CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ada Mayat Dalam Bilik, Nurse Terkejut Lihat Jelmaan Bekas Pesakit Sejak 11 Tahun Lalu

18-3-2021 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4775| Komen: 13

Sepanjang 10 tahun Zaharah bekerja di sebuah pusat jagaan harian dan rawatan untuk pesakit yang mengalami penyakit kronik, dia tidak pernah mengalami sebarang kejadian seram dan menakutkan.


Bukan tidak pernah mendengar cerita tentang gangguan diterima rakan sekerjanya tetapi Zaharah memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut kerana ia boleh menjejaskan prestasi kerjanya.

Zaharah sentiasa menyematkan di dalam hati kerjanya adalah satu ibadah dan sentiasa berserah dan bertawakal kepada Allah sekiranya dia diganggu perkara-perkara ghaib.


Gambar Hiasan

Sejak bekerja di situ, sudah banyak kematian yang disaksikan Zaharah dan selepas 10 tahun ia sudah menjadi perkara biasa buat dirinya.


Tetapi tidak pada malam itu - dia yang diminta bertugas dua syif selama 18 jam, bertukar menjadi pengalaman ngeri buatnya.

Sejurus selepas menyelesaikan syif pertama, Zaharah mendapat rehat selama 90 minit dan mengambil keputusan untuk tidur di bilik rehat yang kebetulan terletak di laluan ke bilik mayat.

Takut? Zaharah memberitahu dia sudah terbiasa dan belum pernah mengalami perkara pelik setiap kali tidur di bilik tersebut.

Katil bergoncang, pintu bilik air terbuka

Seperti biasa Zaharah akan menutup pintu dan lampu kerana lebih selesa tidur dalam keadaan gelap tambahan pula ia bukan kali pertama dia tidur di dalam bilik berkenaan.

"Ketika itu pukul 1 pagi dan saya perlu manfaatkan waktu rehat selama 90 minit kerana masa bertugas masih panjang.

"Ketika baru nak lelapkan mata, saya terdengar bunyi 'bip'dan pintu terbuka dan kemudian ia tertutup. Saya terdengar bunyi stretcher ditolak memandangkan bilik rehat ini terletak di laluan untuk membawa mayat keluar dan mempunyai lif khas," katanya.


Gambar Hiasan

Tanpa mengesyaki apa-apa, Zaharah memberitahu dia menghantar mesej kepada rakan sekerjanya untuk bertanya tentang kematian yang berlaku namun tiada balasan sehingga dia terlelap.

Tiba-tiba Zaharah memberitahu dia terasa katilnya digoncang kuat sehingga dia tersentak dan terjaga daripada tidurnya.

"Saya terus terbangun dan melihat keadaan sekeliling dan tiada siapa di dalam bilik... Dalam rasa mamai tu, saya terus bangun dan duduk di tepi katil dan baca ayat Qursi dan saya beranikan diri untuk mengintai di bawah katil namun tiada apa-apa.

"Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan kelihatan rakan saya menjenguk dari pintu dan bertanya sama ada saya terdengar bunyi pintu bilik mayat terbuka dan kebiasaannya sekiranya ada kematian pasti kami akan dihubungi oleh penyelia.

"Dalam kami sibuk berkongsi perkara pelik yang berlaku, tiba-tiba pintu tandas di dalam bilik rehat terbuka dan kami berpelukan kerana berasa takut," ceritanya.


Gambar Hiasan

Namun kata Zaharah, dia berasa pelik kerana tiada siapa yang keluar daripada bilik air. Perasaan tidak tenang mula menyelubungi dirinya dan dia mengambil keputusan untuk menyambung tugasnya meskipun waktu rehat masih berbaki.

Mayat bawah katil, makhluk bertenggek atas almari

Ketika Zaharah sedang fokus menyiapkan laporan di kaunter, dia tiba-tiba terdengar suara pesakit menjerit sambil berlari ke arahnya dalam keadaan ketakutan.

Katanya, pesakit itu memberitahu ada seorang wanita tua di dalam biliknya yang memarahinya tidur di situ dan memintanya keluar.

"Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi dan pesakit itu kelihatan pucat dan menggeletar ketika memberitahu ada wanita tua di dalam biliknya. Lebih menakutkan dia memberitahu ada mayat di bawah katilnya," katanya.

Tanpa befikir panjang, Zaharah berkata, dia berlari ke arah bilik itu untuk melihat sama ada benar dakwaan pesakit berkenaan dan tiba-tiba bulu romanya menegak sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik tersebut.

Gambar Hiasan

"Bulu roma dan tenguk saya rasa mengembang, suasana bilik itu pula agak suram dan pandangan saya tertumpu ke arah atas almari. Ada makhluk sedang bertenggek dan saya seperti terpaku melihatnya di situ.

"Wajahnya bukan sahaja menakutkan tetapi ia mengingatkan saya kepada seseorang," jelasnya.

Jelmaan bekas penghuni sejak 11 tahun

Ia menjerit meminta saya keluar daripada bilik itu - seperti terpaku, Zaharah keluar dan tiba-tiba pintu bilik berkenaan tertutup dengan sendirinya sebelum dia berlari ke kaunter.

Agak lama Zaharah termenung kerana apa yang dilihatnya adalah bekas pesakit yang pernah menghuni bilik berkenaan sebelum dia meninggal dunia pada awal tahun ini.

"Dia antara pesakit paling lama berada di pusat ini, 11 tahun sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya di dalam bilik tersebut.

"Pernah beberapa kali, pesakit yang menginap di bilik itu minta tukar bilik kerana mengalami gangguan tetapi saya memang tak menyangka dengan apa saya lihat," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 18-3-2021 01:30 PM
Biasalaaa tu dkt spital..waktu siang pn scary..waktu malam lagi lerrrrr...scary dgn kejadian paranormal dan kejadian separuh paranormal{:smile
Quote sarah82 18-3-2021 01:39 PM
Perkara biasa.. Tanya la sapa yg suka lepak wad.. Tambah2 yg 1st class bilik VIP

Lagi satu lif servis yg selalu guna utk bawa pesakit ke dewan bedah,  xray dsb.

Lif biasa pun ramai.. Bilik air pun selalu tempat dia mengusik
Quote shernazz 18-3-2021 01:41 PM
Spital yang tak scary adalah wad bersalin hkl
Hahahah
Quote mamajawie 18-3-2021 02:25 PM
Seb baik la aku baca benang ni lepas da kluar wad..mggu lpas smggu aku kne tahan wad lepas bersalin gara anak dmam panas..seb baik takde pape la berlaku walaupun aku dok sebelah toilet..
Quote ckenj 18-3-2021 02:30 PM
ok hospital mana....dun hide that info ok.haishhh
Quote djzara81 18-3-2021 02:34 PM
Kecik2 dulu aku takut pi hospital kerajaan. Pnh pi HB KL & HB Melaka. Bau, suasana & aura lain machiamm.
Quote Nnasda53 18-3-2021 02:46 PM
Biasa benda2 mcm ni di mana2 hospital pun mesti terasa seram nya.
Quote jazaa100 18-3-2021 03:18 PM
lamanya dia duduk situ......
11thn.....brp puloh ribu bill hosp...
Quote Sugarbam1212 18-3-2021 04:28 PM
Quote Artemesiaa 18-3-2021 04:37 PM
Kat spital apa nak pelik yang kerja sana pun kadang dah malas nak cerita sebab bayak sangat ceritanya
Quote xtahumenahu 18-3-2021 10:40 PM
Penah laa kena warded...mak aku jaga...keluar bilik pon dia x berani sebab gelap dan xder bunyik langsung..aku x boleh bgn..xleh nak teman dia
Quote chinta89 19-3-2021 01:43 PM
Hospital mmg lah kwsn kerassss
Quote ASWAH 22-3-2021 10:00 PM
Saya kena siap dia menyamar jadi nurse lagi {:cryrun{:cryrun

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.115222 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top