CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sumbat Tuala Dalam Mulut, Perompak Sorok Bayi Tiga Bulan Dalam Kotak Polisterin

19-2-2021 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3973| Komen: 24

GEORGE TOWN: Seorang suri rumah cemas apabila bayi lelakinya berusia tiga bulan hilang selepas disorokkan dua perompak di dalam kotak polisterin di rumahnya di sebuah flat di Jalan Van Praagh, Jelutong, Pulau Pinang.


Suspek yang turut menyumbat mulut bayi itu menggunakan tuala kecil sebelum ditampal pita pelekat dipercayai bertindak sedemikian kerana berang apabila gagal memaksa wanita itu menyerahkan wang tunai RM50,000.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata dalam kejadian jam 10.30 pagi Isnin itu, dua lelaki menyamar wakil syarikat kurier datang ke rumah itu.

Gambar Hiasan

"Mereka kononnya mahu menghantar barang, namun sebaik membuka pintu dia terkejut apabila salah seorang suspek mengeluarkan pisau dan mengarahkannya supaya tidak menjerit jika mahu selamat.


"Suspek kemudian mengambil rantai emas mangsa bernilai RM1,200 sebelum mereka meminta wang tunai sebanyak RM50,000, namun mangsa tidak mempunyai wang tunai sebanyak itu.

"Seorang daripada mereka kemudian mencapai bayi lelakinya berumur tiga bulan dan menyembunyikannya sebelum melarikan diri," katanya di sini.

Beliau berkata, wanita itu yang ketakutan segera mencari bayinya sebelum menemui anaknya di dalam kotak itu yang diletakkan di dalam sebuah bilik rumah itu tidak lama kemudian.

Soffian berkata, anak perempuan mangsa berumur tiga tahun bagaimanapun tidak diapa-apakan oleh suspek. Suaminya berada di tempat kerja di Batu Kawan ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, Soffian meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurfaiz Fathi Marhom di talian 04-2825922 (sambungan 228).

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 18-2-2021 05:12 PM
tak berkat negeri pntadbiran chong cheng ni

kalau kt kelantan laku keras thread ni

johnyenglish pun kemut jubo masuk thread ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote TravellingBear 18-2-2021 05:17 PM
takat duduk flet takkan lah ada 50k cash
Quote Artemesiaa 18-2-2021 05:28 PM
Mereka ingat lakinya pengurus tapak projek banyak simpan duit kat rumah, ke mereka pekerja kat tapak project tu sendiri.
Quote MontanaHannah 18-2-2021 05:33 PM
bangla ,rohingya ,indon ,nepal ,mynmar nakharom yg buat tu
Quote tumpanglalu74 18-2-2021 05:37 PM
Lenkali kalo cerodek ko samun la rumah banglo tolol..
Quote stinger.baik 18-2-2021 05:44 PM
tumpanglalu74 replied at 18-2-2021 05:37 PM
Lenkali kalo cerodek ko samun la rumah banglo tolol..

kalau btul2 cedik tk de la dia jd penyamun!

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Quote CARI-MRO 19-2-2021 09:01 AM
GEORGE TOWN: Seorang suri rumah cemas apabila bayi lelakinya berusia tiga bulan hilang selepas disorokkan dua perompak di dalam kotak polisterin di rumahnya di sebuah flat di Jalan Van Praagh, Jelutong, Pulau Pinang.


Suspek yang turut menyumbat mulut bayi itu menggunakan tuala kecil sebelum ditampal pita pelekat dipercayai bertindak sedemikian kerana berang apabila gagal memaksa wanita itu menyerahkan wang tunai RM50,000.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata dalam kejadian jam 10.30 pagi Isnin itu, dua lelaki menyamar wakil syarikat kurier datang ke rumah itu.


Gambar Hiasan




"Mereka kononnya mahu menghantar barang, namun sebaik membuka pintu dia terkejut apabila salah seorang suspek mengeluarkan pisau dan mengarahkannya supaya tidak menjerit jika mahu selamat.


"Suspek kemudian mengambil rantai emas mangsa bernilai RM1,200 sebelum mereka meminta wang tunai sebanyak RM50,000, namun mangsa tidak mempunyai wang tunai sebanyak itu.


"Seorang daripada mereka kemudian mencapai bayi lelakinya berumur tiga bulan dan menyembunyikannya sebelum melarikan diri," katanya di sini.


Beliau berkata, wanita itu yang ketakutan segera mencari bayinya sebelum menemui anaknya di dalam kotak itu yang diletakkan di dalam sebuah bilik rumah itu tidak lama kemudian.


Soffian berkata, anak perempuan mangsa berumur tiga tahun bagaimanapun tidak diapa-apakan oleh suspek. Suaminya berada di tempat kerja di Batu Kawan ketika kejadian berlaku.


Sementara itu, Soffian meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurfaiz Fathi Marhom di talian 04-2825922 (sambungan 228).


Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. -CARI


Sumber: Awani
Quote nazzse 19-2-2021 09:27 AM
Rompak rumah flat mintak 50k..
Bodoh punya perompak
Quote eyansss 19-2-2021 09:40 AM
nazzse replied at 19-2-2021 09:27 AM
Rompak rumah flat mintak 50k..
Bodoh punya perompak

baru nak cakap menda yang sama...  tapi mana la tau kot orang2 penang ni kaya2 cuma duduk flat sebab tanah tak banyak kat sana...
Quote green~tea 19-2-2021 09:40 AM
nazzse replied at 19-2-2021 09:27 AM
Rompak rumah flat mintak 50k..
Bodoh punya perompak


Hahahahha.. aku pun mcm scroll balik sbb nak confirmkan teringat lokasi rumah flat tp mintak 50k... hahahhahah
Quote green~tea 19-2-2021 09:42 AM
But yes... berita ni penting utk kita take note modus operandi.. plis laa tengok apa parcel yg kita expect to receive.. bleh tengok tracker kan... so that takde la senang2 bukak pintu or pagar utk org luar

So biasany syarikay courier akan baca nama kita di parcel tu.. kalo tak, jgn buka grill or pagar je
Quote nazzse 19-2-2021 09:45 AM
eyansss replied at 19-2-2021 01:40 AM
baru nak cakap menda yang sama...  tapi mana la tau kot orang2 penang ni kaya2 cuma duduk flat seb ...

Barang emas pun 1 tu je u ada time tu, klu ada lagi mesti kena ambik dah..
Perompak tu je tak cerdik
Quote otai_g 19-2-2021 09:49 AM
Tanda2 awal kehancuran ni. Ekonomi mengucup, job x ada so job jenayah la yg org akan buat utk terus survive.

Kerajaan kena buat sesuatu.
Quote TravellingBear 19-2-2021 10:16 AM
otai_g replied at 19-2-2021 09:49 AM
Tanda2 awal kehancuran ni. Ekonomi mengucup, job x ada so job jenayah la yg org akan buat utk terus  ...

tkde job rompak 50k terus. kalau dia ada job pon nak kumpul 50k entah bila2 dpt . 5k belum tentu
Quote Suchi 19-2-2021 10:27 AM
RM50 pun belum tentu orang ada simpan kat umah.
Laaa ni orang mana pegang cash banyak2 bodohnya perompak ni patutlaa ko jadi perompak kecil-kecilaan tidak dah jadi ahli politik yang mampu merompak berbilion tanpa orang sedar.

Lagi bodoh g sumbat baby ngn pita pelekat bagai geramnyaaa la hai kalau budak tu termuntah dia boleh mati tersedak muntah sendiri laaa
Quote namieamuro 19-2-2021 10:44 AM
bodoh. tak dpt, balas dendam kt baby. dasar gayah pondan nk rompak 50k pegi kedai emas la
Quote Carcosa 19-2-2021 11:06 AM
Bangsat punya perompak. Moga kau berdua mampos digilis lori treller 8 tayar, meletop kepala kau.
Baby kau aniaya ya. Semoga kau mampos dgn kesakitan.
Quote cikdumbo_92 19-2-2021 11:12 AM
Kesian baby tu jadi mangsa.. semoga penjenayah dapat ditangkap
Quote kelapaparut 19-2-2021 11:18 AM
Edited by kelapaparut at 19-2-2021 11:19 AM
green~tea replied at 19-2-2021 09:40 AM
Hahahahha.. aku pun mcm scroll balik sbb nak confirmkan teringat lokasi rumah flat tp mintak 50k ...


perompak penang biasenye tau penduduk penang ni duk rumah flat duit bkepuk, kite kat lembah klang ni rumah besar kereta besar kdg2 papa bgaya je lebih, perompak tempatan lebih tau kwsn daerah rompakannye kuase membeli penduduk kat situ, simpanan byk mane taraf hidup they all know very well

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052991 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top