CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapor Terus Ke KJ Jika Ada 'Potong' Giliran Vaksinasi

1-3-2021 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2879| Komen: 12

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin meminta pemberi maklumat untuk tampil sekiranya mempunyai aduan mengenai dakwaan cubaan memotong barisan dalam mendapatkan vaksin Covid-19.


Kredit foto: The Star

Dia berkata demikian sebagai menjawab ciapan Twitter doktor perunding dan ahli nefrologi Dr Rafidah Abdullah yang menyorot berhubung aduan bahawa pegawai dari pejabat setiausaha negeri (SUK) Kelantan berusaha untuk memotong barisan.

Malaysiakini sebelum ini juga menyorot mengenai aduan kakitangan di Hospital Serdang, yang tidak ingin namanya didedahkan kerana bimbang tindakan tatatertib, mengenai cadangan untuk mengutamakan pentadbir dan 'influencer' hospital.

Kementerian Kesihatan menafikan aduan itu dan menyifatkan ia sebagai "berita palsu".

Sejak itu, Malaysiakini telah menerima dua aduan serupa, satu berkaitan dengan SUK Kelantan seperti yang dikemukakan oleh Rafidah dan satu lagi di Pulau Pinang yang melibatkan pegawai kanan daerah.


"Saya pandang sangat serius isu queue jumper (potong barisan) ini. Saya telah maklum perkara ini kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah agar tiada pemotongan queue.

"Whistleblower (pemberi maklumat) boleh hantar emel secara anonymous (tanpa nama) terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat," kata Khairy di Twitter.

Khairy menambah bahawa pasukannya telah memantau aduan di media sosial mengenai dakwaan usaha memotong barisan untuk menerima vaksin.

"Kami memandang serius setiap pendedahan. Ekuiti vaksin adalah penting," katanya.


Kredit foto: Twitter

Sebelum ini, Rafidah berkongsi di Twitter paparan mesej yang mendakwa bahawa SUK Kelantan meminta 200 dos vaksin disediakan untuk 200 pegawai.

Mesej itu mendakwa SUK berkenaan menolak untuk mendedahkan senarai individu yang akan diberi vaksin sehingga hari vaksinasi tiba.

Mesej itu menambah bahawa tindakan itu akan menyebabkan petugas barisan depan perubatan yang tersenarai awal sebagai penerima vaksin terpaksa memberi laluan.


Sumber: MalaysiaKini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 28-2-2021 09:00 PM
bila lah abah nak shave..
Quote cepheid 28-2-2021 09:01 PM
Ada live kat FB KJ sekarang
Quote KIM.K 28-2-2021 09:26 PM
Katanya skang baru stage kajian klinikal. Aku nak volunteer tiba2 dah cukup orang sebelom tarikh open
Ke doktor aku tak bagi
Quote honeybee1802 28-2-2021 10:09 PM
KIM.K replied at 28-2-2021 09:26 PM
Katanya skang baru stage kajian klinikal. Aku nak volunteer tiba2 dah cukup orang sebelom tarikh ope ...

Yg dlm klinikal tu yg lain..yg baksin dr china yg belum ada nama lg...dia nak baper ribu org..ada cucuk vaksin..ada placebo....
Quote KIM.K 28-2-2021 10:14 PM
honeybee1802 replied at 28-2-2021 10:09 PM
Yg dlm klinikal tu yg lain..yg baksin dr china yg belum ada nama lg...dia nak baper ribu org..ada  ...

Oo dia nak 3000 org je seluruh negara
katanya bukan bagi vaksin lagi..baru kajian
Quote SepupuBen10 28-2-2021 10:17 PM
Ko ikutkan sgt dgn rafidah mulut busuk tu
Quote Tinot7 28-2-2021 10:32 PM
PA dia yg cek emel, kan?
Quote tumpanglalu74 28-2-2021 10:35 PM
Aduhai Keri..  Ko nak mintak minah yang ngorat ko kat Twitter dulu tu kontek balik ke?  "Dalam hati kita berdua.."
Quote pyropura 1-3-2021 02:17 AM
Langkau giliran sebab dia takut kena cucuk.l vaksin China komdian hari. Salah kau lah Kairy keemax beli vaksin timbang kati yg.tak tentu ujung pangkal
Quote pu3_rania 1-3-2021 09:12 AM
Syabas KJ!!!!
Quote Normabaru 1-3-2021 10:08 AM
Dah la KJ.. Kes Menteri langgar SOP pon sampai skrg nfa..

Ni suh lapor

Lepas lapor apa jadi? Cover up lagi ka..

Hmm.. Dabel standard patut xkn tiris klu ko pny sistem PICK teratur and telus.. Ni semua pon caca merba..

Kaka ok ja SUK potong queue.. Patut tangkap gambar masa dorg cucuk tu.. Then baru lapor

Lepas tu kita tgk apa KJ nk bt.. Takat ckp suh lapor.. Then NFA.. Buang karan ja laaaa
Quote Betara_Indera 1-3-2021 10:18 AM
tak sabar nak tengok list penerima vaksin yg uncensored ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062097 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top