CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semua Kerja Tertangguh, Eyra Hazali Habiskan Masa Layan Suami Dan Anak Di Rumah

19-2-2021 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3525| Komen: 13

Tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan ramai dalam kalangan kita kehilangan punca pendapatan dan ada juga yang tidak dapat melakukan kerja seharian atas beberapa kekangan.


Bagi pelakon, Eyra Hazali, tempoh PKP digunakan sebaik mungkin untuk memberi tumpuan kepada anaknya, Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia enam bulan.

Eyra yang popular menerusi drama dan filem berkata, suaminya yang juga penjaga gol pasukan JDT, Muhammad Haziq Nadzli juga tidak dapat menjalani sesi latihan, sekali gus memberi ruang kepadanya untuk menghabiskan banyak waktu di rumah.

Foto: IG

"Saya dan Haziq habiskan masa di rumah untuk menyaksikan sendiri Hayder membesar. Pada masa sama, Haziq juga kini aktif dengan aktiviti penstriman secara langsung permainan video.


"Katanya, dari situ dia dapat juga menjana sedikit pendapatan," katanya.

Menurut Eyra, kerja lakonannya sehingga kini masih tergendala dan belum mendapat makluman untuk diteruskan atau tidak.



"Ada beberapa tawaran kerja yang ditunda dan ada juga yang dibatalkan. Selain kerja lakonan, ada beberapa kerja berkaitan promosi kempen dan sebagainya yang juga terpaksa ditunda.

"Tidak hanya duduk diam, dah alang-alang ada masa saya juga memulakan perniagaan menjual minyak aromaterapi," katanya.

Satu drama bersiri yang akan dibintanginya juga sepatutnya memulakan penggambaran tidak lama lagi. Namun dia masih menantikan makluman mengenai kebenaran untuk merentas negeri.

"Sepatutnya hujung bulan ini saya ada penggambaran di Terengganu untuk drama berjudul Masjid Nak Roboh yang akan ditayangkan di RTM. Jadi, sekarang saya masih menantikan sama ada dibenarkan untuk merentas negeri atau tidak.

"Drama ini adalah drama 13 episod dan dibintangi saya, Alif Hadi, Mosen Nadzli dan ramai lagi," katanya.



Baru-baru ini, Eyra berdepan situasi di mana gambarnya sekeluarga disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab dan dimanipulasi untuk tujuan pemasaran di media sosial.

"Perkara ini bukan saja berlaku kepada saya, tetapi ramai artis lain. Jadi, sudah tiba masanya tindakan keras diambil untuk memastikan gambar serta nama kita tidak disalahgunakan.

"Ini kerana, saya tak mahu sekiranya ada perkara tak diingini berlaku, contohnya kerja jenayah dan tak pasal-pasal nama saya sekeluarga turut terpalit sama sedangkan kami tak tahu-menahu mengenai produk atau jenama itu," katanya.




Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Eyra sudah membuat laporan polis dan menantikan tindakan susulan daripada pihak berkuasa. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 19-2-2021 09:08 AM
musim pkp ni sehari berapa kali terbatal air semayang? dulu masa memula kawin sehari 5 kali kan?
Quote umbut 19-2-2021 09:09 AM
Ni lagi sorang.. xda citer nak up.. citer layan lakiiiiiii je balik2 citer ko..macam ko sorang berlaki
Quote bakingsoda 19-2-2021 09:19 AM
comey anak dia tapi kan mmg tak boleh duk diam2 kat rumah? nak kena jugak kuar bawak baby berjalan time2 gini?
Quote Prickford 19-2-2021 10:37 AM
Dorang ni muda2 lg kan. Tp muka nampak tua. Eyra tu tgk pesen macik2 je.
Quote Carcosa 19-2-2021 11:10 AM
MUKA TUAAAAAAA
Quote AshkieLa 19-2-2021 12:02 PM
umbut replied at 19-2-2021 09:09 AM
Ni lagi sorang.. xda citer nak up.. citer layan lakiiiiiii je balik2 citer ko..macam ko sorang berla ...

yesss uols dah tuliskan ape yg meols rasa...
pastu beranak kecik gigih nak merayau, kang positif minta doa netizen..
dah sihat, share pengalaman acah2 nak suruh org lain amik iktibar...
itu jela pusing2 sampai AJM
Quote Joysparta 19-2-2021 02:48 PM
Pusing2 cite yg sama..laki.laki..laki...relevan lagi ke dia ni jadi retis??
Quote Joysparta 19-2-2021 02:48 PM
Pusing2 cite yg sama..laki.laki..laki...relevan lagi ke dia ni jadi retis??
Quote gadis_mateen 19-2-2021 04:37 PM
makcik makcik sangat gaya dia
Quote asma87 19-2-2021 04:41 PM
Nape xbgtau sekali berapa Kali ko Mandi janabah dlm sehari
Quote September14 19-2-2021 04:44 PM
Nak laki dia
Quote NonaNaga 20-2-2021 11:05 PM
Dh mcm 30 eyra ni..
Quote KIM.K 21-2-2021 12:10 AM
lawa sangat ke nak cerita batal wudhuk ni..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034451 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top