Penampilan Sherry Alhadad di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) nampaknya mengundang pelbagai komen melucukan dalam kalangan netizen.
Menerusi tinjauan mStar di Twitter, gaun hitam yang digayakan pengacara itu menjadi mangsa kritikan apabila ia disamakan dengan plastik sampah. Bayangan plastik sampah itu merujuk kepada lebihan kain di kedua-dua belah tangan Sherry. "Dah kenapa Sherry punya baju tu. Dah macam bawa plastik sampah. "Baju apa tu, kat lengan tu apa? Letak plastik sampah hitam ke? "Sherry macam bawa plastik sampah. Designer suka buat design baju pelik," demikian antara twit gurauan netizen di Twitter. Selain plastik sampah, ada yang menyamakan pakaian Sherry dengan beg kekacang atau bean bag. "Saya ingat Sherry pegang bean bag, tapi dia tetap hot and beautiful in every way!" demikan kata netizen. Kemuncak AJL35 yang berlangsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad malam menyaksikan Sherry bergandingan dengan Awal Ashaari Haziq Hussni sebagai pengacara. Buat pertama kalinya, AJL35 bersiaran langsung tanpa kehadiran penonton selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). -CARI Sumber: mStar Online
|
evataso replied at 15-3-2021 12:28 PM
Aku sorang je ke tak tengok
evataso replied at 15-3-2021 12:28 PM
Aku sorang je ke tak tengok
sha21 replied at 15-3-2021 12:31 PM
Aku pun tak tengok. Hahaha
yusryimran replied at 15-3-2021 12:30 PM
aku pun x tgk koser.. membuta lagi best
evataso replied at 15-3-2021 12:32 PM
Ekekeke ramai sekapal rupanya
evataso replied at 15-3-2021 12:28 PM
Aku sorang je ke tak tengok
yusryimran replied at 15-3-2021 12:30 PM
aku pun x tgk koser.. membuta lagi best
evataso: Aku sorang je ke tak tengok
evataso replied at 15-3-2021 12:28 PM
Aku sorang je ke tak tengok
ADVERTISEMENT