CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perkara Biasa, Jamal Abdilllah Pun Pernah Terkucil

19-3-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2183| Komen: 15

Datuk Jamal Abdillah, 61, menganggap semua penyanyi tidak terlepas daripada melakukan kesilapan ketika beraksi, apatah lagi tatkala membuat persembahan di pentas gah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).


Mengulas insiden penyanyi, Nabila Razali berdepan kesukaran mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas AJL35, Ahad lalu, Jamal berkata, perkara itu dianggap normal.



"Ini adalah perkara biasa. Ada kala perancangan sudah teliti, tetapi mungkin faktor kesihatan tidak boleh diagak.

"Malah, cara persediaan seperti bersenam juga boleh menjadi faktor (prestasi ketika persembahan).


"Bagi saya, Nabila perlu terus berusaha dan jangan patah semangat. Semua orang pernah melakukan kesilapan.

"Bukan sahaja 'terkucil', ada juga yang pernah terjatuh, malah terpelanting atas pentas.

"Saya juga pernah 'terkucil', malah suara saya pernah tidak keluar disebabkan terlalu kerap memenuhi undangan nyanyian," katanya kepada BH Online.

Foto: IG

Jamal mengulas kes Nabila yang teruk dikecam netizen gara-gara 'terkucil' ketika mendendangkan lagu Peluang Kedua pada AJL35.

Nabila yang sebelum ini menarik diri pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 akibat masalah peti suara, dikritik gagal memberi justifikasi terhadap lagu ciptaan Hael Husaini itu.

Jamal tidak menafikan, pentas AJL memberikan debaran berbeza kepada penyanyi.

"Saya suka AJL tetapi saya tidak suka debaran. Walaupun lama menyanyi, saya tetap berdebar-debar setiap kali tampil di pentas itu.

"Kita tidak mahu orang kata penyanyi lama tewas dalam memberi persembahan terbaik.



"Namun, kita kena berseronok di pentas. Kita manusia biasa. Kadang-kadang pada tahap bagus, namun, ada masa, kesihatan tidak mengizinkan," katanya.

Jamal menasihatkan penyanyi berdepan masalah suara ketika beraksi, usah patah semangat.

"Niat kita hendak menghiburkan orang, itu sahaja. Kalau tidak, kita tidak boleh duduk dalam arena muzik sampai bila-bila," katanya yang mempertaruhkan lagu duet ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini, Belenggu Rindu yang dipersembahkan bersama Wany Hasrita pada AJL35.

Lagu itu diumumkan pemenang ketiga pada acara anugerah berprestij itu.

AJL35 mengangkat lagu ciptaan Ezra, Gila dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki sebagai juara.

Tempat kedua dimenangi Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu ciptaan sendiri, Semalam.



Sementara itu, mengulas projek single Neraca bersama penyanyi rap, Kmy Kmo dan Luca Sickta yang dilancarkan pada 9 Mac lalu, Jamal mengaku beroleh pengalaman baharu.

"Proses rakaman sangat santai dan tidak terlalu sukar. Bekerja dengan anak muda memang seronok, mereka sangat berbakat," katanya. -CARI

Sumber: berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 19-3-2021 12:52 PM
Edited by lavendernovella at 19-3-2021 01:11 PM

Jamal different league. Kalau dia terkucil its totally nothing.
Macam Michael Jackson, dia pun byk kali terkucil tapi fan ignore jer... sbb dia level lain.
Both dah terbukti kehebatan dan bakat bertahun2.
Bakat mereka yang hebat tu dah imprinted dalam kepala fan dan nonfan. Melangkaui kekucilan human error mereka yg tak seberapa tu.

Bagilah the most crappiest song pada tokti dan sheol akan nyanyi the most loveliest ever. Tu lah bezanya bakat.

Meanwhile ........ (sambung sendiri ek)
Quote AshkieLa 19-3-2021 01:19 PM
lavendernovella replied at 19-3-2021 12:52 PM
Jamal different league. Kalau dia terkucil its totally nothing.
Macam Michael Jackson, dia pun byk ...

yes.. terkucil sesekali vs sedap lemak merdu banyak kali... orang yg mendengar boleh je kompromi.
terkucil drpd mula release sampai la skang...
tak pernah pun yg okay... itu takde bakat namanya.



Quote Boboyottt 19-3-2021 06:48 PM
Jadi dah2 la highlight pasal terkucil ni
Quote dua_chzy 19-3-2021 06:54 PM
lavendernovella replied at 19-3-2021 12:52 PM
Jamal different league. Kalau dia terkucil its totally nothing.
Macam Michael Jackson, dia pun byk ...

Ntahnya. Tok Mal ni pon, buat perbandingan tak seswai.
Quote Nenasketum 19-3-2021 06:59 PM
Oh yes, i is witnessed tapi tetap fabulous pada halwa telinga ioll.
Quote Zzzz19 19-3-2021 07:01 PM
Quote likecandy 19-3-2021 07:18 PM
lavendernovella replied at 19-3-2021 12:52 PM
Jamal different league. Kalau dia terkucil its totally nothing.
Macam Michael Jackson, dia pun byk ...

Kan
Kalau tokmal terkucil pon heols tetap boleh coverup dan teruskan lagu tu dengan baik
Quote Kepot 19-3-2021 09:28 PM
Aku nyanyi pun terkucil hahahahha
Quote user.name 19-3-2021 09:44 PM
kenapa iols rasa tok mal ni sarcastic jah? sebenarnya nak highlight yang heshe tu legend kalo tercirit pon penonton bolayan jah tak macam kak nab siap bertingkat tingkat rumah kat bod gosip ni penuh kecaman jah? ala2 diva aa see my level gituh
Quote lavendernovella 19-3-2021 10:14 PM
likecandy replied at 19-3-2021 07:18 PM
Kan
Kalau tokmal terkucil pon heols tetap boleh coverup dan teruskan lagu tu dengan baik

Sebab dia dah ada tapak yg kukuh so terkucil sipi takder hal pun.
Quote lavendernovella 19-3-2021 10:15 PM
Edited by lavendernovella at 19-3-2021 10:48 PM
dua_chzy replied at 19-3-2021 06:54 PM
Ntahnya. Tok Mal ni pon, buat perbandingan tak seswai.


Ha ha ha ....  kalau nak nyanyi gak, latih sampai berjaya.
Quote rajamoney 19-3-2021 10:15 PM
jamal ni terkucil pun nyanyi masih sdp

yaaaaaaaaaaaaaaaa robbiiiiiiiiiiiii yah
Quote lembumanis 19-3-2021 11:34 PM
Sampai abang jamil mampos hidup balik baru habis kot kesah terkucil ni
Quote ReginaGeorge 19-3-2021 11:36 PM
Mcm mana akak kesian kat nabila tu hati kecik akak tetap nak cakap suara dia memang taksedap didengar... Bukan soal terkucil ke vocal tak power je tp memang tak lunak. Kesian juga nabila ni... Sungguh2 nak cuba tapi... Entahnya. Nyanyi jazz ok kot tp takut lak rosak suasana santai...
Quote dedek12 19-3-2021 11:45 PM
Terkucil tu perkara biasa. Tapi kak nab ni asal nyanyi live mesti terkucil...luar biasa khenz

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.254816 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top