Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) hari ini mempersoalkan mengapa ahli-ahli politik diberi keutamaan mendapat vaksin terlebih dahulu sedangkan sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa golongan yang diutamakan adalah barisan hadapan.
Presidennya, Datuk Jacob George berkata, isu ini ditanya kerana ia menjadi persoalan dalam kalangan khalayak yang mengikuti secara rapat program vaksinasi oleh kerajaan. Berdasarkan protokol oleh kerajaan sebelum ini, golongan pertama yang perlu menerima vaksin adalah barisan hadapan, diikuti dengan warga emas dan fasa ketiga pula melibatkan orang ramai. Malah, katanya, terdapat dakwaan yang legar-legar mendakwa ada keluarga ahli politik yang turut melanggar protokol penerima vaksin. “Memandangkan perkara ini sudah diperkatakan oleh khalayak, maka Pejabat Perdana Menteri (PMO) diminta menjelaskan perkara ini,” katanya yang menghubungi MalaysiaGazette.
Beliau turut mempersoalkan siapakah yang memantau dan melakukan audit penerima-penerima vaksin ini di peringkat negeri. ”Adakah ia dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau siapa? Adakah petugas-petugas yang dipertanggungjawab memastikan program vaksinasi ini dilakukan secara telus mengikut protokol yang ditetapkan oleh kerajaan? “Persoalan-persoalan ini perlu dijawab kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di luar negara, terjadi di sini,” tambah Jacob. Beliau yang memandang berat isu ini menambah, memandangkan lebih banyak vaksin akan dibawa masuk ke dalam negara namun jika protokol tidak dipatuhi, matlamat utama program vaksinasi tidak tercapai. Sebaliknya, situasi ini menunjukkan ahli-ahli politik menyalahguna kuasa masing-masing dan melanggar protokol program vaksinasi. “CASSA mahu perkara ini disiasat termasuk di Selangor. Adakah benar dakwaan negeri ini telah menyeleweng proses protokol vaksinasi untuk keluarga-keluarga ahli politik? “Bagi kami, barisan hadapan sewajarnya didahulukan. Istilah barisan hadapan cukup jelas kerana pekerja pentadbiran hospital swasta bukan frontliners‘, “Malah, isteri atau keluarga kepada ketua menteri dan menteri besar juga bukan frontliners. “Frontliners adalah mereka yang mengendalikan kes-kes Covid-19 di hospital, oleh itu jangan menafikan hak mereka ini dengan melanggar protokol yang ditetapkan,” tegas beliau. Sumber: MalaysiaGazette |
Normabaru replied at 1-3-2021 08:59 AM
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Raky ...
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 09:05 AM
Darurat.. Ko pon, takkan tak tau.
Normabaru replied at 1-3-2021 09:08 AM
Tak tau ape? Xpaham kaka ayat ko tulis
Normabaru replied at 1-3-2021 08:59 AM
Denda laaa kan dorg langgar SOP.. Org2 ni la ptt jgn diundi masa PRU akan dtg.. Jenis selfish.. Raky ...
lostnfaun replied at 1-3-2021 09:18 AM
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt ...
SepupuBen10 replied at 1-3-2021 09:22 AM
Amendeeee la diorg ni kan
Org dah buat senarai nama tu sejak sebulan lalu...
lostnfaun replied at 1-3-2021 09:18 AM
Sedangkan SOP covid pun ada 2 darjat, apa la sgt dgn vaksin nie.. mesti ada yg guna kabel utk dpt ...
tumpanglalu74 replied at 1-3-2021 09:11 AM
Keyword: darurat
Yang ko suroh rakyat perati depe tu tak berbaloi..
Normabaru replied at 1-3-2021 09:58 AM
Byk je hosp last minit br kumpul nama.. Sistem pick ni mmg xteratur sbb tu blh ada yang potong que ...
ADVERTISEMENT