Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit menafikan dirinya ada memakai susuk atau pemanis wajah untuk tampil lebih menawan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 32, bagaimanapun mengakui ada mengambil beberapa prosedur kecantikan lainnya seperti mana yang dilaporkan media, baru-baru ini. “Mulanya terkejut dan tak tahu nak beri reaksi apa bila ada yang meninggalkan komen di media sosial dengan mengaitkan saya dengan pemakaian susuk. “Lucu pun ada sebab kalaulah saya pakai susuk, lebih baik saya ‘tanam’ dekat muka ni sejak dulu lagi. Mereka yang mengenali saya tahulah saya ni jenis bagaimana orangnya. “Malah kesedaran mengenai penjagaan diri ini pun kian hadir seiring dengan peningkatan usia. Bukanlah nak cantik luaran semata-mata tapi lebih kepada amalkan gaya hidup sihat sementelah saya pun terlibat dalam industri pertanian.
“Apa pun, saya tak ambil pusing pun dengan komen tersebut. Saja suka-suka berkongsikan perkara itu di Insta Story beberapa hari lalu. “Yang penting, cantik atau tidak, suami dan anak-anak sentiasa ada di sisi. Itu sudah memadai, alhamdulillah,” katanya yang turut menyifatkan cantik itu subjektif. Mengulas menganai isu perbelanjaan kecantikan dirinya yang mencecah ribuan ringgit, penyanyi asal Sabah ini mendedahkan kos tersebut termasuk rawatan yang ditaja. “Macam-macam komen yang saya terima. Sudah saya jelaskan, kos tersebut adalah anggaran seperti pelangsingan badan, jamu, vitamin dan sebagainya, selain nilai tajaan daripada beberapa pusat kecantikan. “Alhamdullilah, ada yang sudi taja. Bagi saya selagi ia tidak memberikan kemudaratan pada jangka masa panjang, saya terbuka menerimanya. Lagi pun saya tetap akan dengar pendapat suami juga sebelum membuat apa-apa keputusan,” katanya lagi. Sumber: Media Hiburan
|
Kurex replied at 1-3-2021 09:00 AM
Kawan ponen iols ada sorang pakai susuk.. takde la cantik mana.. ke pakai susuk murah?
Kurex replied at 1-3-2021 09:00 AM
Kawan ponen iols ada sorang pakai susuk.. takde la cantik mana.. ke pakai susuk murah?
Tinot7: Kalau hasilnya mcm ni, susuk tu pun tak menjadi la..
cicicumel replied at 1-3-2021 09:43 AM
Di mata pondan sesama pondan mmg la x cantik sis....
mamajawie replied at 1-3-2021 10:09 AM
Malas nk face shaming tapi bibik makcik aku asal aceh sne muka cam dia ni..maaf ni tandanya susuk ta ...
September14: Susuk fungsi dia bkn nak ubah wajah tu jd cantik persis adriana lima kan? Dia just sapa yg tgk dpn2 terasa aura n sedap je mata memandang org pkai sus ...
cicicumel replied at 1-3-2021 02:35 PM
senang cerita u tgk sharipah sakinah dlm drama TV3 tu..cantik ke?? haha..hanya cantik di mata jantan ...
ADVERTISEMENT