CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Suami Bengang Dengan Adik-Beradik Isteri-Datang Rumah Berlenggang, Balik Habis Bersepah

5-4-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7746| Komen: 29

Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Ia bermaksud apabila berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat baharu itu.


Apatah lagi jika kita merupakan tetamu, sewajarnya kita menjaga adab dan perilaku sebagai menghormati tuan rumah.

Namun masih ada individu yang tidak mempunyai 'common sense' sebagai tetamu, sebagaimana luahan yang dikongsikan seorang pelayar ini.

Menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), pelayar ini berkongsi kisah mengenai adik beradik ipar yang mempunyai perangai buruk apabila berkunjung ke rumahnya.

Gambar Hiasan

"Mentua saya tinggal dengan saya. Alhamdulilah kami OK saja bahagia, ada masalah-masalah kecil kami terus bincang elok-elok.

"Cuma ada satu perkara. Adik beradik isteri saya selalu datang rumah kami untuk melawat mak, biasanya bermalam satu atau dua hari. Saya tak kisah pun mereka datang tidur beberapa hari.

"Yang saya kisah, mereka tak jaga kebersihan. Kalau dah balik, tempat tidur tinggal macam tu saja. Kalau lipat toto, macam tak lipat dan letak di tempat yang disediakan," luahnya.

Apa yang lebih membuatkan pelayar ini bengang, adik beradik iparnya hanya tahu goyang kaki dan tidak langsung menjenguk ke dapur untuk membantu isterinya memasak.

"Sibuk main handphone... pinggan cawan memang tak la nak basuh. Lepas minum cawan tak basuh, nak minum ambil cawan lagi. Bersusun... saya kesian dengan wife, dia selalu mengadu penat melayan adik beradiknya sendiri. Mereka ni tak ada rasa kesian ke dekat kami?" tulisnya lagi.


Foto: mStar

Memandangkan sikap lepas tangan tersebut, pelayar ini dan isterinya terpaksa bergotong royong membersihkan kembali rumah mereka selepas kepulangan adik beradik iparnya.

"Kesian dekat tuan rumah. Kami ni tak nak bising-bising, nanti merajuk. Dan kalau datang rumah melawat mak, bawalah buah tangan... ini datang berlenggang. Balik tinggalkan pula kerja untuk kami.

"Aduhai, korang dah besar tapi perangai tak matang langsung. Harap yang baca ni dapat berubah," tulisnya lagi.

Sehingga kini posting tersebut meraih sehingga hampir 150 shares di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan dan mengesyorkan agar pelayar tersebut menegur sikap ipar duainya agar kejadian sama tidak berulang.

"Nak tamatkan situasi makan hati ni senang se... suruh isteri sound. Kalau tak 'jalan', awak pula sound.

"Kena tegas. Kalau tak faham bahasa ni memang susah nak cakap.

"Cadangan, beli stok pinggan mangkuk pakai buang. Tuan rumah pun pakai sekali kalau mereka datang. Lepas mereka balik, pakai pinggan mangkuk biasa," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 5-4-2021 03:37 PM
Mamazat ke yang merempan ni chuols
Quote pxlbb 5-4-2021 03:39 PM
Ko pegi rumah org wajib tolong mengemas yach anak teenagers baik jantan ke betina jgn pandai isi perut pastu membongkang mcm tapir tengok ig dgn gigi korang yang penuh besi itu. Muka hodoh perangai hodoh.
Quote batmana 5-4-2021 03:53 PM
laki cmni jenis dayus
tak pandai jaga isteri

ko pi la amik kayu ke, ketuk sket ipar2 tu

cmtu pun nk aja?..merintih dlm socmed lak ada masa, buat benda simple tk le pikir sbg lelaki ka?

camtu bini hang jadi hamba abdi adik bradik dia la sampai mati
Quote Lentera 5-4-2021 04:16 PM
pxlbb replied at 5-4-2021 03:37 PM
Mamazat ke yang merempan ni chuols

Terdetik gak nama tu tadi
Quote salmon-suki 5-4-2021 04:28 PM
Lorrr..xkan laa bini tu bisu xde nak marah adik beradik dia?hellooo..even ai kt rumah my parents,kalau adik beradik ai xbasuh pggan,buat sepah,mmg kena bebel laa dgn ai..

Ni lg rumah sendiri,mulut ada kan..xkan ngn adik beradik pun takut?xleh nak cakap apa2?huhhhh. Kalau adik beradik bermasam muka,peduli hape..dah perangai x semenggah,elok cantas terus drpd sendiri mkn hati
Quote chandrahusin 5-4-2021 04:58 PM
Yg pemalas ni mmg tak tau malu ke
Mcm mana tebal muka datang rumah org boleh buat bodo
Cuci pinggan kemas semua tu nak kena masuk syllabus sekolah kaaaa
Ke kat rumah pun terbongkang 24 jam
Quote anakmak 5-4-2021 05:31 PM
chandrahusin replied at 5-4-2021 04:58 PM
Yg pemalas ni mmg tak tau malu ke
Mcm mana tebal muka datang rumah org boleh buat bodo
Cuci pingga ...

Masuk syllabus sch pon belum tentu lulus kalau dah dasar pemalas dan tak tau malu

Ipar duai ni dia ingat rumah adik beradik rumah dia jugak agaknya
Masuk toilet tinggal pampers anak diaorg dalam tong sampah dlm toilet luar toilet
Melekat kot bau busuk kat tong sampah
Bukan baby nyusu ni dah masuk 3 tahun
Melepek satu family berterabur satu ruang tamu yg laki layan game kat hp yg bini layan group watsapp
Haaa bagus
Anak2 korang sapa nak layan

Org kawen korang nak kawen
Org beranak korank nak beranak
Org bertandang kau pun tiap2 minggu x miss datang
Nak sepah ka nak sidai Spender atas sofa ka bra kat tingkap ka
Buat la kat rumah sendiri ya
Ni rumah org bukan rumah percutian korank

Sekian pengalaman sendiri
Quote depresio 5-4-2021 05:37 PM
batmana replied at 5-4-2021 03:53 PM
laki cmni jenis dayus
tak pandai jaga isteri


Suami bodoh mmg macam ni
Alasan urusan family awak sy tak nak masuk campur tu dijadikan sbb untuk tak lindungi isteri..

Kalau aku peduli apa
Ni bini aku
Bini aku pon kalau nak back up sgt bila aku sound family tak sememngah dia. Ko balik duduk dgn family ko.. jangan jd bini aku
Quote shreyasehgal123 5-4-2021 06:07 PM
There are many iconic places to visit here in Delhiand all these hang outs will be made jolly and jovial with me.
Independent delhi escorts
Female delhi escorts

Quote lattehazelnut 5-4-2021 06:25 PM
Sound je.. kau bising kat krt ingat ada perubahan apa2 ke?
Quote helicornia 5-4-2021 06:49 PM
kdg2 fikir bagus gak covid ni.kurang sikit aktiviti berkumpul, kunjung mengunjung
Quote LadyCarefree 5-4-2021 07:34 PM
Buat je macam chepone. Baru nak sedar kot.
Quote fealefea 5-4-2021 07:36 PM
Kalau sound mak mertua die pulak hilang anak lain. I fhm situasi tersepit. Nasib la kalau didikan sedari kecil camtu. Wife awak mmg buat senua utk adik dr kecik. Utk teguran halus, minta anak2 diorg bawak kutip cawan dan minta tlg basuh.
Quote HuoJingJue 5-4-2021 07:56 PM
takleh sound direct ker yg sampai nak taip ke alam maya...
Quote sofyayra 5-4-2021 08:47 PM
Officemate aku ada gini la dulu. Bila mak pak mentua dia dtg, diorg prefer tido rmh member aku. Walaupun ada lagi 3 org anak yg dok kat area berdekatan.

Dan setiap kali tulah, depa akan checkin kt rumah tu spjg pak mak mentua dia ada. Kalu seminggu, seminggulah. So kdg dtg keja nampak naw dia punya mengantuk, psl tido pun pkl 2/3 pg.

Selalunya dia n mak mentua dia la masak tp yg lain ada la tolong sikit2.
Quote nurul_akmar 5-4-2021 09:29 PM
Bila aku tgk ig yg ada adik beradik dia sume lelaki dia sorg je pompuan n ramai komen untungnya dia xyh tutup aurat kalau balik kampung ramai2, aku terpk.. hmm susah nnt dia nk tegur kakak2 ipar dia kalau dorg malas or pengotor ke..

Lebih baik dpt adik beradik pompuan sume.. mmg kena setiap masa jaga aurat kalau balik kampung ramai2, tp kita boleh selamba je sound adik beradik sendiri..

Sesungguhnya sound adik beradik perempuan sendiri yg dorg tu pemalas Lagi senang walaupun depan suami2 dorg (ipar2 lelaki) tanpa teruk sgt terasa. Jarang la ipar lelaki nk sentap lelama. dari nak sound adik beradik lelaki sendiri pemalas n pengotor. Takut isteri2  dorg (ipar2 pompuan) yg terasa lelebih. Last2 merajuk x balik kg setahun.

Tp 2-2 pon ada pro n cons.. kalau dah tabiat malas or pengotor tu mmg dh terbentuk dr kecik, mebi campak je la dorg kelaut.
Quote hareeeesah 5-4-2021 10:06 PM
Kalau aku memamg sound je dah kata adik beradik. Dah la mak tu dijaga, otak tak bleh pikiaq ka???  
Tp kan kalau korang pegi rumah yang memang sepah.. cmna nak tolong? Kalau sink 2, dua 2 penuh. Kalau meja 2, dua meja tu la penuh. Nak praktik adab tolong tang mana tak tau
Quote becir 6-4-2021 12:38 AM
anakmak replied at 5-4-2021 05:31 PM
Masuk syllabus sch pon belum tentu lulus kalau dah dasar pemalas dan tak tau malu

Ipar duai ni ...

U cakap pasal family suka baring kat ruang tamu, teringat anak menantu makcik I..asalkan datang rumah my mum selamba je semua baring tido terbongkang depan TV buat macam rumah sendiri walaupun kejap je.Sama Gak bila berkunjung rumah makcik I, tak reti masing2 nak bangun duduk elok2 depan my mum..macam takde manners je memasing. Budak2 I faham tapi ni dah Tua kot.
Quote Queenmastani 6-4-2021 04:40 AM
Ada je ipar duai dtg semata nk mkn free..sbb apa aku ckp mcm tu datang dr pukul 11 balik dekat pukul 1 pagi...dtg je arah2kn bibik aku..bibik aku mg boolayan jee..nnt tgh hari order je nk mkn apa dinner pn sama..sib bek cepat tersedar nape theyolss dtg tiap2 minggu ni..last2 aku guna kuasa veto aku..trus stop

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.056312 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top