CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sedar Diri Hamil Tiba-Tiba Sakit Perut, Terpaksa Beranak Di Klinik Gigi

22-2-2021 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2701| Komen: 8

Seorang wanita terkejut apabila melahirkan seorang bayi di atas kerusi di klinik gigi, tanpa menyedari dia sebenarnya berbadan dua sebelum ini.

Jessica Aaldering dari Netherlands berkata saiz badan dan ukuran perutnya hanya seperti biasa malah dia juga datang bulan.

Menurut wanita berusia 23 tahun ini, dia merasai kesakitan di bahagian perut selepas menghantar anak lelakinya ke sekolah.

Ibu muda itu berkata dia menyangka kesakitan tersebut adalah kesan akibat terjatuh beberapa hari lalu.


Foto: Newsflash

Mujur seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan yang sama terlihat Jessica sedang mengerang kesakitan dan dia segera memapahnya masuk ke sebuah klinik gigi berhampiran.


Beberapa minit kemudian Jessica melahirkan seorang bayi lelaki di klinik tersebut.

Wanita berkenaan dan bayi lelaki yang diberi nama Herman, kemudian dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Herman yang dilahirkan 10 minggu lebih awal mempunyai masalah paru-paru dan perlu ditempatkan di dalam inkubator, namun bayi itu dilaporkan beransur pulih. -CARI

Sumber: mStar/ Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 22-2-2021 12:35 PM
X rasa gerakan akrobatik dlm perut ke dekkk...ingat ummah yindon je pelik pelik
Quote batmana 22-2-2021 01:07 PM
umo 23 thn, ank dh msuk skolah..
Quote helicornia 22-2-2021 01:20 PM
nasib baik dia tk claim tk pernah buat seks mcm pompuan indon ari tu.hanya angin menyapa tup2 bersalin huhh
Quote Artemesiaa 22-2-2021 01:53 PM
Banyak pulak kes macam ni sejak kebelakangan ni
Quote pichee 22-2-2021 01:54 PM
Tp ni mcm ssh nk trace sbb period mcm biasa.
Quote CiliPadiSedap 22-2-2021 02:20 PM
pichee replied at 22-2-2021 01:54 PM
Tp ni mcm ssh nk trace sbb period mcm biasa.


Quote makcun14 22-2-2021 05:24 PM
atas sebab tu dianjurkan rajin rajin la amek pregnancy test walaupun ko ingat ko buncit food baby  sahaja ye sis sis sekalian.

aku laki bini cukup la anak sorang tu  masa dia  kecik berjaga malam tak larat nak hadap dah.
syukur atas pengalaman yang tak semua orang lalui.
Quote supernaturalee 22-2-2021 05:36 PM
makcun14 replied at 22-2-2021 05:24 PM
atas sebab tu dianjurkan rajin rajin la amek pregnancy test walaupun ko ingat ko buncit food baby  s ...

kt shopee mcm ada jgk yg beli



Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.032030 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top