CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tapak Loji Nuklear Di Malaysia Telah Dikenalpasti - Anda Bagaimana?

21-7-2012 09:59 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5222| Komen: 79

K'jaan kenalpasti 7 tapak loji nuklear, dakwa NGO
  • Kow Gah Chie
  • 3:51PM Jul 19 2012

Sebuah gabungan hari ini mendakwa bahawa kerajaan telah secara rahsia meneruskan projek loji kuasa nuklear dan telah mengenal pasti tapak yang berpotensi untuk tujuan itu, walaupun mendapat bantahan rakyat.

Kerajaan, melalui Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), telah
mengenal pasti tujuh tapak untuk loji janakuasa nuklear unit berkembar, kata jurucakap Gabungan Menentang Nuklear Malaysia (MyCan), Dr Ronald McCoy (kiri).

Tujuh tapak tersebut terletak di empat negeri - satu di Kedah dan masing-masing dua di Perak, Terengganu dan Johor, katanya dalam satu sidang akhbar.

McCoy berkata lima daripada tapak itu terletak berhampiran kawasan
pantai, manakala dua tapak lagi terletak di pedalaman - Tasik Temenggor di Perak dan Tasik Kenyir di Terengganu - kerana jumlah besar air diperlukan untuk menyejukkan reaktor berkembar itu.

Beliau berkata, gabungan itu telah memperolehi maklumat yang tepat dalam tempoh sebulan, tetapi tidak dapat mendedahkan sumber-sumbernya dan kawasan potensi yang tepat untuk melindungi sumber-sumber tersebut.

10

Bagus
6

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-7-2012 01:42 PM
abang travie mccoy ke ni?


neway, jgn pk pasal meletop dulu...

air cukup ke nak bekalkan pada reaktor plants tu?
Quote SulurBidar 20-7-2012 01:50 PM
abang travie mccoy ke ni?


neway, jgn pk pasal meletop dulu...

air cukup ke nak bekalkan pa ...
shernazz Post at 20-7-2012 13:42



Kalau ko lihat lokasi dan cadangan tapak loji, ia berdekatan dgn sumber air memandangkan cooling system merupakan perkara asas dalam membina mana-mana loji yg berkaitan dgn pembakaran / exothermic reaction .. or what eva...


namun, kegusaran aku bukanlah berkisar kepada safety of the plant itself tetapi lebih kepada..................
Quote shernazz 20-7-2012 02:02 PM
Reply 3# SulurBidar


   Itu nasib malaysia dpt hujan banyak mm setahun..kalo kurang mm nya? maksud ko lebih kepada apa? politikus juga kah?
Dan Malaysia perlukan banyak loji nuklearkah untuk melancarkan kegiatan yang berklaitan dengan nuklear ni? Contohnya letrik?
Quote SulurBidar 20-7-2012 02:10 PM
Reply  SulurBidar


   Itu nasib malaysia dpt hujan banyak mm setahun..kalo kurang mm nya? maksu ...
shernazz Post at 20-7-2012 14:02



Berkenaan dgn loji nuklear ni, I'm keen to discuss / to share about the technicalities of the matter/specification only..

Aku tak berminat nak bincang pasal politik (walaupun ia ada berkaitan dgn politik) coz kalau bincang pasal politik, tak akan sampai kemana..

Bab safety, aku tiada masalah coz setakat ni, M'sia masih bagus dgn rekod safetynya (walaupun terdapat kemalangan industri) memandangkan kita ada Akta Perlesenan Tenaga Atom 198x ? (aku dah lupa)..

Aku lebih bimbangkan pasal gegaran gempa bumi kerana walaupun M'sia terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, namun semenjak dua menjak ni, setiap gempa bumi yg berlaku di Indonesia, M'sia akan terkena tempias gegarannya..
Quote shernazz 20-7-2012 02:14 PM
1984..


erm..kalo ikutkan memang dh hampir sangat, sedangkan Sumatera sana gempa pon, kita masih dpt merasa walaupon tak kuat...

kalo ikutkan perancangan tu, kedah lebih senang kene tsunami..sebab dia x de perlindungan dari sumatera..situ adalah lebih bahaya..lain2 tempat, x pasti la

aku bukan tau sgt..sekadar melihat
Quote cepheid 20-7-2012 02:19 PM
Kenal pasti tak semestinya akan dibina.. by the way, kalau tak silap UTM yang buat survey ni. Banyak faktor dipertimbangkan selain dekat dengan sumber air.
Quote SulurBidar 20-7-2012 02:22 PM
1984..


erm..kalo ikutkan memang dh hampir sangat, sedangkan Sumatera sana gempa pon, kita masih ...
shernazz Post at 20-7-2012 14:14



Bagus!
Even based on common sense, ko pun tau risk of the nuclear plant..

Previously, aku sokong pembinaan loji nuklear kerana ia dapat menjimtkan kos di samping kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap gas..

Namun berdasarkan situasi terkini keadaan mukabumi Asia Tenggara, aku merasakan kurang selamat... plus pandangan ko tadi..
Quote shernazz 20-7-2012 02:26 PM
Reply 8# SulurBidar


   untuk long term memang bagus berdasarkan bilangan penduduk yang semakin meningkat...dan permintaan semakin tinggi dengan adanya penggunaan untuk kapasiti yang besar2...ini memang berguna

tapi kalo dah jadi cm fukushima, mungkin akan membawa akibat cm chernobyl juga
Quote SulurBidar 20-7-2012 02:37 PM
Kenal pasti tak semestinya akan dibina.. by the way, kalau tak silap UTM yang buat survey ni. Banyak ...
cepheid Post at 20-7-2012 14:19



  oh!

UTM rupanya...

Kalau begitu, aku yakin ramai para pemikir sains nuklear kat sana buat kaji selidik serta pelbagai pertimbangan harus diambil kira, lebih-lebih lagi stigma pemikiran masyarakat M'sia masih dimomokkan bahawa:-

Nuklear => radiasi => maut..

satu persoalan yg berlegar..

nuclear waste disposal.... Ini jugak menjadik masalah berhantu pada golongan cendikiawan atom ni..
Quote SulurBidar 20-7-2012 02:39 PM
Reply  SulurBidar


   untuk long term memang bagus berdasarkan bilangan penduduk yang semakin m ...
shernazz Post at 20-7-2012 14:26



Chernobyl berlaku disebabkan industrial accident... same as MIC incident di Bhopal, India dan Piper Alpha di negara Barat..

Namun di Fukushima adalah disebabkan bencana alam.. dan kebimbangan ko itu berasas memandangkan kita dikelilingi oleh lautan.
Quote darkharis 20-7-2012 02:42 PM
buat kat kl tak boleh ka?.....
Quote SulurBidar 20-7-2012 02:43 PM
buat kat kl tak boleh ka?.....
darkharis Post at 20-7-2012 14:42



Kalau ikut kepala hotak aku, aku nak buat sebelah istana negara yg baru jek.. hehehehehe!!!
Quote kecimpret 20-7-2012 02:46 PM
Aku sapot johor!
Quote darkharis 20-7-2012 02:47 PM
Reply 13# SulurBidar


    kejam wooo...buat kat ulu2 banat, celah2 kg..... pencemaran pada alam sekitar, esok2 ada binatang jadi mutant.... kalu berlaku ape2 bantuan lambat sampai....

patut buat kat tmpt ramai manusia yg membuat pencemaran .... terbaik kat sebelah parlimen.... kalu meletup cepat sikit tukar pemimpin....
Quote shernazz 20-7-2012 02:51 PM
aku rasa kalo ade nuklear ni  akan datang, maka, ramailah graduan berkelulusan nuklear ape ape ape ape....maka, berlambaklah ..
Quote SiNoob 20-7-2012 02:53 PM
kalau pakai reactor nuclear ni..bil api boleh kurang ke??
Quote the_killer 20-7-2012 03:06 PM
ader satu loji sampah dijadikan sumber elektrik..tu loji ape eh?
Quote SulurBidar 20-7-2012 03:17 PM
kalau pakai reactor nuclear ni..bil api boleh kurang ke??
SiNoob Post at 20-7-2012 14:53



Kalau TIADA campurtangan/keterlibatan politik jijik, maka bil api dapat dikurangkan..
Berapa peratus? aku malaz nak pikr.
Quote SulurBidar 20-7-2012 03:20 PM
ader satu loji sampah dijadikan sumber elektrik..tu loji ape eh?
the_killer Post at 20-7-2012 15:06



Aku dah tak ingat..
Seingat aku, lebih kepada incinerator di mana bahan buangan akan dibakar dan proses pembakaran itu plak akan menghasilkan steam (saturated steam or not, I'm still lazy to think about it)..

Steam inilah mampu menggerakkan..... impeler dan seterusnya menghasilkan tenaga elektrik..


p/s: kepala otak aku dah berkarat!

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.085545 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top