CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ajak Sharnaaz Naik Belon Panas Sambil Berpeluk- Shukri Yahya Tak Sindir Sesiapa, Gurau Je

5-4-2021 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4470| Komen: 19

Nama Shukri Yahaya tiba-tiba sahaja menjadi bualan hangat sejak minggu lalu selepas video Instagram live (IG live) dia bersama aktor Sharnaaz Ahmad menjadi tular.

Antara topik gurauan yang mencuit hati netizen ialah mengenai isu rentas negeri atas urusan kerja dan pelawaan untuk membawa Sharnaaz menaiki belon panas.

Susulan itu ramai yang mula mengaitkan usikan Shukri atau nama sebenar, Mohd Shukri Yahaya, 33, itu terarah kepada mereka yang pernah ada kaitan dengan Sharnaaz.


Kredit foto: mStar Online

Tampil menjelaskan mengenai hal berkenaan, Shukri bagaimanapun menolak untuk dikaitkan dengan mana-mana pihak.

"Dalam video itu saya hanya bergurau dengan Sharnaaz dan ia tidak melibatkan atau ditujukan kepada sesiapa.


"Semuanya memang perbualan spontan saya dengan dia. Sebenarnya, saya memang suka bergurau dengan Sharnaaz dan saya nak tunjukkan kepada peminat yang dia ni kelakar orangnya.

"Yela, selalu dalam media sosial dia, orang nampak Sharnaaz macam seorang yang serius, sebab itu saya suka kacau kalau dia buat IG live. Saya ajak dia berborak agar peminat dapat tengok sisi lain Sharnaaz yang sebenarnya merupakan seorang pak lawak," katanya ketika dihubungi mStar.

Berhubung gurauan Shukri mengajak Sharnaaz, 36, untuk menaiki belon udara panas, peminat membuat spekulasi bahawa perbualan mereka itu dilihat seperti ingin mengajuk cara lamaran usahawan Engku Emran Engku Zainal untuk Noor Nabila Mohd Noor

Untuk rekod Noor Nabila adalah bekas isteri Sharnaaz dan kini sudah menjadi isteri Engku Emran pada 19 Mac lalu.

Kredit foto: mStar Online


Selain itu bapa kepada dua cahaya mata ini juga berkata persahabatan dengan aktor kelahiran Pulau Pinang berkenaan sedikit sebanyak mempengaruhi cara percakapannya.

"Kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan memang suka bergurau kasar antara satu sama lain. Kalau borak dengan dia automatik akan bertukar cakap macam orang Penang... padahal saya orang KL.

"Itulah penangan kalau dah rapat dengan Sharnaaz. Dalam drama memang orang nampak saya selalu berlakon watak macam lelaki serius dan bergaya macho tapi sebenarnya saya pun suka melawak dan bergurau macam Sharnaaz... itu yang kami boleh jadi kamceng," ujarnya lagi.

Kredit foto: mStar Online

Sementara itu bercerita mengenai perkembangan seni, drama terbaharu Shukri berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa lakonannya bersama Uqasha Senrose dan Marsha Milan kini ditayangkan di slot Mega Drama pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (123). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote milafida 5-4-2021 12:38 PM
Kaw2 sharnaz bagi tapi lobenak tak melompat plk
Quote NurAlia14 5-4-2021 12:44 PM
Pandai la tu konon nk tunjuk sisi kelakar sharnaz pdhal die mmg suke bahan kawan tu huhu
Quote mieymiey 5-4-2021 12:51 PM
Yang ni pentaksub Hajah Lofa taknak maki hamun ka kata "Syukri Yahya dan Sharnaaz Ahmad busuk hati dengki kat Nabila, takleh move on lagi. Orang sindir ni selalunya hidup tak bahagia, hati busuk". Takkan pilih bulu kot? Tapi knowing pentaksub kan. Tak heran la.
Quote kakakgarang 5-4-2021 12:56 PM
Thread ni da ada kan.. lol
Quote Temenung 5-4-2021 01:03 PM
Gambar atas tu mamu dah ensem.cuma kena tebas jambang
Quote MsCinderella 5-4-2021 01:22 PM
Temenung replied at 5-4-2021 01:03 PM
Gambar atas tu mamu dah ensem.cuma kena tebas jambang

tu la..tebal sgt jambang dia.....
Quote makcun14 5-4-2021 02:59 PM
Tu diaaa.. kalau kakafaz cakap macam ni, mau meloncat lobenak . Tapi kalau nanaz and the  gang tak sentap pulak depa ye
Quote buapakperut 5-4-2021 03:02 PM
lebat sangay janggut dh macam jual karpet
Quote copy_paste 5-4-2021 03:04 PM
org mcm tu sebenarnya memang kelakar,tapi sekali dia meradang hah kau
Quote MadameOnion 5-4-2021 03:05 PM
family sskjp takleh disentuh langsung,,satgi lobenakians jadi gila babi sbb termakan taik keluarga hajah fake
Quote ketambangkang 5-4-2021 03:26 PM
tertunggu jgk adik beradik jahlop post kata2 motivasi bermadah pujangga kat igs masing2 psl tu
Quote Belibis 5-4-2021 04:23 PM
Dah macam papa gomo pulakkk
Quote mrsLY 5-4-2021 04:33 PM
tebai jambang bang nanas
Quote HoneyManjer 5-4-2021 05:13 PM
sejak bila kapel dengan nanaih plak mamat nih
Quote matjerk 5-4-2021 05:27 PM
IG belon tu pun..repost balik syuk pnh naik belon..
Screenshot_20210405-172657_Instagram.jpg Screenshot_20210405-172418_Instagram.jpg
Quote syidasaleh 5-4-2021 06:34 PM
makcun14 replied at 5-4-2021 02:59 PM
Tu diaaa.. kalau kakafaz cakap macam ni, mau meloncat lobenak . Tapi kalau nanaz and the  gang tak s ...

Tak smpi hati nanti kena maki ngan nenas. Shukri lak modal lobenak berangan.
Quote shiraloveyou 5-4-2021 07:28 PM
matjerk replied at 5-4-2021 05:27 PM
IG belon tu pun..repost balik syuk pnh naik belon..

Macam mat romeo plk shukri dlm gambar ni..maniss
Quote scarflicious 5-4-2021 08:12 PM
makcun14 replied at 5-4-2021 02:59 PM
Tu diaaa.. kalau kakafaz cakap macam ni, mau meloncat lobenak . Tapi kalau nanaz and the  gang tak s ...

Agaknya masa nak cerai dah buat akujanji. Jgn serang nenas. Bagi tgk ank. Baru kasik cerai.
Quote Cassieopeia 6-4-2021 10:23 AM
Kemain bahan dah sah2 menjurus ke kakak terpaling tp senyap je lobenak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048300 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top