CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Altimet Sumbang Van Buat Ambulans Bantu Golongan Tak Mampu

1-3-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1539| Komen: 0

Description: Bagi membantu golongan tidak berkemampuan, penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet terpanggil bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre menyediakan sebuah ambulans ...
Bagi membantu golongan tidak berkemampuan, penyanyi rap dan komposer terkenal Altimet terpanggil bekerjasama dengan Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation Centre menyediakan sebuah ambulans.


Menurut Altimet, dia sudah menyerahkan van milik syarikatnya untuk diubah suai manakala pihak One Nation Centre akan menanggung kos pengubahsuaian dan peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

"Jariah Ambulans One Nation X Altimet. Untuk membuat sebuah ambulans, belanjanya amat besar. Peralatan dan kos ubah suai van saja menelan belanja hampir enam angka.

"Tidak termasuk harga van yang sudah tentu menelan belanja hampir RM200,000. Minggu lalu saya menyerahkan van syarikat saya untuk diubah suai oleh One Nation menjadi sebuah ambulans.

"Maka termeterailah kerjasama antara One Nation dan Altimet. Saya sediakan van, One Nation melalui derma orang ramai menanggung kos ubah suai dan membeli peralatan canggih untuk keperluan perubatan dalam ambulans," kongsinya.




Penyanyi lagu Duit ini juga memuat naik video dia memandu van tersebut di Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji tindakan mulia Altimet serta One Nation Centre dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 43 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menderma dan menganggap sumbangan yang diberikan mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Selain itu, Atimet juga memberitahu mereka masih memerlukan sumbangan orang ramai sekitar RM35,000 untuk menjayakan misi murni tersebut.


Foto: IG

"Terima kasih semua penderma. Semoga pahala anda laju mengalir sederas roda ambulans. Sumbangan anda mampu menyelamatkan nyawa mereka.

"Apatah lagi apabila digunakan oleh golongaan mustadh'afinyang benar-benar memerlukan. Kami kekurangan sekitar RM35,000 sahaja lagi untuk jayakan misi murni ini. Ayuh derma," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.302559 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top