Menyesal, malu. Itu perasaan Syatilla Melvin yang mendedahkan baru menunaikan solat sunat Dhuha ketika usia sudah menjangkau 30 tahun. Malah, dia mengakui mencari cara melaksanakan solat sunat itu menerusi carian Google dan YouTube.
Pelakon dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin menerusi Instagram mengakui timbul perasaan sangat luar biasa selepas mengamalkan solat sunat itu setiap hari. Bukan mahu membangga diri, sebaliknya Syatilla menjelaskan perkongsian itu dibuat dengan harapan ia dapat membuka hati orang ramai turut sama melakukan solat sunat Dhuha. "Mana tahu bila pengikut baca tiba-tiba terbuka hati nak buat jugak ke kan? Pasti ramai yang tengah berlawan dengan ego diri sendiri sekarang ni. Sama macam Tilla!! "Jangan pernah rasa terlambat untuk mula buat benda baik. Selagi ada rezeki bernafas, selagi tu kita ada peluang. Setuju sangat, kan?" tulisnya di Instagram. Setuju kan dengan Syatilla? - CARI
|
MontanaHannah replied at 21-2-2021 06:01 PM
Baru hina org hitam dia boleh smebang bab solat dhuha
nakharom sgt ni,anak siapa ni???
salmon-suki: Humblebrag...tp ai cuba husnuzon lah..maybe dalam dia show off ni,dia berjaya buang rasa riak beramal tuh kot..cuma ai nak tny,kenapa x cari org y 'al ...
sharlenetexas replied at 21-2-2021 05:31 PM
Lebih suka sheols zmn free hair dulu.
likecandy replied at 21-2-2021 07:42 PM
Dulu bila sheols free hair, before kahwin ngan sam
Wangi2 je dua2
Xde lah rempit macam skrg
ADVERTISEMENT