CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Harga Ikan, Udang Naik Bebankan Pengguna

7-11-2013 04:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25724| Komen: 251

Harga ikan, udang naik bebankan pengguna



KUALA KANGSAR - Kebanyakan penduduk yang ditemui di sini, mengakui harga ikan dan udang yang dijual di pasar dan kedai runcit naik.

        
Dengan kenaikan bahan mentah tersebut akan membebankan pengguna, memandangkan harga beberapa barang keperluan lain juga naik sebelum ini.
        
Penduduk Abdul Momin Khushairy, 39, berkata, harga udang naik sehingga RM6 sekilogram, manakala harga ikan pula RM3 ke RM4 untuk satu kilogram.
        
“Pagi kelmarin saya ke pasar minggu di Karai kerana harga di sana lebih murah berbanding tempat lain, namun saya terkejut kerana harga ikan dan udang mahal berbanding hari kebiasaan,” katanya
        
Dalam masa sama, Arbaayah Shariff, 61, turut terbeban dengan kenaikan harga tersebut dan menyifatkan kenaikan kali ini tinggi.

        
“Kalau dulu saya beli ikan RM5  ikan di pasar dapat banyak kali ini  RM5, tak sampai satu kilogram dan hanya dapat tujuh ekor ikan sahaja.
        
“Kalau berterusan macam ini, kami terpaksa cari sumber makanan lain,” katanya.
        
Sementara itu, seorang peniaga yang mahu dikenali Hert, 36, berkata, harga ikan dan udang mahal  mungkin disebabkan nelayan tidak turun ke laut dan bekalan kurang.
        
"Kami sebagai peniaga tiada jalan lain dan terpaksa naikkan harga," katanya.
        
Pada 5 November lalu Sinar Harian melaporkan 200 nelayan di beberapa kawasan di Pantai Remis bertindak mogok berikutan penguatkuasaan mewajibkan penggunaan pukat tunda dengan jaring bersaiz 38 milimeter (mm).
        
Nelayan berkenaan bertindak tidak turun ke laut sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan saiz pukat tersebut. Akibat tindakan tersebut bekalan ikan dan udang tidak mencukupi sekaligus menyebabkan harga meningkat.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ikinbest 7-11-2013 01:42 PM
mmm ... sume pon da naik harge, ikan udang ... x yg bawah rm 10 da sekilo ..
Quote AbukRokok 7-11-2013 01:43 PM
   “Kalau berterusan macam ini, kami terpaksa cari sumber makanan lain,” katanya.



Quote GhostWalking 7-11-2013 01:46 PM
Udang rm28 sekilo aritu aku tgk.Ikan kembung 12-15rm sekilo.
wth betol
Quote kecimpret 7-11-2013 01:52 PM
Nelayan kan mogok skg...2-3minggu ni jgn beli seafood
Quote niceghost2005 7-11-2013 01:53 PM
GhostWalking posted on 7-11-2013 01:46 PM
Udang rm28 sekilo aritu aku tgk.Ikan kembung 12-15rm sekilo.
wth betol

Seoghang Munteri Bee End cakap "Kalau mahai.................jangan makan ayam."

Sp. kalau ikan n udang mahai....................jangan makan ikan n udang!!!

Itew pung susah mau paham kaaaaa??
BUdak TADIKA pung gherti.....

Nanti kalau beraih mahai, hang toksah makan nasik....................tau.!!!

5 tahun lagi..............PRU14, PANGKAH lagi Bee End!!
Makan ubi kayu laaaaaaa.....................



Quote prettyuglybabe 7-11-2013 01:53 PM
semalam beli sotong 4 ekor je pun dah rm9++. apa nak buat. syukur je la dengan ketentuan ilahi
Quote annehuda 7-11-2013 01:55 PM
nelayan tak turun laut, bekalan kurang, terpaksa naikkan harga???

kenapakah? nk mintak kerajaan tmbh lg subsidi diesel ?
Quote AdsMsia 7-11-2013 01:55 PM
kecimpret posted on 7-11-2013 01:52 PM
Nelayan kan mogok skg...2-3minggu ni jgn beli seafood

mogok ka ? aiyaaaa
dah la anak aku suka mkn ikan temenung lemak
hehehe
harga temenung ni dah dekat nak sama dgn ikan kayu putih
baik aku beli kayu putih ada gak feeling mcm mkn tuna blue fin

*bro direct As-salihin ka ? or bwh CWA ?

Quote AdsMsia 7-11-2013 01:56 PM
prettyuglybabe posted on 7-11-2013 01:53 PM
semalam beli sotong 4 ekor je pun dah rm9++. apa nak buat. syukur je la dengan ketentuan ilahi

baik p beli kat nasik kandaq teruih
puaih ati
siap masak kari dah pun
tinggal ngap saja ....

Quote kecimpret 7-11-2013 01:57 PM
AdsMsia posted on 7-11-2013 01:55 PM
mogok ka ? aiyaaaa
dah la anak aku suka mkn ikan temenung lemak
hehehe

pasni ko beli ikan temenung dlm tin je laa..kalo beli fresh mau ko yg termenung
Quote zaujahzauji 7-11-2013 01:57 PM
saiz 38mm udang bape besar yang lekat dol?udang galah?saiz2 lobster?memang la harga naik pasal susah nak dapat kalau guna saiz macam tu.
Quote AdsMsia 7-11-2013 02:00 PM
AbukRokok posted on 7-11-2013 01:43 PM

geng GAH buleh makan la kut siamang gagap ni

depa kata ' makanlah dari yang baik lagi halal'
dalam Quran takleh mkn babi,darah n bangkai je

hmmmm tatau la aku.....

Quote AdsMsia 7-11-2013 02:01 PM
kecimpret posted on 7-11-2013 01:57 PM
pasni ko beli ikan temenung dlm tin je laa..kalo beli fresh mau ko yg termenung

bro sardin king cup yg besaq pun dah harga RM6 lebih woooo
isi baru ada dlm 4 ketul saja

dlm tin lagi mahai la ni woooooo

Quote prettyuglybabe 7-11-2013 02:04 PM
AdsMsia posted on 7-11-2013 01:56 PM
baik p beli kat nasik kandaq teruih
puaih ati
siap masak kari dah pun

ko buat aku terliur sotong kari mamak pulak
Quote kenarikelabu 7-11-2013 02:05 PM
aku nk mkn kicap pon sedih....sbb kicap pon naik rege
Quote kecimpret 7-11-2013 02:06 PM
AdsMsia posted on 7-11-2013 02:01 PM
bro sardin king cup yg besaq pun dah harga RM6 lebih woooo
isi baru ada dlm 4 ketul saja

try sardin ni bang


Quote dr.R 7-11-2013 02:06 PM
Aku jarang beli ikan dan udang, tapi aku selalu beli mutton dan lamb slice kat pasaraya. Kalau dulu biasa harga RM14.90-RM16.90, sekarang ni dah RM20.90 (ikut harga kawalan) dan kalau ada murah pun RM18.90 macam tu perkilogram selepas raya aidil adha lepas.
Quote vv2005 7-11-2013 02:07 PM
stress aku..semua naik
Quote AdsMsia 7-11-2013 02:09 PM
kecimpret posted on 7-11-2013 02:06 PM
try sardin ni bang

sedap ka?
jarang nampak cap pertima ni

aku biasa king cup & marina je
cap ayam tu mahal gila

Lihat semua komen(251)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.567128 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top