|
Baru-baru ini tular satu rakaman video CCTV menunjukkan sekumpulan geng motosikal Yamaha RX-Z sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak, lalu diserbu oleh dua unit peronda bermotosikal. Dalam rakaman video CCTV itu juga, seorang anggota dilihat sedaya upaya cuba merampas kunci daripada penunggang-penunggang motosikal berhampirannya untuk mengelakkan mereka melarikan diri.
Menerusi ruang komen, video ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya. Rata-rata kurang senang melihat tindakan polis menyerbu ketika geng motosikal terbabit berada di dalam stesen minyak. Kredit Foto - Facebook Paradise Generation Pandangan mereka agak berasas kerana ia boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini kepada semua pihak semasa berada di kawasan tersebut. Akan tetapi, sudah pasti geng motosikal RX-Z tersebut ada buat apa-apa kesalahan sebelum mereka berhenti mengisi minyak. Jika tidak bagaimana unit peronda bermotosikal sanggup menyerbu masuk di kawasan stesen minyak tersebut? -CARI |

ufc148 replied at 3-12-2021 11:16 AM
Motor baru kalau dicari mesti jumpa yg rosak.. confirm
ADVERTISEMENT