CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kedengaran Tua, Tak Kena Dengan Suara," -Misha Omar Malu Nyanyi Lagu Amylea

1-3-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3591| Komen: 15

Memuji persembahan vokal dan single terbaharu penyanyi Amylea berjudul Kendati, penyanyi Misha Omar bagaimanapun mengakui seperti ada yang tak kena apabila dia cuba menyanyikan semula lagu tersebut.


Misha atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch memberitahu nyanyiannya kedengaran seperti berlebihan berbanding penyanyi asal yang menyampaikan lagu itu dengan cemerlang.

Biarpun berasa malu untuk berkongsi video nyanyiannya kepada umum, namun pemilik nama Samiha @ Aisah Omar ini sanggup menebal muka bagi memberi sokongan kepada Amylea.


Foto: IG

"Saya sangat suka lagu ini. Melodi dan liriknya ditangani dengan baik oleh persembahan vokal Amylea yang bersahaja tapi tetap membuai perasaan dengan mendalam. Sejujurnya, saya tak suka dengar suara saya nyanyi lagu ni.


"Sebab Kendati yang merdu cemerlang dinyanyikan @amyleaazizan tu kedengaran agak tua pula ditangan saya... macam berlebih-lebihan menyanyi pun iya... entahlah. Tapi saya selalu nyanyi lagu ni di rumah sebab suka.

"Eh dilema aneh-aneh la kak Mitch ni tapi korang faham kan situasi ni. Sebenarnya, malu nak tunjuk Kendati versi kak Mitch kat korang tapi demi meraikan #amyleaterusmelangkah, kak Mitch tebalkan saja muka ni. Korang tahan la ya telinga tu," katanya.



Penyanyi lagu Tanpa Rela itu memuat naik video dia menyanyikan versi cover lagu Kendati di Instagram pada Sabtu.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang memuji kemerduan suara dan vokal Misha malah Amylea juga berasa terharu dengan sokongan yang diberikan penyanyi itu.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini mendoakan agar Amylea terus melangkah ke hadapan dan berharap mereka dapat bekerjasama suatu hari nanti.




"Melangkah terus ya adikku... semoga terus berjalan, berlari dan terbang sampai ke bintang. Akak doakan @amyleaazizan terus berjaya dan mudah-mudahan satu hari kita boleh kolaborasi tulis lagu sama-sama.

"La berangan pula... tak apa, setiap kejayaan semuanya bermula daripada mimpi yang dianyam dengan rapi... nikmati ya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 1-3-2021 11:24 AM
tp still ...lagu2 amylea dipandang sendu juri2 AJL..
Quote sleepandream 1-3-2021 12:23 PM
sendiri nyanyi sendiri komen yach...
Quote BicaraHatiku 1-3-2021 12:27 PM
Noraniza_Iblis replied at 1-3-2021 11:24 AM
tp still ...lagu2 amylea dipandang sendu juri2 AJL..

Lagu Amylea ni generic takde umph bagi iols lah.

Quote immaryjane 1-3-2021 12:32 PM
Suke lagu kendati ni. Part pasti tu, goosebumps sgt
Quote duri_durians 1-3-2021 01:00 PM
ok kak mitxh nyanyi mmg takleh pergi kak..
suara amylea tak sama dgn akak.
semoga lagu ni masuk AJL tahun depan?
Quote duri_durians 1-3-2021 01:18 PM
BicaraHatiku replied at 1-3-2021 12:27 PM
Lagu Amylea ni generic takde umph bagi iols lah.

vibe melly goeslaw + rossa kuat.

cumanya .. nak banding dgn lagu2 lain kat AJL tu pun. contoh lagu chipmunk
Quote September14 1-3-2021 01:19 PM
Amea buat rmbut mcmtu nmpk tua lah

Mcm mass factorz pun ada jgk
Quote Themilo 1-3-2021 01:30 PM
immaryjane replied at 1-3-2021 04:32 AM
Suke lagu kendati ni. Part pasti tu, goosebumps sgt

part "beraatttttttt""..... fuhhhhh
Quote Noraniza_Iblis 1-3-2021 02:42 PM
iols suke dgn attitude kak mitch ni.,
tak kekwat dgn sesape.. even dgn newbies n retis x popular...
die cover jee lagu deols...utk support..
iols tgk die cover lagu nek jena dgn nek each..
xde komen lgsung dr 2 acikk ni... sian sheols..
x appreciate lgsung.. bkn suruh repost pun..
at least komen la...
Quote irvene 1-3-2021 03:41 PM
kak mitch. suara kak mitch ni dari dulu shaking ke? tanpa rela tu kuat nau bunyi shaking
Quote nanasno 1-3-2021 03:46 PM
kak mitch ni tak makeup punn cantik .
Quote Nenasketum 1-3-2021 04:19 PM
Amylea nyanyi rileks tapi penghayatan dia deep. Micha teran macam takleh feel lar tapi halwa telinga memasing kan.
Quote ctnorenjoy 1-3-2021 04:20 PM
Themilo replied at 1-3-2021 01:30 PM
part "beraatttttttt""..... fuhhhhh

Iols suka part " berat rasa yang menyerah" rasa deep sgt lirik ni
Quote imanjannah 1-3-2021 04:41 PM
cantiknya kulit sheols.. nampak kurus dia
Quote nowhite 1-3-2021 05:08 PM
Ok nak tengok la drama ni..sampai lagu pun femes

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041614 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top