CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Banyak Menangis, Wanita Meninggal Dunia Sehari Selepas Kahwin

12-3-2021 12:21 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3940| Komen: 17|Original author: Oleh: LilRose

Wanita meninggal dunia akibat serangan jantung kerana terlalu banyak menangis.

Difahamkan, Gupteswari Sahoo meninggal dunia pada Jumaat lalu iaitu sehari selepas dia berkahwin dengan pemuda dari Bolangir, Bisikesan Pradhan.


Menurut laporan Hindustan Times seperti dipetik Harian Metro, ketika kejadian keluarganya bersiap sedia untuk menghantar wanita itu berpindah ke rumah mentua sebelum  Gupteswari tiba-tiba pengsan.


Gambar hiasan

Sebaik tiba di Pusat Kesihatan Komuniti Dunguripallu (CHC), Gupteswari disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut penduduk kampung, Ramesh Sahu, wanita itu mengalami tekanan sejak pemergian bapanya beberapa bulan lalu.

"Dia seorang gadis yang baik, tetapi nampak tertekan selepas kehilangan bapanya.

"Selepas berkahwin, dia tidak henti-henti menangis kerana perlu keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga mentua.

"Saya tidak menyangka dia akan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian rupa," katanya.


Gambar hiasan

Doktor di (CHC) memaklumkan serangan jantung boleh berlaku akibat tekanan emosi kerana ia fungsi jantung untuk mengepam darah. - CARI

Bagus

Marah
4

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 12-3-2021 12:27 PM
Bukan reti kawal perasaan pon..  Dia pon tak sangke dia boleh mati.  

Quote Artemesiaa 12-3-2021 12:27 PM
Kan Kassim Selamat dah nasihat banyak menangis akan merosak diri
Quote KIM.K 12-3-2021 01:01 PM
kat yetube banyak koleksi bidio pengantin pompuan yindon meraung ates pelamin
Quote umbut 12-3-2021 02:55 PM
Byk nangis leh sakit kepala.. sikit2 sudah..
Quote EvieWanKenobi 12-3-2021 03:26 PM
awatnya yang pi menangis?
Quote ikanmasin 12-3-2021 03:42 PM
mst perempuan tu pun tak sangka.dia menangis bole menyebabkan serangan jantung dan mati..
Quote anisanim 13-3-2021 06:37 AM
{:question... poor girl.... Sampai bawa nyawa dok tertekan sgt ni.. Tpi yg aku pelik nya tittle story ni menangis boleh bawa mati.. Kalau kata menangis boleh bawa buta ka.munasabah jugak.. Adehh..
Quote Buritan 13-3-2021 08:52 AM
Kalo kawin kena jd babu rumah montuaaa... siannya jd pompuan india nii.. dpt laki pulak buruk dgn egonyaaa.. ayoyo untung aku jd pompuan mulayu.. pprt pprt mulayu takdelaa mendesak sgt.. tak nak kawin jd andartu jahhhh... koh koh koh
Quote Buritan 13-3-2021 08:54 AM
Si siliss jah batak nak jd pompuan india.. agaknyaa pompuan kek india tuu kalu dpt kuar dr yindia tuu yabedabedu gamsknyaaa.. berak korek pad pun tadak.. kawin jd babu.. lawan skit kena tampo dgn laki.. mana tak munuh diri..
Quote namr 13-3-2021 08:58 AM
Dia sedih apak mati, mesti rapat ngan apaknya
Quote dudaberhias 13-3-2021 09:03 AM
kenapa pemergian bapanya tu macam alasan je... kata je la maknya ke keluarga buat arranged marriage dia dengan somi barunya tu....

pari pari ni nak play victim sebab tak nak burukkan culture deorang padahal memang suka atur perkahwinan pun lagi2 budak2 dengan orang tua...
Quote dudaberhias 13-3-2021 09:04 AM
tumpanglalu74 replied at 12-3-2021 12:27 PM
Bukan reti kawal perasaan pon..  Dia pon tak sangke dia boleh mati.

dan iols tak rasa sebab apaknya mati pun dia sedih...
mesti perkahwinan di atur @ arranged marriage...
pari pari khennn
Quote oranjes 13-3-2021 09:17 AM
Leluhur belah ni drama dorang real extreme gile. Iols ada staff sebangsa ni, nenek dia sakit n meninggal. Pastu dia cuti seminggu... Balik keje 1st day buat keje kejap terus ilang, pastu mak dia call kata dia tak bleh buat keje sebab terlalu sedih satu famli. Sampai la skang dah tak nampak muka langsung selepas beberapa bulan.
Quote supernaturalee 13-3-2021 09:21 AM
At least die x bunuh diri mcm yg biasa kita dgr dr leluhur ni


Quote TravellingBear 13-3-2021 09:36 AM
Artemesiaa replied at 12-3-2021 12:27 PM
Kan Kassim Selamat dah nasihat banyak menangis akan merosak diri

tapi Kassim Selamat tak mati pun
Quote jalfa 13-3-2021 09:50 AM
Bercukur budaya melayu x de nak paksa paksa anak  kawen...tu pon ramai yg kawin lari sbb x restu jah...dlm family aku ada 3 org dah melepasi angka 30 an aman aman jah...x de terdesak nak kawen pon.anak anak aku yg untun, dpt limpahan kasih sayang makcit pakcit saudara yg bujang
Quote Artemesiaa 13-3-2021 10:46 AM
TravellingBear replied at 13-3-2021 09:36 AM
tapi Kassim Selamat tak mati pun

Mati tidak yang menyampaikannya tak penting yang penting nasihat yang nak disampaikan

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.096863 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top