Bertudung tetapi seksi tidak lah terlalu menghairankan walaupun ia sememangnya berdosa dalam agama. Namun bertudung tetapi memakai 'bralette' di luar sangat mengundang mata memandang serta 'keyboard warrior' mengecam. Dan ianya bukan dilakukan di dalam rumah tetapi di kawasan khalayak ramai, kemudian dipamerkan ke media sosial lalu berbangga dengan fesyen terkini. Lebih dasyat apabila ada yang menuduh penegur sebagai pendengki kerana tidak memahami konteks fesyen sebenar. Betul ke? Pada mulanya, gadis tersebut mempertahankan pendiriannya yang tetap bertudung dan tidak menampakkan kulit. Segala kecaman dijawab ibarat menegakkan benang basah, namun apabila ianya trending di Twitter, dia terus mengunci akaunnya. Bagi netizen pula, respon yang diterima berbelah bahagi. Bagi yang kagum, mereka menjadikan idola kerana berani berpakaian sebegitu di luar. Manakala bagi yang merasakan ianya adalah salah pula berpendapat ianya adalah keinginan wanita bertudung yang mahu kelihatan seksi tetapi tidak mahu merasakan ianya salah. Malahan menurut seorang lagi rakannya, dia sendiri yang tidak mahu mendengar nasihat untuk berpakaian lebih sopan. Jadi ini adalah masalah peribadi. Mungkin dengan teguran secara terbuka, gadis tersebut akan menilai kembali penampilannya. Anda rasa bagaimana? - CARI |
azimodin: Jijiknya style sheouls. X ukur baju di badan sendiri
bondeh replied at 28-2-2021 01:03 PM
Ada je meolls jumpa fashion cam gini tapi pemakainya selim haluih takde terjojol pastu warna baju hi ...
ReginaGeorge replied at 28-2-2021 01:55 PM
Mungkin kalau body dia kerengga and kulit dia tak gelap, mungkin masih boleh diterima. Ini yang dika ...
ADVERTISEMENT