CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pos Malaysia catat rugi bersih RM232.3 juta pada suku keempat 2020

23-2-2021 05:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1830| Komen: 8



KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM232.3 juta bagi suku keempat (S4) berakhir 31 Disember 2020, berbanding kerugian bersih RM7.43 juta pada suku sebelumnya.

Kumpulan itu meraih pendapatan berjumlah RM544.6 juta pada suku dikaji, menurun 12.6 peratus daripada RM623.03 juta pada suku sebelumnya.

Kejatuhan pendapatannya pada suku dikaji itu adalah disebabkan penurunan pendapatan daripada mel dan perniagaan antarabangsanya.

Bagi tahun kewangan penuh 2020, Pos Malaysia merekodkan pendapatan berjumlah RM2.33 bilion dan kerugian sebelum cukai sebanyak RM303.5 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Syed Md Najib berkata,


cabaran dan ketidakpastian disebabkan pandemik COVID-19 tahun lalu menguji ketahanan dan responsif kumpulan untuk mempertahankan perniagaannya.

Katanya, ia juga bagi memastikan inisiatif transformasi yang telah dirancang dapat dilakukan supaya kekal relevan dalam pasaran.

"Kemajuan perjalanan transformasi kami dan peningkatan prestasi kewangan yang dilihat pada suku kedua (S2) dan suku ketiga (S3) pada tahun kewangan 2020 telah memberikan kami keyakinan untuk melakukan penambahbaikan dalam keuntungan kumpulan tahun ini.

"Kumpulan kini sedang melaksanakan rancangan pemulihan perniagaannya dan yakin yang sektor penerbangan akan pulih sekiranya wabak ini dapat dikawal tahun ini.

"Kami akan meneruskan perjalanan transformasi kami untuk menambahbaik kedudukan kami dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, menggunakan teknologi dan digitalisasi sambil memanfaatkan pertumbuhan pesat sektor e-dagang," katanya.


Sumber - BeritaHarian

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 23-2-2021 05:56 AM
Melayu kalau bisnes cerita asyik rugi je

Quote dodolgemok 23-2-2021 07:07 AM
Pkp org guna pos byk pon rugi? Bengap ke apa?
Quote AbukRokok 23-2-2021 07:38 AM
kata kata hikmat al bau kari
Quote hidet 23-2-2021 07:47 AM
dodolgemok replied at 23-2-2021 07:07 AM
Pkp org guna pos byk pon rugi? Bengap ke apa?

Sbb banyak saingan..syarikat kurier tumbuh bak cendawan..iols skrg parcel mostly bukan dihntr oleh poslaju tp company lain
Quote Rogue98 23-2-2021 09:57 AM
Adoiiii ...banyak sangat tu. Tapi logic lah kan dah kurang sangat hantar surat n barang especially ke oversea. Staff pulak ramai merata negara cawangan pos.
Quote Tinot7 23-2-2021 12:12 PM
Iols dah lama tak pi pos brg
Quote arm_band 23-2-2021 03:53 PM
mau nya tak rugi, semua international mails & ems suspended ......  anak syarikat dia, asia xpress rugi tak?
Quote allshares 24-2-2021 10:36 AM
Kalau rugi ni cite biasa la company2 besar. Beli asset bayar gaji ceo mahei2. So nampak la rugi tu, boleh Kurangkan cukai kot dgn Cara tu. Kalau rugi ni betul2 merugikan, takde nye pos malaysia masih megah berdiri mcm tak terkesan

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050681 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top