CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Runtuh Di Cameron Highland

12-11-2013 03:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11147| Komen: 52

12 November 2013               

CAMERON HIGHLANDS - “Saya pandang sekali imbas ke belakang dan ternampak sebuah kereta Proton Iswara melambung tinggi melepasi kepala Ajid sebelum saya diseret tanah”.
  

     
Demikian kata mangsa tanah runtuh, Mohd Norsofwa Abdul Wahab menceritakan detik awal kejadian tanah runtuh yang menimpa rakannya, Abdul Yazid Abdul Aziz, 30an, atau Ajid di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang dekat sini, kelmarin.
        
Menurutnya, dia tidak sedarkan diri beberapa saat sebelum mendapati longgokkan tanah dan zink berada beberapa jengkal sahaja dari mukanya.
        
“Ketika berusaha mengeluarkan kaki dari timbunan tanah, tiba-tiba saya terdengar jeritan meminta tolong.
“Saya kuatkan semangat untuk selamatkan diri dan bantu rakan lain,” katanya.
        
Mohd Norsofwa berkata, sejurus itu, dia mendapati pekerjanya, Adiyus Munir, 47, terhimpit oleh kereta dan motor yang terseret bersama tanah.
        
“Saya cuba bantu Adiyus tapi gagal lantas saya panggil isteri dan anak yang berada dalam rumah supaya segera selamatkan diri.
        
“Dalam masa sama, isteri hubungi bomba untuk bantuan,” katanya.
        
Mohd Norsofwa berkata, bomba terpaksa memotong motosikal tersebut kepada dua bahagian bagi menyelamatkan Adiyus.
        
Mohd Norsofwa berkata, kejadian itu kali pertama dialami mereka sekeluarga sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya peristiwa sama berulang.
        
“Saya bimbang keselamatan keluarga termasuk adik saya bersama isterinya yang turut tinggal bersama kami di bengkel ini.
        
“Bimbang mereka tidak dapat selamatkan diri kerana keduanya mengalami masalah pendengaran,” katanya.
        
Mohd Norsofwa menganggarkan kerugian sekitar RM30,000 kesan daripada kejadian tersebut.
        
Seronok mandi hujan sebelum kejadian
 Seorang saksi kejadian, Gunawan Hasanuddin, 21, berkata, hujan lebat hampir satu jam sebelum kejadian berlaku menyebabkan tanah bukit di hadapan bengkel runtuh.
        
Sebelum kejadian, saya bersama beberapa lagi rakan sedang mandi hujan di hadapan bengkel sebelum dikejutkan bunyi kayu patah.
        
“Kami pandang ke arah bukit dan melihat air dan tanah menggelongsor laju ke arah jalan raya,” katanya.
        
Katanya, dia bersama rakan segera melarikan diri ke dalam bengkel untuk menyelamatkan diri.
        
“Pada mulanya, kami mahu lari ke arah jalan utama tapi disebabkan jalan di hadapan bengkel ditimbus tanah maka kami tiada pilihan lain selain masuk ke dalam bengkel,” katanya.
        
Gunawan berkata, kejadian turut mengakibatkan beberapa kenderaan rosak selain beberapa rumah dan bengkel terjejas.
        
Hujan lebat punca kejadian
        
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan sebahagian tebing bukit itu runtuh.
        
Menurutnya, polis dengan kerjasama pasukan bomba berjaya mengeluarkan dua mangsa yang terperangkap akibat runtuhan sekitar jam 8 malam dan mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, di sini untuk rawatan.
        
“Adiyus cedera manakala Mohd Norsofwa cedera ringan sementara Abdul Yazid pula patah kaki.
        
Tiada aktiviti penerokaan dijalankan di bukit itu. Hujan lebat antara faktor berlaku tanah runtuh,” katanya.

35

Bagus
31

Marah
28

Terkejut
46

Sedih
57

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (225 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 12-11-2013 01:26 PM


Beberapa kenderaan milik penduduk rosak
Quote Vokuro 12-11-2013 01:34 PM
selayak nya lah.

elohim bayar cash sahaja sakarang ini
Quote Kassim_Patalon 12-11-2013 01:35 PM
tuhan bayar cash?
Quote toman_kota 12-11-2013 01:44 PM
hahahaha...siapa yang berani nak bukak kes cameron ni...????hahahahahahah...daulat melayuuuuuu
Quote shernazz 12-11-2013 01:47 PM
patut si denan yang masuk kubur cameron neh..
salah target plak
Quote akughi 12-11-2013 01:52 PM
aku baru je balik dari bercuti kat sane
Quote niceghost2005 12-11-2013 01:55 PM
shernazz posted on 12-11-2013 01:47 PM
patut si denan yang masuk kubur cameron neh..
salah target plak

Di panjangkan umoq seseoghang tu.................ada sebabnya.
Di pendekkan umoq seseoghang itu.................ada gak sebabnya.

Tiada apa yg di buat/berlaku...............sia sia.

Cuba dok sebentar n fikirkannya.


Quote teky 12-11-2013 02:02 PM
runtuh la lagi... kalo xhancur camreon higland tu bukan reti dorg nak renti2kan ceroboh tanah tinggi.. abes ditarahnye... tarah la lagi.. tarah...
Quote ais_kosong 12-11-2013 02:05 PM
hat tarah orang lain hat mati orang lain
apa ku kesah kekdahnya..
Quote MelahJanda 12-11-2013 02:06 PM
ada family reu kat cameron
takmo pegi lah
Quote annehuda 12-11-2013 02:18 PM
ya allah ngerinye baca... aku takleh bygla kalau aku di situasi mcm tu...
Quote chaintea 12-11-2013 02:29 PM
MelahJanda posted on 12-11-2013 02:06 PM
ada family reu kat cameron
takmo pegi lah

toksah gi
bahaya..



Quote edoraixora 12-11-2013 02:32 PM
CH semakin x selamat....ketidakseimbangan alam semakin meluas
Quote fifie_olin 12-11-2013 02:51 PM
nsb baik aku dh cancel holiday ke CH....bahaya nyaaa...
Quote raxief 12-11-2013 02:53 PM
kalau mcm ni cuti skolah hujung tahun ni komfem ramai la yg cancel plan bercuti kat cameron.. lepak la pengusaha2 hotel, chalet, homestay..
Quote fairiza 12-11-2013 02:58 PM
Tak yah pi bercuti laa... dok umah jimat duit. taraf hidop kan dah naik...so better simpan duit. aku nak kuar hujung minggu pun malas... sbb nanti duit byk kuar... dok umah tidoooo lepakkk tgk tv... lagii best.
Quote azharariff 12-11-2013 03:00 PM
cameron blah mana ni?
Quote caplimau 12-11-2013 03:04 PM
alamak CH da tak selamat langsung ni..
tak berani la nk pgi sne da musim2 hujan ni..
Quote BurningTimes 12-11-2013 03:07 PM
Yang kau gatal lalu situ kenapa dik, kan Elohim sudah bayar cash, selayaknyalah

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.141077 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top