Gunung Merapi dilaporkan kembali memuntahkan lava pada jam 12 hingga 6 pagi waktu tempatan hari ini, lapor liputan6. Terletak di sempadan Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, ia mengeluarkan lava sebanyak lima kali dengan jarak luncuran maksimum 800 meter ke barat daya. Ketua Pusat Penyelidikan Bencana Geologi dan Pembangunan Teknologi (BPPTKG), Hanik Humaida mengatakan bahawa sepanjang tempoh pemerhatian, Gunung Merapi juga mengalami 25 longsoran gempa dengan ampitud 3 hingga 18 MM dan selama 8 hingga 78 saat. “Asap kawah dilihat berwarna putih dengan intensiti sederhana hingga tebal dan tinggi 50 meter di atas puncak kawah Gunung Merapi,” katanya. Cuaca di Gunung Merapi dilaporkan mendung dan hujan. Angin pula bertiup lemah ke timur dengan suhu udara 14 hingga 23 darjah Celcius, kelembapan 71 hingga 98 peratus dan tekanan udara 568 hingga 707 MMHQ.
Berdasarkan laporan aktiviti Merapi pada 12 hingga 18 Februari lalu, BPPTKG mengatakan bahawa intensiti gempa lebih rendah daripada minggu sebelumnya. Letusan lava dan debu panas Merapi dianggap boleh memberi kesan kepada sektor selatan-barat daya yang meliputi Sungai Kuning, Boyong, Bedog, Krasak, Bebeng dan Sungai Putih. Sekiranya berlaku letusan, ia dijangka dapat mencapai radius tiga kilometer dari puncak gunung. Sumber: liputan6
|
tikusmontok: tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumahnya termasuk seorg wartawan semasa letusan tahun 2 ...
tikusmontok replied at 22-2-2021 04:38 PM
tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumah ...
tikusmontok replied at 22-2-2021 04:38 PM
tragisnya ..jurukunci gunung merapi, mbah maridjan dah mninggal bersama 16 org lain di halaman rumah ...
kakikuDibibirmu: Dah boleh gelabah tetek ke tak ni?
hungryhenry replied at 22-2-2021 06:45 PM
Ye sis ai pi jogja singgah merapi tgk kesan2 letusan dgn umah2 mangsa termasuk mbah tu skali menin ...
ADVERTISEMENT