CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putery Harry Dan Meghan Markle Dedah Rahsia, Kahwin Tiga Hari Awal Dari Tarikh Rasmi

8-3-2021 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6992| Komen: 30

Putera Harry dan isterinya Meghan Markle mendakwa sudah berkahwin secara rahsia iaitu tiga hari lebih awal daripada upacara rasmi.

Perkara itu didedahkan oleh Meghan ketika ditemu ramah oleh Oprah Winfrey dalam rakaman yang disiarkan pada Ahad di Amerika Syarikat.


"Tiga hari sebelum majlis perkahwinan rasmi, kami berkahwin. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara ini.

"Kami menghubungi Ketua Biskop Canterbury, Justin Welsby dan memaklumkan majlis perkahwinan ini adalah untuk tontonan dunia tetapi kami mahu penyatuan ini adalah antara kami berdua sahaja," katanya.


Foto: Getty Images

Perkahwinan Meghan dengan pewaris keenam takhta Britain itu berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor pada 18 Mei 2018 dengan disaksikan jutaan peminat keluarga diraja itu seluruh dunia.


Dalam temuramah itu, Harry dan Meghan turut mengumumkan jantina anak kedua mereka yang bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 8-3-2021 01:36 PM
Macam2 lah you ni - Sabrina.
Quote Amandaminaj96 8-3-2021 01:52 PM
Ntah mcm2..dediam kat murica sana takleh ke? {:dot
Quote slavehunter 8-3-2021 02:07 PM
Suka sangat langgar protocol. Mesti dia namakan baby girl tu "Diana.
Pandai berlakon naive dan victim narcs ni.
Quote belilies 8-3-2021 02:17 PM
slavehunter: Suka sangat langgar protocol. Mesti dia namakan baby girl tu "Diana. Pandai berlakon naive dan victim narcs ni.


Terlambat sheols. Padahal princess charlotte dah duluan middle name diana. Tapi kan... nak gamble juga. Kalo betul heshe laki bini gila fame, anak pompuan tu nanti firstnamenya diana.
Quote EJALTI 8-3-2021 02:25 PM
Edited by EJALTI at 8-3-2021 06:39 AM

Gelaran diraja Putera Harry, Meghan mungkin dilucutkan

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... mungkin-dilucutkan/

Oleh KOSMO!
8 Mac 2021, 12:36 pm


Putera Harry dan isterinya, Meghan.

LONDON-Putera Harry dan isterinya Meghan Markle berdepan kehilangan gelaran Duke and Duchess of Sussex ekoran melanggar perjanjian ‘Megxit’ iaitu slanga yang digunakan bagi menggambarkan pengunduran pasangan itu daripada insititusi diraja Britain selepas satu temu bual bersama pengacara terkenal, Oprah Winfrey menerusi Oprah TV.

Pegawai istana diraja dalam satu pertemuan minggu lalu membincangkan untuk menarik gelaran pasangan itu kerana melanggar perjanjian ‘persidangan Sandringham’ yang dibuat setahun lalu melibatkan pengunduran diri dari keluarga diraja Britain, memetik laporan akhbar The Times of London.

Sumber tersebut menyifatkan tindakan pelucutan gelaran akan menampakkan lagi betapa Ratu Elizabeth jengkel dengan ‘sarkas’ Oprah Winfrey yang ditayangkan di stesen televisyen CBS 8 malam.

Pasangan tersebut diibaratkan sedang bermain dengan api selepas temu bual tersebut.

Seorang sumber rapat ratu England bagaimanapun memberitahu, respon balas tentang pelucutan gelaran bergantung sekiranya pasangan tersebut ‘menyerang’ institusi atau orang-orang istana. -AGENSI

Quote bungarose 8-3-2021 02:31 PM
Aper yang harry terpengaruh sangat dengan megan.
Harry dibesarkan dalam istana kot
Quote EJALTI 8-3-2021 02:37 PM
Harry, Meghan dedah rahsia kahwin awal

https://www.hmetro.com.my/global ... -rahsia-kahwin-awal

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 10:58 AM

AFP


PUTERA HARRY dan Meghan Markle ketika perkahwinan mereka pada 2018.  FOTO EPA

New York: Putera Harry dan isterinya Meghan Markle mendakwa sudah berkahwin secara rahsia iaitu tiga hari lebih awal daripada upacara rasmi.

Perkara itu didedahkan oleh Meghan ketika ditemu ramah oleh Oprah Winfrey dalam rakaman yang disiarkan pada Ahad di Amerika Syarikat.

"Tiga hari sebelum majlis perkahwinan rasmi, kami berkahwin. Tiada siapa yang tahu mengenai perkara ini.

"Kami menghubungi Ketua Biskop Canterbury, Justin Welsby dan memaklumkan majlis perkahwinan ini adalah untuk tontonan dunia tetapi kami mahu penyatuan ini adalah antara kami berdua sahaja," katanya.

Perkahwinan Meghan dengan pewaris keenam takhta Britain itu berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor pada 18 Mei 2018 dengan disaksikan jutaan peminat keluarga diraja itu seluruh dunia.

Dalam temuramah itu, Harry dan Meghan turut mengumumkan jantina anak kedua mereka yang bakal menimang anak perempuan tidak lama lagi.
Quote tumpanglalu74 8-3-2021 02:43 PM
Edited by tumpanglalu74 at 8-3-2021 02:49 PM
bungarose replied at 8-3-2021 02:31 PM
Aper yang harry terpengaruh sangat dengan megan.
Harry dibesarkan dalam istana kot

Dia ni kalo nak sakitkan ati opah dia baek kawen dengan Aletta Ocean aje..

[youtube]yqU6LBao5nc[/youtube]
https://youtu.be/yqU6LBao5nc
Quote belilies 8-3-2021 02:45 PM
LUCUT je. Bukan main riding on the title dari jejak tanah LA sampai ke interview ngan opah tu. Kalo betul jenis tanak privasi, lama dah mereput di canada. Attention seeker sungguh these two monkeys. Kemahen ko kata kate nangis bukan sebab ko, tapi drama royal nak divert isu. Kawan kat SIRI SUIT pu kemahen menompang sokong. Nak REBOOT SUIT balik lettew. Zizik. Gitu iols meluahkan lepas terbaca update ig e!news
Quote delia3003 8-3-2021 03:10 PM
Edited by delia3003 at 8-3-2021 03:18 PM

2 manusia ni memang gila spotlight dan perhatian. Tak habis2 create drama. Tak reti bersyukur.

Konon keluar BRF utk hidup berdikari tapi merempan sbb daddy tak support financially, survive dgn hasil tinggalan mummy yg jumlah nye juta2 dollar sambil maintain lavish lifestyles

Malang nye hidup bekas pelakon sendu kayu. Ditindas family sendiri, lepas tu ditindas pula family-in-law tapi dalam masa yang sama bergayut dgn title dan privileges.

Apa yg iols nampak, semeg ni gunakan heret dan BRF sbg stepping stone utk raih populariti dan hidup sebang lenang, benda yg dia tak boleh dapat semasa bergelar pelakon sendu kayu.
Quote Nes3in1 8-3-2021 03:46 PM
You go girl queen E!
Quote alesandra 8-3-2021 04:10 PM
Harry tu bukan ank charles.. itu aku yg aku yakin sgt. so kalau diorg nak buang pun x rugi apa pun.
Quote Amandaminaj96 8-3-2021 06:46 PM
alesandra replied at 8-3-2021 04:10 PM
Harry tu bukan ank charles.. itu aku yg aku yakin sgt. so kalau diorg nak buang pun x rugi apa pun.

Harry ni ikut muka sapa? Belah charles pun tak...diana pun tak..
Quote BicaraHatiku 8-3-2021 06:51 PM
Amandaminaj96 replied at 8-3-2021 06:46 PM
Harry ni ikut muka sapa? Belah charles pun tak...diana pun tak..

Muka sebijik Diana punya polo instructor.. Captain James Hewitt
Quote Trumpettt 8-3-2021 06:52 PM
Mengada ngada dedua ni....
Quote alesandra 8-3-2021 06:54 PM
Amandaminaj96 replied at 8-3-2021 06:46 PM
Harry ni ikut muka sapa? Belah charles pun tak...diana pun tak..

muka bapak kandung kot.takde laa..ada pulak komen mostly dari americans yg marah sgt kt royal ..kenapa x nak investigate prince andrew kenapa nak investigate harry,meghan..psl isu buli tu.andrew tu anak kesayangan queen kot..harry tu cucu pun bukan.haha ..nampak x logik disebalik tu
Quote ~boolean 8-3-2021 07:01 PM
privasi kepala hotak dia...tak habis2 mencapub...

nak kahwin dengan anak raja, tapi tak nak ikut intitusi beraja...
lepas tu merentan takde privasi..

Quote Amandaminaj96 8-3-2021 07:09 PM
BicaraHatiku replied at 8-3-2021 06:51 PM
Muka sebijik Diana punya polo instructor.. Captain James Hewitt

Hah yeke...nanti iola google..
Quote Amandaminaj96 8-3-2021 07:09 PM
alesandra replied at 8-3-2021 06:54 PM
muka bapak kandung kot.takde laa..ada pulak komen mostly dari americans yg marah sgt kt royal ..ke ...

H tau ke dia bukan cucu?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.043987 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top