CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Migrasi Manusia Dari Sungai Mekong Ke Dunia Melayu

7-11-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7590| Komen: 14

Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.




Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.

Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:

* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu Tertua



Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.

Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.





Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote larikesurga 8-11-2013 10:59 AM
menarik....thanks
Quote rnoor 8-11-2013 11:16 AM
ternyata melayu juga pendatang ....
Quote reeny 8-11-2013 12:33 PM
keturunan melayu kat Malaysia nie pun dh banyak yang bercampur-campur. nak cari yg betul2 melayu jati pun susah.. ada yg Melayu + Siam, Melayu + Jawa, Melayu + Arab, Melayu + India.. pendekata pelbagai dah..
Quote Pajeri_Nenas 10-11-2013 07:28 PM
ini yg terbaru..

http://www.ox.ac.uk/media/news_r ... nalists/080523.html
Quote nobito 13-11-2013 08:27 PM
melayu kat Malaysia adlh pendatang dan tiada yang asli
Quote tokcu 14-11-2013 02:36 PM
waahh bestnya baca..gud info
Quote siti_kus 14-11-2013 02:43 PM
thx for the info..
Quote bangcak 25-11-2013 04:43 PM
menjelang 2012, makin ramai 'melayu baru' kat negara kita.
mungkin silibus pendidikan negara jugak kene tambah 2 bahasa
lagi untuk memudahkan 'komunikasi antara melayu' akan dtg

- bahasa nepal
- bahasa myanmar
Quote spiderman80 25-11-2013 05:35 PM
bangcak posted on 25-11-2013 04:43 PM
menjelang 2012, makin ramai 'melayu baru' kat negara kita.
mungkin silibus pendidikan negara jugak  ...

Sian kat cacai yang sibuk suruh Cine balik Tongsan. Rupa-rupanya Melayu dan Cine pun sama kampung.
Quote sahamboi 27-11-2013 04:29 PM
Melayu dari yunan. Banjar aceh kedah minang datang dari mana. Jawa kadazan bugis boyan batak datang dari mana.
Quote bangcak 28-11-2013 06:25 PM
sahamboi posted on 27-11-2013 04:29 PM
Melayu dari yunan. Banjar aceh kedah minang datang dari mana. Jawa kadazan bugis boyan batak datang  ...

semua datang dari luar tanah melayu.
so ada ke melayu yg tumbuh bercambah mcm pucuk taugeh dari tanah melayu?
mungkin geng2 ketuanan je tumbuh gitu kot?
Quote rnoor 29-11-2013 01:32 PM
sahamboi posted on 27-11-2013 04:29 PM
Melayu dari yunan. Banjar aceh kedah minang datang dari mana. Jawa kadazan bugis boyan batak datang  ...

from Nagaland ....

Quote sahamboi 29-11-2013 02:58 PM
rnoor posted on 29-11-2013 01:32 PM
from Nagaland ....

Melayu ni tak abis2 kecoh asal usul yahudi la bangsa yang hilang la sedara dgn superman la. Kan senang cakap melayu salah satu suku dari nusantara sama spt kaum batak, sulu, jawa, minang dan lain2. Jadi takde lah bangsa lain nak persoalkan asal usul dari indon la ape la... oleh kerana tanak mengaku sedara dgn indon, melayu2 ni mula dengan teori mengarut...
Quote spiderman80 29-11-2013 05:31 PM
sahamboi posted on 29-11-2013 02:58 PM
Melayu ni tak abis2 kecoh asal usul yahudi la bangsa yang hilang la sedara dgn superman la. Kan se ...

Senang cerita, Melayu asalanya dari Perancis.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.042611 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top