CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cucuk Budak Guna Garfu Sampai Habis Cedera Di Tangan Dan Kepala

25-3-2021 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2704| Komen: 6

Description: Wanita kurang siuman, cucuk kanak-kanak guna garpu https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ak-kanak-guna-garpu Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mac 2021 @ 8:45 AM Omar Ahmad am@hmetro.co ...
Johor Bahru : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, cedera di bahagian kepala dan tangan akibat dicederakan wanita kurang siuman menggunakan garfu di Taman Mount Austin, di sini, semalam.


Dalam kejadian 8 pagi itu, kanak-kanak terbabit dipercayai berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu susulan laporan dibuat bapa mangsa.

Gambar Hiasan, Foto: Harian Metro

"Semasa berada Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman.

"Wanita itu sudah cucuk anak perempuan pengadu menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian, suspek melarikan diri.

"Suspek yang tidak dikenali itu dipercayai kurang waras. Polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 25-3-2021 10:51 AM
Kesian ..nasib tak kena mata
Quote Artemesiaa 25-3-2021 11:48 AM
Pesan dengan budak nampak orang gila jauhkan diri jangan provoke takut dia apa2kan sendiri yang susah.
Quote Belibis 25-3-2021 12:11 PM
Ko kenapaaaa..ingat kasim selamat ke?
Quote Chriatina 25-3-2021 08:32 PM
Kesian budak tu
Quote Carcosa 25-3-2021 11:41 PM
Baru je sembang dgn laki meols. Dia pesan kalau nampak org gila, especially bila dgn anak, silalah jalan the other way. Sbb org gila ni unpredictable lah kan. Dan kederat diorang ni lain mcm
Quote Skuau 26-3-2021 12:01 AM
Belibis replied at 25-3-2021 12:11 PM
Ko kenapaaaa..ingat kasim selamat ke?

kasim selamat mana cucuk garpu kat kepala.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.277860 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top