CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Sakit Sangat Saya Urut Sendiri," -Zamani Terpaksa Hentikan Rawatan Sebab Tak Ada Duit

19-2-2021 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26648| Komen: 129

Penyanyi popular, Zamani, 50, yang mengalami masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung terpaksa menghentikan rawatan penyakit itu buat sementara berikutan kos rawatan yang tinggi.


Zamani yang pendapatannya turut terjejas berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkata, untuk beberapa sesi rawatan mengurut dia perlu mengeluarkan kos di antara RM300 hingga RM400.

"Buat masa ini saya berhenti dulu. Namun, kalau rasa sakit sangat saya buat urutan sendiri seperti yang diajarkan.

"Hidup memang ada fasa-fasanya dan kita kena lalui apa yang berlaku sekarang," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Penyanyi kumpulan Slam ini mengakui kehidupannya agak terkesan dan hanya berbelanja untuk perkara yang perlu saja.

Zamani tanpa berselindung turut mengakui membuat permohonan bantuan untuk golongan B40 seperti yang ditawarkan kerajaan.

"Apa nak dimalukan kerana artis juga perlukan pendapatan. Pada saya tiada salahnya perkara ini. Tidak ada apa yang hendak dimalukan kerana semua orang terkesan sekarang. Semata-mata nak elak malu, tapi hidup susah pun tak guna juga.

"Apapun, terpulang kepada cara masing-masing dan saya tak malu untuk mengakui perkara ini. Lagipun saya dah pernah rasa susah dulu," katanya.



Zamani berkata, dia juga merancang memohon menyertai Program Hiburan Dari Rumah (HDR) dengan bayaran sebanyak RM5,000 menerusi Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).

"Dah ada peluang pasti saya tak nak ketinggalan untuk ambil. Kita pun tak boleh buat apa-apa dan ini peluang untuk cari pendapatan. Rasanya benda ini bagus untuk golongan penyanyi dan pemuzik," katanya.

Zamani berkata, dalam masa sama tidak berpeluk tubuh mengharapkan bantuan semata-mata kerana tetap berusaha mencari rezeki untuk keluarganya.

Pada 26 Februari ini dia akan beraksi di konsert virtual anjuran Boss Production Pte Ltd dari Singapura.



"Selain itu, saya juga keluarkan syampu jenama Salju yang dipasarkan menerusi platform ilike_global dan akan turut dijual di Shopee selepas ini.

Ini termasuk buku Hitam Putih Sebuah Autobiografi yang mengisahkan kehidupan saya juga dikeluarkan dan dijual menerusi platform kru2u.originals," katanya.

Menurutnya, kedua-dua projek ini dihasilkan oleh KRU dan buku berharga RM39.90 itu dicetak sebanyak 300 naskhah untuk edisi pertama.

Dia juga bersyukur kerana setakat ini buku itu menerima sambutan menggalakkan.

"Sekarang kami dalam proses menerbitkan audio untuk bacaan buku ini. Mereka yang malas membaca atau tiada masa untuk membaca boleh mendengarnya dalam format itu pula.

"Saya buat semua ini tapi hasilnya belum nampak. Ketika PKP saya kena buat pelbagai kerja. Kalau ada rezeki Allah nak bagi, jadilah. Kalau tidak, kita hanya perlu mencuba dan selebihnya serahkan kepada Allah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 19-2-2021 10:06 AM
Lagi retis zmn dulu yg tk de tabungan
Quote Suchi 19-2-2021 10:19 AM
Aik ingat dia banyak duit sebab show sblm ni byk kan rupanya takda duit gak.

Dia duk menyewa ke atau ade beli rumah sendiri ya?

Teringat masa iols sekolah dulu waktu dia mendoniaa mak iols cakap eleh sbb zamani tu penyanyi duit byk ramai la pompuan minat cuba kalau dia keje peneroka cop buah sawit je kat ladang takda sapa pandang.

Hakikatnya 20 tahun kemudiaan hat cop buah kat ladang hidup lebih senang lenang umah besor banglo takde loan nak kena bayor bagai
Kalau ada tanah felda baru buka lagi pasti ramai gilaa berebut nak jd peneroka dengan artis2 pun berebut nak.
Quote Prickford 19-2-2021 10:35 AM
Semoga menjadi contoh buat artis2 sekarang. Hidup tak selamanya di atas. Kadang kala pon sesak daaa... Moga boleh ambil iktibar.
Quote miss_perfect 19-2-2021 10:38 AM
Masih ambik barang ke dia ni? Kalau dia tak mendadah mesti ada je saving dulu2.
Quote azimodin 19-2-2021 10:45 AM
Slam popular nakmateiiii kot dulu. Masa muda xde simpanan dah ke. Harapnya retis bbnu buat la simpanan emas sikit2 masa tengah laku ni, masa sesak boleh la gadai kat ar rahnu
Quote newyork 19-2-2021 10:45 AM
La tadak duit pulak dah...
Quote piao 19-2-2021 10:50 AM
tp artis skng bermewah2 sbb tu org menuduh2 artis skng ni skit2 nk menunjuk.... ini layg aku nk smpaikan dr dlu
Quote acikbajuhijau 19-2-2021 10:53 AM
nak kesian ke mcmna nih? dulu famous, kau ambik barang. now dah tak famous dan sakit, kau xda duit. how leh??
Quote Tinot7 19-2-2021 10:55 AM
Wow, umo 50 masih voley buat iklan rambut pantene...
Quote alesandra 19-2-2021 10:55 AM
Korang ingat kalau  dulu ada simpanan pun dadah tu murah ke?
Quote pearl.silver 19-2-2021 10:59 AM
I simpati pd pompuan yg kawen dgn dia..
Quote cikkuntum 19-2-2021 11:07 AM
yg pasti semua lagu die fevretttttt....
Quote pavlovachoc 19-2-2021 11:08 AM
pearl.silver replied at 19-2-2021 10:59 AM
I simpati pd pompuan yg kawen dgn dia..

Harap isteri dia x tinggal kan dia la
Quote minguk 19-2-2021 11:11 AM
nasib baik ada wife boleh tolong urut-urut
Quote limau_lemon 19-2-2021 11:11 AM
Apa nk pelik dia xde simpanan.. Dia kan ambik barang
Quote Carcosa 19-2-2021 11:13 AM
Bini kan ada. Suruh lah bini kau urut2
Dulu tak menabung. Kan skrg misekin.
Quote enot_sibudak 19-2-2021 11:42 AM
Dia kan kaya nau dulu.. Tp berhabis banyak beli menatang tu..
Quote AshkieLa 19-2-2021 11:51 AM
uzur betul nampak masa dia jadi guest dalam sepahtu reunion hari tu..
aduhaiii.... semoga dipermudahkan laa dalam ape jua urusan...
Quote fifie_olin 19-2-2021 11:53 AM
duit byk salur ke brg tu kaaa...

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top