CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Teruskan Membenci Saya,"-Adlin Aman Ramlie

5-3-2021 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7728| Komen: 37

Description: Pelakon Adlin Aman Ramlie mengakui dia sudah bersedia untuk dibenci menerusi watak lakonannya sebagai Pengetua Awang dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.
Pelakon Adlin Aman Ramlie mengakui dia sudah bersedia untuk dibenci menerusi watak lakonannya sebagai Pengetua Awang dalam drama siri terbaharu berjudul Projek Anchor SPM.

Menurut Adlin, dia tidak pernah mengambil kecaman netizen secara peribadi malah menganggap kebencian penonton terhadap lakonannya itu merupakan kesan yang diharapkan oleh pengarah dan penulis skrip drama itu.

Tambahnya lagi, setiap karekter mempunyai sisi jahat dan baik namun penonton perlu memberi tumpuan kepada persoalan yang ingin disampaikan dalam drama itu.


Foto: IG

"Dibenci di laman sosial itu sudah menjadi kebiasaan... saya tidak ambil perkara itu secara peribadi. Saya rasa, mungkin kalau itu yang mereka akan rasa, itulah kesan yang diharapkan oleh pengarah dan penulis skrip.


"Cuma persoalan dalam cerita ini yang patut kita lihat selain daripada prestasi lakonan, macam mana karekter dicipta untuk menyatakan mesej dan pendapat tentang sistem dan harapan daripada pihak atasan atau ibu bapa.

"Watak pengetua bukanlah jahat... tapi dia sebagai mewakili sistem dalam sekolah dan pendidikan. Jadi, teruskan membenci saya... kalau nak bertambah lagi benci, pastikan anda semua tonton drama ini setiap episod," katanya kepada mStar.



Selain Adlin, drama arahan dua pengarah iaitu Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf turut dibintangi oleh Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Tony Eusoff dan Hasnul Rahmat.

Drama yang mempunyai lapan episod itu akan ditayangkan bermula 15 Mac depan setiap Isnin pada pukul 9 malam menerusi Astro Citra 108 (HD) dan 128 (SD).

Dalam pada itu, suami kepada aktres Emelda Rosmila ini memberitahu salah satu sebab dia menerima tawaran untuk membintangi drama tersebut kerana ingin tampil dalam produksi TV selain dapat bekerjasama dengan dua pengarah hebat.

Kata Adlin, berlakon dengan barisan pelakon yang masih muda memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan sehingga membuatkan dirinya ingin bekerjasama dengan mereka lagi.



"Ada banyak sebab kenapa saya terima tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Tapi saya beri secara objektif saja... pertama, saya tengah ada mood untuk tampil dalam produksi TV.

"Selain, Astro Shaw buat original project yang pada saya ia satu petanda aras projek. Mengetahui reputasi dua pengarah baharu dan semua yang terlibat membuatkan saya rasa, saya perlu sertai.



"Tambahan pula dengan barisan pelakon baharu berbakat sekarang ini. Itu antara kateria yang membuat saya rasa terpanggil untuk turut serta.

"Berada bersama mereka (barisan pelakon) sepanjang pembikinan, buat saya rasa muda... ia satu pengalaman yang menyeronokkan dan rasa nak bekerjasama lagi dengan mereka di masa kelak," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KakakGoyang1 5-3-2021 12:29 PM
Yeay first komen. Nampak sgt krik krik je
Quote slyfynx 5-3-2021 12:32 PM
Tp masalahnye aku lom tgk lg pun dah rase benci kt cerita ni.
Cemane tu.
Quote piao 5-3-2021 12:33 PM
dia ni masih bersama isteri ke tak?
Quote noor2 5-3-2021 12:35 PM
Comeynya mak mah bila gambar guna filter....
Quote sharlenetexas 5-3-2021 12:35 PM
Shooting kat sekolah mana?
Quote cikatilia 5-3-2021 12:41 PM
piao replied at 5-3-2021 12:33 PM
dia ni masih bersama isteri ke tak?

masih lagi kalau tgk IG lah kan

aku benci dia sejak tidor dlm lrt tu
muka mmg nak sepak2
Quote rajamoney 5-3-2021 12:52 PM
bekejau la org nk nengok lakonan ko
Quote awanysss 5-3-2021 01:00 PM
kenapa iols rasa cerita ni mcm best..
tg muka2 pelakon dia rasa mcm best je plot cerita ni walau tak tahu hujung pangkal lg
Quote MarryPottet 5-3-2021 01:02 PM
Memang ramai orang dah benci pun since kes ko terlibat dgn scammer dulu tu
Takyah tunggu ko berlakon watak antagonist utk dibenci
Quote maxim 5-3-2021 01:22 PM
ni la cite yg katanya tiru bad genius kan
Quote pxlbb 5-3-2021 01:23 PM
iols dah start benci heols sejak puteri gunung ledang
Quote mieymiey 5-3-2021 01:26 PM
Koserrrrr lah!
Quote bakingsoda 5-3-2021 01:32 PM
awanysss replied at 5-3-2021 01:00 PM
kenapa iols rasa cerita ni mcm best..
tg muka2 pelakon dia rasa mcm best je plot cerita ni walau ta ...

tu la pandai dorang marketing sampai aku rasa curious nak tgk drama ni best ke tak
Quote user.name 5-3-2021 01:37 PM
takyah tunggu tengok citer ni pon memang dah lama dah benci kau. dengan bini kau yang golongan karnivor tu sekali aku benci
Quote yum3 5-3-2021 01:52 PM
mesti best  ctr ni. Aku  cukup menyampah kalau dia berlakon. Sb bwa watak jahat memang sesuai dgn muka dia.  Wlpun myampah & geram aku suka dia berlakon. Nak2 cter  Bidadari  Kiriman Tuhan yg ada  Jul Aripin & MFilzah..
Quote AshkieLa 5-3-2021 02:23 PM
tengok pelakon lelaki dalam gambar tu semua memang method acting la..
dan rasa nak tengok gak citer ni walaupun heroin dia perasan awet muda...
Quote dewimalam78 5-3-2021 04:44 PM
Woww macam best je drama ni
Quote ezacbee 5-3-2021 04:47 PM
Ganti cite kg pisang ke?
Quote tootii 5-3-2021 04:50 PM
antara citer yg aku nk nengok ..
ari tu ngk promo, mcm best .. citer utk enjoy2 ok la kot ..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.170108 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top