CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana Tidur Tiga Jam Je Sehari, Gementar Tunggu AJL35

8-3-2021 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4101| Komen: 20

Seminggu lagi menjelang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), penyanyi Zizi Kirana berkata dia kini giat membuat latihan dan persiapan akhir sebelum beraksi di pentas berprestij itu, Ahad ini.


Zizi yang akan mempersembahkan lagu berjudul Eh memberitahu hanya tidur kira-kira tiga jam sehari kerana perlu menjalani latihan dan dalam masa sama menyelesaikan beberapa rakaman program televisyen lain.

"Sejujurnya memang gementar menanti malam AJL35 kerana ini kali pertama saya layak ke pentas akhir. Minggu ini kita baru nak buat latihan yang betul-betul terutamanya tarian.

"Nak berlatih ni kena cari masa yang sesuai memandangkan saya agak sibuk dengan program TV lain, jadi jadual memang padat, sekarang ni ada seminggu sahaja lagi masa untuk latihan.


Foto: IG


"Sehari saya tidur dalam tiga jam sahaja, terganggu itu biasalah sebab banyak benda nak fikir dalam kepala, tentang kerja, tarian, baju, penggambaran, rakaman... tapi saya cuba tenangkan diri, cari ruang untuk tarik nafas dan tak nak marah-marah," katanya kepada mStar.

Lagu Eh ciptaan Zizi Kirana, Navigator dan Mambang itu merupakan antara 12 lagu yang layak ke AJL35 yang akan bersiaran secara langsung di TV3 pukul 9 malam, Ahad ini.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meramalkan lagu ini berpeluang untuk memenangi salah satu kategori dan tidak mustahil menjadi juara kerana liriknya bersesuaian dengan isu semasa.

"Kalau ada yang kata boleh menang, saya amin kan sahaja... malam itu saya cuma nak buat yang terbaik dan enjoy!

"Nak sampai ke pentas akhir ini pun banyak cabaran, tukar tarikh beberapa kali dan kekangan waktu untuk latihan, jadi saya hanya berserah sahaja dan buat yang terbaik.



"Selepas berusaha, seterusnya kita bertawakal... InsyaAllah sokongan peminat dan orang ramai akan menguatkan lagi semangat saya pada malam itu, ” ujarnya.

Selain Eh, 11 lagu lain yang bertanding ialah Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sawi_bayam 8-3-2021 01:23 PM
Aku hari hari tidur kurang 3 jam sehari. Gementar memanjang ah bencinya ada anxiety
Quote BicaraHatiku 8-3-2021 01:24 PM
Ayooo x payah ladik...yg akan sangkut top3 nanti lagu si Hael tu la..ko untuk showmanship je penuhkan kuota...
Quote Scheherazade 8-3-2021 02:34 PM
Bukan ko je Zi, aku pun dah masuk 2 minggu tidur 2-3 jam je. Stress.
Quote 3480 8-3-2021 04:07 PM
Aku pun Sama la zizi.. hampir hari2 kurang tidur.. ada masa x tidur langsung.. mula2 sbb bz kerja.. lama2 jd habit campor pikir masalah2 yg hada.. bla mlm x leh tidur, siang ngantuk sampai semua bnda pusing. Badan pon ngetor. Ngantuk siang ni payah.. klu tdur pon x Sama mcm malam n tdur sekejap2 saja
Quote rajamoney 8-3-2021 06:18 PM
sakit perut semua nak luah
Quote sleepandream 8-3-2021 06:28 PM
kecam orang lain sendiri taknak ubah... ehh ehhh
Quote AmandaRollins 8-3-2021 06:36 PM
Good luck zizi..
Quote Perawankota 8-3-2021 08:20 PM
Aku nk tgk performance jer
.
Quote missmeornot 8-3-2021 08:29 PM
sawi_bayam replied at 8-3-2021 01:23 PM
Aku hari hari tidur kurang 3 jam sehari. Gementar memanjang ah bencinya ada anxiety

Cuols x p jumpa dr ke. Jgn biarkan bahaya nanti
Quote sawi_bayam 8-3-2021 10:19 PM
missmeornot replied at 8-3-2021 08:29 PM
Cuols x p jumpa dr ke. Jgn biarkan bahaya nanti

Jumpa youalls. Dah bertahun tahun hampir berdekad sakit ni. Mmg konsisten berubat pakar.
Quote missmeornot 8-3-2021 10:22 PM
sawi_bayam replied at 8-3-2021 10:19 PM
Jumpa youalls. Dah bertahun tahun hampir berdekad sakit ni. Mmg konsisten berubat pakar.

I see..meols doakan cuols akan sihat mcm  biasa
Quote ToungeSoup 9-3-2021 09:58 AM
iouls pun sejak tinittus ni makin terus...tidur 3,4 jam je semalam...haishhhh
Quote naina 9-3-2021 10:35 AM
3480 replied at 8-3-2021 04:07 PM
Aku pun Sama la zizi.. hampir hari2 kurang tidur.. ada masa x tidur langsung.. mula2 sbb bz kerja..  ...

Ko biar betol xtidur lngsung..
Aku mesti kena tidur tak kurang 4-5 jam
Kalau tak kepala weng2 mood tak ok
Letih weii
Quote naina 9-3-2021 10:36 AM
sawi_bayam replied at 8-3-2021 01:23 PM
Aku hari hari tidur kurang 3 jam sehari. Gementar memanjang ah bencinya ada anxiety

Cuba sibukkan diri dgn exercise..
Bila letih ko akan tidur lena
Exercise utk lancarkan darah..
Quote 3480 9-3-2021 08:24 PM
naina replied at 9-3-2021 10:35 AM
Ko biar betol xtidur lngsung..
Aku mesti kena tidur tak kurang 4-5 jam
Kalau tak kepala weng2 m ...

Betuiiii.. baru2 ni lebih 24 jam aku x tdoq.. siapkan kerja la.. selang dua hari gitu aku akan x tdoq lebih 24 jam..tp zmn belajaq dlu sama.. slalu mcm ni
Quote sawi_bayam 11-3-2021 12:03 AM
3480 replied at 9-3-2021 08:24 PM
Betuiiii.. baru2 ni lebih 24 jam aku x tdoq.. siapkan kerja la.. selang dua hari gitu aku akan x t ...

Aku zaman belajar macam kau. Dah kerja pun macam kau. Ada anak lagi le. Itu pasal aku alami masalah mental sebab tekanan dari sekolah tak tidur, dari zaman belajar tak tidur. So if possible, kau try utk jaga tidur kau. Aku tak tau macam mana la sbb aku mmg sakit ni dah lama. Antara puncanya sbb tak tidur. Pernah tak tidur straight 48jam.
Quote dedek12 11-3-2021 12:30 AM
Gigih yaa zizi bagus2 moga sukses ajl nanti...
Quote 3480 11-3-2021 10:01 PM
sawi_bayam replied at 11-3-2021 12:03 AM
Aku zaman belajar macam kau. Dah kerja pun macam kau. Ada anak lagi le. Itu pasal aku alami masala ...

Betui.. betui.. paham sgt.. aku pon sama.. masalah tidur ni pon leh jd murung
Quote kiah_mai_pulak 11-3-2021 10:02 PM
semoga EH ada tempat dihati juri mata 1 acik ajemir kalis maki itu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.132778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top