CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fikry Ibrahim Lupakan Seketika Dunia Lakonan

9-3-2021 02:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3955| Komen: 12|Original author: piao



Pelakon Fikry Ibrahim khabarnya terpaksa melupakan seketika dunia lakonan demi menjaga ibu, Bibi Zaleha,73, yang jatuh sakit akibat diserang angin ahmar, dua hari yang lalu.

Difahamkan pelakon itu bergegas pulang ke kampung halamannya yang terletak di Jitra, Kedah dan menunda segala komitmen kerja di ibu kota.

Menurut Fikry, ibunya kini sudah berada di rumah setelah dibawa pulang ke rumah namun keadaan kesihatan Bibi masih lemah.



“Ketika doktor maklumkan ibu sudah tidak boleh bercakap dan perlu dijaga makan dan mandinya, saya ambil keputusan untuk berada di Jitra buat sementara waktu.”

Meskipun banyak tawaran kerja terpaksa ditolak ketika saat akhir, Fikry menjelaskan bahawa dia tidak punyai pilihan lain kerana hanya memikirkan keadaan ibu di rumah dan mahu bertemu dengannya secepat mungkin.

Tambahnya lagi, dia akan berada di Jitra untuk tempoh masa yang lama namun sekiranya ada tawaran kerja yang bersesuaian dia akan cuba membahagikan masa agar dapat meneruskan kelangsungan hidup bersama ibunya.



Ujar pelakon drama Kau Yang Pertama ini lagi, fokus utamanya kini hanyalah untuk menjaga ibu dan turut memohon doa orang ramai agar mendoakan kesihatan Bibi agar kembali sihat dan pulih seperti biasa.

“Saya percaya dengan rezeki Allah. Walaupun saya terpaksa tolak beberapa tawaran drama tapi saya percaya Tuhan akan gantikan dengan perkara yang lebih besar” – Fikry Ibrahim



SUMBER : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 7-3-2021 04:43 PM
anak bongsu atau anak tunggal? mak 73 anak baru 27 tahun. bagus la balik kg jaga mak, kerja boleh cari mak tiada ganti.
Quote caca_eric 7-3-2021 05:05 PM
bakingsoda replied at 7-3-2021 04:43 PM
anak bongsu atau anak tunggal? mak 73 anak baru 27 tahun. bagus la balik kg jaga mak, kerja boleh ca ...

Tu sbnrnya nenek dia
Mak dia muda lg.. ada bapa lain rasanya
Quote nolya 7-3-2021 09:02 PM
Mudah2an niat baik FI dipermudahkan Allah swt.  dn rezekinya murah sama.
Quote missmeornot 7-3-2021 10:04 PM
caca_eric replied at 7-3-2021 05:05 PM
Tu sbnrnya nenek dia
Mak dia muda lg.. ada bapa lain rasanya

Kalau nenek tu nampak logik. Tp masa dia convo mak dia ni la yg datang kan and masa ni la tau dia sedara dgn kembar suami miwaa. Fikry ni mmg nampak rapat dengan mak dia ni. Dia xpernah tunjuk family members yg lain
Quote caca_eric 7-3-2021 10:40 PM
missmeornot replied at 7-3-2021 10:04 PM
Kalau nenek tu nampak logik. Tp masa dia convo mak dia ni la yg datang kan and masa ni la tau dia  ...

Pernah tengok Trek Selebriti
Ada dia tunjuk mak kandung dia.. kejap je..
Dia dok citer pasal mak(nenek) dia tu je.. nenek tu yg bela dia sejak kecik..
Quote pichee 7-3-2021 10:44 PM
Moga murah rezeki die dpt jaga org tua...
Quote malaysiaku123 7-3-2021 11:37 PM
Tu nenek dia yg dia pgl mak..
Dia ada adik beradik ramai jg khabarnya sbb mak dia kawen bnyk kali..
Nenek dia ni yg jaga dia selama ni..
Moga sihat sejahtera la ya bibi aka mak fikry..
Quote hyie 7-3-2021 11:54 PM
jumpa depan2 mesti hensem kan meols pon tengok trek selebriti heshe hari tu. Dia macam ada bagi clue parents duduk asing. Adik beradik yang betul 3 orang, dia anak sulung, bawah dia laki n pompuan. Nampak gaya macam rajin bekerja dan pandai cari duit.
Quote tootii 8-3-2021 12:56 PM
nenek dia ni yg jaga dia dr kecik .. so dia panggil Mak..
moga ada rezeki lain utk dia dgn niat suci dia tu ..
fikri ni ngan family baik, ngan kawan2 pun baik ..
Quote babycc 8-3-2021 01:11 PM
Best tgk Trek Selebriti dia.. selalu aku x pnh tgk pon ramcangan tu.. tp sebab hari tu ada dia.. teumrus tgk
Quote Kurex 9-3-2021 07:23 AM
Menurut Fikry, ibunya kini sudah berada di rumah setelah dibawa pulang ke rumah namun keadaan kesihatan Bibi masih lemah.

Pening
Quote Lady_jull 9-3-2021 07:47 AM
bakingsoda replied at 7-3-2021 04:43 PM
anak bongsu atau anak tunggal? mak 73 anak baru 27 tahun. bagus la balik kg jaga mak, kerja boleh ca ...

I dok mengira dalam kepala.. masa i umur 27 pun arwah ayah dah 73.. i ols anak bongsu.. hihi..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.109770 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top