CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Impak Covid-19: Tambahan 10 Juta Perkahwinan Kanak-Kanak

8-3-2021 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1702| Komen: 7

Description: Washington: Impak Covid-19 terhadap wanita di beberapa negara boleh mengakibatkan tambahan 10 juta perkahwinan kanak-kanak pada dekad ini.
Washington: Impak Covid-19 terhadap wanita di beberapa negara boleh mengakibatkan tambahan 10 juta perkahwinan kanak-kanak pada dekad ini.

Perkara itu didedahkan oleh analisis baharu yang dikeluarkan oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).


"Penutupan sekolah, tekanan ekonomi, gangguan perkhidmatan, kehamilan dan kematian ibu bapa akibat pandemik menjadikan anak gadis ini sebagai golongan rentan dan berisiko meningkatkan perkahwinan kanan-kanak

"Kecenderungan itu, jika disahkan, akan menunjukkan kemunduran yang serius.

"Sejak 10 tahun lalu, berdasarkan kepada kajian, peratusan wanita muda yang berkahwin pada usia kanak-kanak menurun sebanyak 15 peratus. Bagaimanapun kemajuan ini terancam," katanya.


Foto:AFP


Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore, berkata Covid-19 menyebabkan keadaan yang lebih sukar bagi jutaan gadis seluruh dunia.

"Penutupan sekolah, pengasingan daripada rakan dan jaringan sokongan, peningkatan kemiskinan seperti menambah 'minyak kepada api' terhadap dunia yang berjuang untuk memadamnya," katanya.

Menurut kajian itu, kanak-kanak perempuan yang berkahwin awal ini lebih cenderung melalui keganasan rumah tangga dan meninggalkan bangku sekolah.

"Mereka berhadapan dengan risiko kehamilan awal dan tidak dirancang, selain komplikasi dan kematian ibu.

"Pengasingan dari keluarga dan rakan-rakan boleh menjejaskan kesihatan mental mereka," katanya.

Sementara itu, sekatan perjalanan yang membabitkan pandemik dan penjarakan sosial menjadikan ia lebih sukar untuk mendapat akses bagi rawatan kesihatan, perkhidmatan sosial dan sokongan masyarakat untuk melindungi mereka daripada perkahwinan kanak-kanak, kehamilan tidak diingini dan kekerasan jantina yang pastinya menjadikan mereka berhenti sekolah.

Tambahan itu, keluarga yang mengalami masalah ekonomi akan mengahwinkan anak gadis mereka untuk mengurangkan beban kewangan.

Laporan itu menganggarkan bahawa 650 juta gadis dan wanita yang hidup hari ini berkahwin ketika kanak-kanak, kira-kira separuh daripadanya adalah di Bangladesh, Brazil, Ethiopia, India atau Nigeria.

Fore meminta negara untuk membuka semula sekolah, melaksanakan reformasi undang-undang, memastikan akses terhadap perkhidmatan kesihatan dan sosial disamping menyediakan langkah-langkah untuk melindungi keluarga.

Dengan melakukannya, dia berkata, "kita dapat mengurangi risiko seorang gadis daripada masa kecilnya dicuri melalui perkahwinan kanak-kanak." -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Punat_button 8-3-2021 06:35 PM
mana dia @rajamoney pejuang anti-pedo cari dot com tiba2 tak berkutik

Quote rajamoney 8-3-2021 06:45 PM
da nama pun kawin

kahwin ni ada persetujuan

ada undang2 yg regulate

tkkn bdk2 tu kawin pun salah aku?

bukan aku yg suruh bdk2 tu kawin

korang forumer2 leh tngk sndiri la perangai mat bontot pejuang2 gay pondan pedo medo memedo ni

isu gay2 pondan2 pedo memedo mencabul anak2 gadis bawah umur diorang tk nk lak riuh

isu child marriage yg di luar kawalan aku pun aku yg kena tanggungjawab

aku ni da taraf PBB UNICEF WHO da kat forum ni

kalau dah gay pondan pedo tu bawak2 la berubah berubat ka apa ka

bknnya meroyan merempan kt forum tk nk berubah nk terus kekalkn budaya maksiat tu

sibuk pasal child marriage

budak2 tu cukup makan ke tak puak2 gay pondan pedo medo memedo tk de ijazah ni ada ambil tahu?

buat perkara lagha berforum memperjuangkn kemungkaran

apa semua ni?

warga forum kena cakna tntang kemungkaran puak2 gay pondan pedo memedo medo ni jngn sampai turut sesat ke LORONG yg salah
Quote kakikuDibibirmu 8-3-2021 07:20 PM
Aisha tersenyum sinis
Quote Decaffeinated 8-3-2021 09:08 PM
rajamoney replied at 8-3-2021 06:45 PM
da nama pun kawin

kahwin ni ada persetujuan

Ko ni dah kenapa... nak cerita pasal gay lgbt pergi thread gay lah...

Back to topic child marriage ni borderline paedophilia bagi aku - paedophilia yang dihalalkan. Selain menambahkan andartu.
Quote rajamoney 8-3-2021 09:11 PM
Decaffeinated replied at 8-3-2021 09:08 PM
Ko ni dah kenapa... nak cerita pasal gay lgbt pergi thread gay lah...

Back to topic child marri ...

ye la

kalau halalkn gay2 pondan2 pedo memedo diamalkn

habis puak2 ni boleh pedokn anak2 angkat mereka

dah negara2 tu halalkn child marriage

ko nk watpe?

ko nk lancarkan serang nuklear ke?

tau merengek kt forum je

hasil tadak

dah tu fitnah2 aku

prffffffght
Quote Redskin 8-3-2021 09:17 PM
kakikuDibibirmu replied at 8-3-2021 07:20 PM
Aisha tersenyum sinis

Mary dan Rebecca pong tersenyum sinis..
Quote rajamoney 8-3-2021 10:22 PM
Redskin replied at 8-3-2021 09:17 PM
Mary dan Rebecca pong tersenyum sinis..

biorkan le red

pondan2 ni bkn apa

covid2 ni tk leh masuk tandas wanita

tk dpt memedo kt dlm tandas wanita

tu yg sinis2 kt forum tu

prfffffffffght

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045604 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top