CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tutup Restoran, Zara Zya Tak Salahkan Sihir Sepenuhnya

12-3-2021 02:56 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5031| Komen: 14|Original author: Oleh: LilRose

Zara Zya menegaskan dirinya tidak akan menyalahkan ilmu hitam sepenuhnya jika restoran diusahakannya terjejas. Setiap perniagaan ada pasang surut, katanya.


Kredit foto: IG


Memetik Kosmo!, pelakon itu berkata, ada banyak faktor menyebabkan restorannya di Shah Alam terpaksa ditutup buat sementara waktu.

"Banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan saya untuk menutup kedai sementara waktu. Bukan kerana sihir semata-mata, sebaliknya keadaan semasa negara yang berdepan pandemik turut memainkan peranan.

"Restoran Zara Zya Cooks berdekatan dewan untuk majlis dan acara, namun terpaksa ditutup bagi mencegah virus Covid-19. Secara tidak langsung memberi kesan kepada restoran saya juga.

"Saya tidak pernah membuat keputusan menutup terus restoran, sebaliknya menggunakan perkataan 'sementara waktu' kerana peminat dan orang ramai sering bertanya terutama dalam media sosial," katanya.


Kredit foto: IG

Bagaimanapun, Zara tidak akan patah semangat untuk meneruskan bisnes.Malah, dia kini dalam usaha mencari lokasi baru yang lebih strategik.



Zara sebelum ini menerusi Melodi mendedahkan terpaksa menutup restoran diusahakan bersama teman lelakinya itu kerana dipercayai disihir.  - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanda 12-3-2021 03:04 PM
masih ttp eh.. I antara yg sk menu dia. ikan patin tempoyak and ns goreng kambing dia sedap. tunggu jg bila nk bukak, nk p sn mkn lagi.
Quote KIM.K 12-3-2021 03:20 PM
sihir..karma..kesah la mana2
Quote rajamoney 12-3-2021 03:33 PM
bkn sbb sihir tp sbb filler dagu tu kot

cuba buang filler dagu tu

murah la rezeki

prffffght
Quote hazzy0304 12-3-2021 04:43 PM
comey nyerr dagu runcing wakkk
Quote JalaEmas 12-3-2021 04:45 PM
cotek molek dagu dioo
Quote helicornia 12-3-2021 06:03 PM
org melayu ni tak abis2 nk salahkan sihir.padahal masak tak sedap, harga yahudi, pelayan acuh tk acuh.nampak kita masuk buat tk tau je. sampai kena panggil suruh amik oder. klu kedai lain belum duduk dh tunjuk menu. nk cover kedai tk laku cakap la kedai dia org tk nampak bla bla
Quote beta_carotene 12-3-2021 06:10 PM
tu dagu ke pisau kek
Quote gigahertz 12-3-2021 07:06 PM
helicornia: org melayu ni tak abis2 nk salahkan sihir.padahal masak tak sedap, harga yahudi, pelayan acuh tk acuh.nampak kita masuk buat tk tau je. sampai kena pa ...

kalau tak yahudi salah sepet takpun Salah DAP
last sekali salah Syaitan. tapi diri sendiri x pernah kaji
masalah sebenar.
Quote Rainsack 13-3-2021 04:25 AM
Wahhhh sape buat{:sing{:sing{:sing{:sing{:sing{:laugh
Quote rogayahtop 13-3-2021 04:30 AM
Bolehla bukak laundry pulak, tak payah beli iron lmaoo
Quote dudaberhias 13-3-2021 04:37 AM
helicornia replied at 12-3-2021 06:03 PM
org melayu ni tak abis2 nk salahkan sihir.padahal masak tak sedap, harga yahudi, pelayan acuh tk acu ...

Dah pesaing pun ramai, pakej masak tak sedap, pakej rega yahudi memang susah nak laku melainkan kedai dia saja di satu kawasan tu atau di RNR... Sihir tu sooo yesteryears dah dik... Tak kosser orang nak pi kubur malam2 pi kutip tanah kubur tabur depan kedai... Baik baca bismillah, selawat, lepastu tabur tepung, lepastu tambah air sikit, potong2 bawang, tambah taugeh, tambah kucai, tambah garam secukup rasa, buat bulat2 dan goreng. Lepastu hidangkan dan makan dengan sos.
Quote Namasayaomel 14-3-2021 02:33 PM
{:laugh Sihir is real ok
Quote CikRosee_ 14-3-2021 08:36 PM
First time p kedai mkn dia sblm pkp sesat makanan dia rse biasa je tkdelah wow mna..harga leh tahan..bpe kli la zara ni buka bisnes kedai mkn asyik la tutup aje kedainya
Quote Carcosa 14-3-2021 10:41 PM
Jawapan cover malu
Gigi putih sangat kot Mcm kapur kasut. Org takut nak mkn kedai ko

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052896 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top