Aishah Azman kini sudah memakai hijab. Menurut pelakon ini sebebnarnya dia sudah lama berhasrat nak tututp aurat dan akhirnya nekad melakukan penghijrahan pada Jumaat lepas.
Katanya dia perlu mengorbankan banyak benda semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Syukur kerana keluarga memberi sokongan penuh dengan perubahan imejnya itu.
"Alhamdulilllah... ya betul sekarang saya sudah berhijab. Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya. "Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korbankan banyak benda. "Pada Jumaat, saya nekad betul-betul nak berhijab... Alhamdulillah, keluarga terkejut dengan perubahan saya tapi memang sangat gembira dan memberi sokongan penuh kepada saya," katanya kepada mStar. Di ruangan komen ramai netizen yang memuji-muji penampilan terbaharu adik kepada Afiq Muiz itu. Malah gambar-gambar seksinya di Instagram juga sudah dipadam. Selepas ini, Aishah akan emmilih tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej berhijab.
"Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab. "Insya-Allah, selepas ini juga saya akan terima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan imej sekarang ini. Harap semua orang boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|