CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazley Yaakob Berhentikan Sekolah Anak-Anak, Belajar Di Rumah

11-3-2021 03:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22621| Komen: 120

Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, menghentikan persekolahan tiga anaknya di sebuah sekolah antarabangsa di sini bagi mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian dari rumah mengikut sistem disediakan Wolsey Hall Oxford dari United Kingdom.


Fazley berkata, tiga anaknya iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad Fieradz Shah, 12; dan Ahmad Firudz Shah, 10, sudah beberapa bulan bersekolah secara dalam talian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan mengikuti sistem itu.


Foto: IG

"Saya bersyukur kerana mereka gembira, selesa dan lebih fokus pada pelajaran. Kaedah ini tak jauh beza dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini, cuma kaedah yang kami pilih ini saya dan isteri harus memainkan peranan 100 peratus memantau urusan pembelajaran anak-anak mengikut sistem ditetapkan. Pada masa sama, ia juga menjimatkan kos," katanya kepada Harian Metro.


Fazley berkata, sebelum ini anak-anaknya bersekolah di sekolah antarabangsa, namun penularan Covid-19 membuatkan dia dan isteri, Datin Azrene Ahmad sepakat mencari kaedah pembelajaran yang baru dan bersistematik untuk anak mereka.

"Apa yang berlaku ketika ini membuatkan kami bimbang dengan keselamatan anak-anak di sekolah. Jadi, kami berbincang dan terfikir untuk mengguna kaedah pembelajaran di rumah tapi mengikut sistem yang berkesan. Maka, kami berusaha mencari kaedah diinginkan.

"Justeru, selepas membuat pencarian didapati sistem pembelajaran di rumah disediakan Wolsey Hall Oxford ini sangat sesuai untuk anak-anak kami. Namun, saya ambil masa sebulan juga untuk membuat keputusan memberhentikan anak-anak di sekolah antarabangsa dan bersekolah di rumah," katanya.


Fazley berkata, keputusan itu juga memberi peluang kepadanya menguruskan anak-anak di rumah sekali gus merapat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dia dan isteri berganding bahu dan saling membantu memberi perhatian kepada pembelajaran anak-anak mereka.



Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini mendirikan rumah tangga dengan Azrene pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Seorang lagi anak mereka, Alayna Selma kini berusia empat tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 11-3-2021 03:42 PM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.

Quote orkidorkido 11-3-2021 04:01 PM
sharlenetexas replied at 11-3-2021 03:42 PM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.

Yang oxford ni pun belum tentu real
Quote orkidorkido 11-3-2021 04:02 PM
Pergi sekolah bukan untuk kejayaan akademik semata-mata. Tapi entahlah, anak dia, apa nak dikata?
Quote rajamoney 11-3-2021 04:10 PM
dino tk nk vs ngn fazley ke dino?
Quote Nana_Man 11-3-2021 04:14 PM
aotearoa replied at 11-3-2021 03:44 PM
Aku tak gemar pada homeschooling sebab tak ada ruang untuk anak-anak berkawan. Kalau pergi sekolah,  ...

Aku setuju... budak2 kene blajar bersocial ngan kwn2 sebaya. Schools are not only abt books. Soft skills yg lain, untk persispkn diri bila berdepan ngan masyarakat.
Quote Nenasketum 11-3-2021 04:35 PM
Adoih, anak aku setahun homeschooling, minus yang sebulan depa pi skolah sebelum PRN Sabah tahun lepas. Dah macam nak mental aku tengokkan. Cara dia ni cakap macam nak jadi duta skolah tu jer.
Quote ReginaGeorge 11-3-2021 04:36 PM
Tak minat dengan hs.
Quote AshkieLa 11-3-2021 04:43 PM
esok2 kalu buka sempadan, ko 1 family terhegeh hegeh gi coti2...
anak2 pakat sekeh kepala apaknya...
jangan amik fake education macam ko punya fake Dr dulu dahlaa...
sejarah mungkin berulang....
Quote mrsbale 11-3-2021 05:00 PM
Sijil doctorate pun blh shopping online
Apelah sgt sijil abis skolah or degree


Quote biskut_milo 11-3-2021 05:01 PM
sharlenetexas replied at 11-3-2021 03:42 PM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.

Mantap
Quote emera 11-3-2021 05:01 PM
Ke sbb dah tak mampu nk bayar yuran? Mahal oiiiiiii.. kalau kau tak stable, income kau sebulan RM50k pun bg aku, kategori tak mampu utk hantar anak3 ke international school. Kalau sorg gagah lagi. Kau buat HS, harapannya kena gigihlah. Anak aku yg sorg tu pdpr pun aku tak sanggup nk hadap, ni lagi pulak 3 org. Kalau tak tumpu betul2, mmg ketinggalan. Bukan senang nak ajar diorg. Tak masuk lagi bab sosial dgn org luar, kawan2 sebaya. Kekurangannya mmg banyak lah HS ni.
Quote tokchik 11-3-2021 05:24 PM
Anak pompuan dia memng copy paste Nek mahnya Dr segi rupa
Quote brown_pupil 11-3-2021 05:24 PM
aku jenguk2 gak website sekolah ni.. tak konpiden pulak sebab takde details yg menyeluruh pasal sekolah ni i.e. gambar sekolah , etc

kalau anak primary 1, fee setahun pun dalam 300+ pound , whereas kalau ada tahap 2 dlm 400 pound. kalau anak dia 3 org pun, baru 6-7k per year.. murah la utk dia kot. Murah & still boleh brag around..
Quote JalaEmas 11-3-2021 06:05 PM
skg memang musim berhentikan ank dr sekolah ke ape..
Quote JalaEmas 11-3-2021 06:06 PM
aotearoa replied at 11-3-2021 03:44 PM
Aku tak gemar pada homeschooling sebab tak ada ruang untuk anak-anak berkawan. Kalau pergi sekolah,  ...

well said..
Quote ezacbee 11-3-2021 06:11 PM
aotearoa replied at 11-3-2021 03:44 PM
Aku tak gemar pada homeschooling sebab tak ada ruang untuk anak-anak berkawan. Kalau pergi sekolah,  ...

Mesti si sohai tgh berbangga
Quote BoongaKertas 11-3-2021 06:12 PM
sharlenetexas replied at 11-3-2021 07:42 AM
Jangan ajar anak2 ambil fake phd.

Hahahahaha. Pesanan ni penting!
Quote unta2 11-3-2021 06:14 PM
emera replied at 11-3-2021 05:01 PM
Ke sbb dah tak mampu nk bayar yuran? Mahal oiiiiiii.. kalau kau tak stable, income kau sebulan RM50k ...

ha ah.. aku pon pikir camni... ke sbb dah tak mampu bayor..
Quote guesswho09 11-3-2021 06:42 PM
Lawaknya komen dlm ni
ingat homeschooling cara ni
mcm homeschool cara sohai ka?
fee dia tentu la ribu riban pound sterling
bagi yg risau anak tak berkawan
tak ber sosial sesama depa tu
sebenarnya cara pembelajaran
ada je boleh berinteraksi dgn student lain
ada buat lawatan kdg2 tu
ada la aktiviti utk student

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052217 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top