote Wayree 8-4-2021 08:46 PM
Kak g tk makeup lg syantik..bersihn natural ja muka..bila makeup dia cam garanzz walau tehtap syantek
Quote mrsbale 8-4-2021 08:50 PM
Baca tajuk benang td ingt kak zz join porum..
Quote rainbowrainz 8-4-2021 08:56 PM
Act kak jenna lagi lawa dr Kak erra tapi once dia bukak mulut halamak aiii...
Quote BicaraHatiku 8-4-2021 09:04 PM
fazamania replied at 8-4-2021 08:28 PM
Masa ada laki, kena kongkong dengan bekas laki. Bengap jugak bekas lakinya tu. Bini dah legend kot t ...


Laki dia sherammmm budak2 MAS je tahu berapa hazab nye kalu kena fly dgn ex laki dia tu. Meols salah sorang nye  
Quote fadz84 8-4-2021 09:32 PM
BicaraHatiku replied at 8-4-2021 09:04 PM
Laki dia sherammmm budak2 MAS je tahu berapa hazab nye kalu kena fly dgn ex laki dia tu. Meols s ...

Camne attitude laki dia? Ex ketua pramugara kn?
Quote Anne15 8-4-2021 09:34 PM
BicaraHatiku replied at 8-4-2021 09:04 PM
Laki dia sherammmm budak2 MAS je tahu berapa hazab nye kalu kena fly dgn ex laki dia tu. Meols s ...

Kenapa wey citer laaa
Quote BicaraHatiku 8-4-2021 09:37 PM
fadz84 replied at 8-4-2021 09:32 PM
Camne attitude laki dia? Ex ketua pramugara kn?

Garang tak bertempat mcm power crave pon juga
Quote Thunderclouds 8-4-2021 09:38 PM
BicaraHatiku replied at 8-4-2021 09:04 PM
Laki dia sherammmm budak2 MAS je tahu berapa hazab nye kalu kena fly dgn ex laki dia tu. Meols s ...

Spill the tea plisssss hahahahahhaa
Quote BicaraHatiku 8-4-2021 09:44 PM
Anne15 replied at 8-4-2021 09:34 PM
Kenapa wey citer laaa

Ceriter lama malas nk elaborate tapi mmg tense la kerja kalu leading laki dia. Salah sorang manusia yg x ingin crew2 nk bertembung atau flight lagi sekali.
Quote BicaraHatiku 8-4-2021 09:53 PM
Edited by BicaraHatiku at 8-4-2021 10:31 PM
Thunderclouds replied at 8-4-2021 09:38 PM
Spill the tea plisssss hahahahahhaa

Malas meols nk terobek. Ni link boleh baca >> https://kabarsweett.blogspot.com/2018/03/netizen-ini-bongkar-sikap-sebenar-suami.html?m=1
Quote Wayree 8-4-2021 10:10 PM
BicaraHatiku replied at 8-4-2021 09:44 PM
Ceriter lama malas nk elaborate tapi mmg tense la kerja kalu leading laki dia. Salah sorang manusi ...

Sbnrnya masa dlm intebiew zmn zz ada anak 2 zz dh bgtau laki sheol garang n kerek. Tuh sheol sndiri bgtau dlm intebieu masa memula kenal xsomi dia. Dia fly gn somi dia first time masa dia jd stwrdes.. Sheol siap g ngmpat gn geng sheol mamat nih kerek n garangz. Tup tup tap jd somi sheol. Huarghhh..meol ase masa awal 90 an .sheol duty skali gn x tuh .
Quote BicaraHatiku 8-4-2021 10:33 PM
Wayree replied at 8-4-2021 10:10 PM
Sbnrnya masa dlm intebiew zmn zz ada anak 2 zz dh bgtau laki sheol garang n kerek. Tuh sheol sndir ...

Betul lah tu..dia tu patut jadi artis. Bini baik tpi laki hurmmm
Quote tumpanglalu74 8-4-2021 10:38 PM
[youtube]rvpCctb_Qxc[/youtube]
https://youtu.be/rvpCctb_Qxc

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.042185 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top