CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Logo Jenama Barat Dikaburkan Stesen TV China

8-4-2021 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1828| Komen: 7

Logo jenama Barat dikaburkan stesen televisyen China sebagai sokongan terhadap kempen kapas Xinjiang.

Langkah itu menyebabkan tayangan program terpaksa dilewatkan apabila penyunting video produksi terpaksa menapis segala-galanya dari kemeja-T hingga kasut.




Jenama Barat menghadapi reaksi balas di China selepas mereka menyatakan keprihatinannya terhadap tuduhan penggunaan buruh paksa minoriti Uighur.

Beijing menafikan perkara itu dan dalam beberapa hari kebelakangan ini banyak jenama Barat menghadapi boikot.

Langkah itu menimbulkan kemarahan besar-besaran dalam talian dan selebriti secara terbuka memutuskan hubungan dengan jenama Barat dan menyatakan sokongan untuk kapas Xinjiang.

Kini, rancangan televisyen popular juga bergegas menunjukkan sokongan mereka.

Beberapa jenama lain yang terbabit dalam kontroversi itu termasuk Nike, Adidas dan Puma serta semua anggota Better Cotton Initiative (BCI), sebuah kumpulan bukan berasaskan keuntungan yang mempromosikan pengeluaran kapas lestari.


Kumpulan itu mengatakan pada Oktober mereka menangguhkan aktiviti di Xinjiang serta melesenkan kapas di wilayah itu, dengan alasan dakwaan peningkatan risiko buruh paksa.

Pada Disember lalu, BBC menerbitkan penyelidikan dakwaan ratusan ribu kaum minoriti termasuk etnik Uighur didakwa bekerja secara paksa di ladang kapas di Xinjiang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lwyl 8-4-2021 02:00 PM
Dilraba dimarah sebab tak bagi komen apa-apa tentang penganiayaan terhadap Uighyur.

Ramai artis China yang cut ties dengan jenama seperti Nike, Adidas dan lain-lain. Rasa macam paksarela.
Quote Artemesiaa 8-4-2021 02:05 PM
Market mereka besar rugilah tokey jenama tu semua
Quote bulalof 8-4-2021 02:07 PM
kira cam free ad jer kalau nampak logo tu. baik blurkan.
Quote sukacactus 8-4-2021 02:09 PM
Sakit plak mata tgk sana sini blurred
Quote kakikuDibibirmu 8-4-2021 03:06 PM
Tak apa, China kan abang kita
Quote dodolgemok 8-4-2021 03:16 PM
Eleh sembang kau. Ujong2 ifon jugak puak2 ni cari dan hadap! Anyway, adik hisappuding taknak komen apa2 mengenai ini ke? Kan abang tgah kena attach dgan usa tu.
Quote tompie 8-4-2021 03:18 PM
kalau pegi outlet kat UK mcm Bicester penuh org2 China aje.
siap shop assistant kat boutique pun kena ada yang Chinese speaking.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.039811 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top