CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dunia Kekurangan Pasir, Penghasilan Botol Kaca Vaksin Covid-19 Tergendala

8-3-2021 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2437| Komen: 12

Kumpulan pakar memberi amaran berhubung dunia diancam kekurangan bekalan pasir apabila hanya terdapat kurang daripada 1,000 lombong pasir dan batu kerikil di seluruh Amerika Syarikat (AS). 

Lapor Daily Mail, kekurangan itu bukan sahaja menyebabkan penghasilan berbilion botol kaca bagi vaksin Covid-19 tergendala, bahkan menyebabkan kekangan terhadap penghasilan telefon pintar dan bangunan pejabat. 


Gambar hiasan - Vegas PBS/The Guardian

Saintis Iklim di Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), Pascal Peduzzi berkata, kita selalu berfikir pasir terdapat di mana-mana kawasan dan tidak pernah menjangka kekurangan sumber bahan mentah tersebut.

“Sekiranya kita tidak memandang ke hadapan, atau tidak memberi sebarang jangkaan, kita akan berdepan masalah besar tentang bekalan pasir dunia,” katanya. 

Selepas sumber air, pasir merupakan bahan mentah paling banyak digunakan di dunia untuk menghasilkan kaca, konkrit, tar dan silikon mikrocip. 

Industri pembinaan sendiri menggunakan 50 bilion tan pasir setahun dan permintaan akan melambung tinggi kerana dunia memerlukan dua bilion botol kaca dalam tempoh dua tahun akan datang ketika vaksin Covid-19 diedarkan.

Menurut UNEP, ini bermakna berlaku penambahan sebanyak 300 peratus kenaikan sejak 20 tahun lalu serta memerlukan setiap sungai yang berada di planet ini selama dua tahun untuk menggantikannya. 



“Trend ini dijangka berterusan kerana permintaan terus meningkat disebabkan kesan urbanisasi, populasi berkembang dan perkembangan infrastruktur,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 8-3-2021 04:43 PM
Sebegitu kah huhu
Quote CiliPadiSedap 8-3-2021 04:44 PM
pasir banyak je tu bauksit kalau xcukup bgtahu.
Quote Lagubestbest 8-3-2021 04:51 PM
padang pasir pulak dibiar begitu saja sebab kalo nak kaji benda lain sikit kena keluar duit.
Quote Strawser016 8-3-2021 06:04 PM
Edited by Strawser016 at 31-3-2021 08:28 PM

The world doesn't have enough glass bottles to hold vaccines or The Covid - 19 pandemic has consistently demonstrated what happens when  is needed and officials don't address a global shortage of glass bottles.

Nox App Player
Quote Boomibulat 8-3-2021 06:07 PM
Padang pasir kan Bnyk pasir..buat bangunan ada pulak pasir..
Quote tripleid 8-3-2021 06:14 PM
Knp x recycle je botol2 kaca yg berlambak tu..?
Quote Punat_button 8-3-2021 06:38 PM
mengade2 lah...

Quote kakikuDibibirmu 8-3-2021 06:41 PM
Ni semua salah Dubai dan Singapork tembak pasir
Quote mclaren 8-3-2021 08:43 PM
tripleid: Knp x recycle je botol2 kaca yg berlambak tu..?

Soalan yg sama gak dari saya.
Quote ahi_mason313 9-3-2021 01:56 PM
macam2 hal la
Quote ultra78 9-3-2021 02:07 PM
mclaren replied at 8-3-2021 08:43 PM
Soalan yg sama gak dari saya.

Biasanya disebabkan oleh economic reasons. Kalau kos lebih tinggi atau bekalan tak mencukupi,orang akan pilih sumber bukan recycle.
Quote notM 9-3-2021 02:42 PM
Tak practice recycle balik ke botol tu.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047589 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top