CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Obses Nak Anak Seramai Mungkin: Dapat 10 Anak Dalam 10 Bulan

19-2-2021 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3093| Komen: 18

Moscow: Seorang wanita di Rusia menjadi 'ibu ekspres' selepas memiliki 11 anak pada usia 23 tahun.

Christina Ozturk, 23, hanya sekali saja melahirkan anaknya ketika berusia 17 tahun.


Bayi itu diberi nama Mika dan kini berusia enam tahun.

Kredit foto: IG batumi_mama

Wanita kemudian berkahwin dengan jutawan, Galip Ozturk, 56, sebelum mereka berhasrat untuk memiliki anak seramai mungkin bagi mencapai impian membina sebuah keluarga besar.

Bagi merealisasikan impian itu, pasangan terbabit menggunakan khidmat ibu tumpang bagi mendapatkan bayi.

Mereka kemudian mendapat 10 lagi bayi dalam tempoh 10 bulan dengan menggunakan kaedah berkenaan.


Bayi pertamanya yang dilahirkan dengan ibu tumpang adalah Mustafa, yang dilahirkan pada Mac tahun lalu.

Sementara itu, paling terbaharu, mereka menyambut kehadiran bayi bernama Olivia yang dilahirkan menerusi kaedah sama pada bulan lalu.

Apa yang mengejutkan, pasangan itu belum mempunyai perancangan untuk berhenti memiliki anak.

"Saya melahirkan anak perempuan, Vika enam tahun lalu namun bagi anak yang lain mereka adalah genetik kami namun dikandungkan oleh ibu tumpang.

"Setakat ini, kami memiliki 10 anak dengan yang terbaharu adalah Olivia yang dilahirkan ibu tumpang bulan lalu," katanya seperti dilaporkan Odditycentral.com.

Sebelum ini, pasangan berkenaan bercadang untuk mendapatkan anak setiap tahun, namun menyedari tidak mempunyai keupayaan berbuat demikian.

Mereka kemudian pergi ke sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan ibu tumpang dengan bayaran AS$10,000 (kira-kira RM40,000) untuk satu kelahiran.

Rusia membenarkan pasangan berkahwin menggunakan khidmat ibu tumpang sejak 1997. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namemysoul 19-2-2021 08:57 AM
Bayi nmpk cam ank patung....
Quote Nana_Man 19-2-2021 09:01 AM
Baby yg dia pangku dan baby kt paling kiri tu very cute.
Quote bakingsoda 19-2-2021 09:16 AM
laki jutawan takpe, laki bewak sila sedar diri
Quote umbut 19-2-2021 09:16 AM
Banyak duit oklah ada ramai anak2... meriah..
Quote imransulaiman 19-2-2021 09:35 AM
Sama jer rupa baby tu semua {:childlike
Quote husna_amal 19-2-2021 09:37 AM
Harap dapatla bagi kasihsayang yang sebaiknya kat anak2 tu.
Quote notM 19-2-2021 09:40 AM
Edited by notM at 19-2-2021 09:41 AM

Banyak la keturunan Ozturk.

Keturunan Biawak, Buaya, Sugardaddy dan kahwin banyak sila kurangkan populasi anda
Quote darkness 19-2-2021 09:46 AM
Baby tu semua muka hampir sama
Quote notM 19-2-2021 09:51 AM
Beranak 10  siap boleh bela anak tiri.

Keturunan Biawak, Penagih Dadah...nak Bela anak tiri sorang Tak mampu....tapi berangan populasi diorg Kat Malaysia boleh cecah 80%......

Haaaaaaaaaaaa
Quote matchstick 19-2-2021 10:59 AM
Itu lah untung nye kawen jutawan.. Kerja beranak pun ada orang tolong 'buatkan' janji ada fulus
Quote Aikiko 19-2-2021 11:10 AM
Heheh comey
Tapi tapi tapi.....kecelaruan anak2nyer nanti dengan ibu kandung, ibu benih
Quote Skydiva 19-2-2021 11:15 AM
Harap semua terjaga dgn penuh kasih sayang. Comel2 semua, mcm doll je.
Quote Carcosa 19-2-2021 11:18 AM
Kalau mampu, ok je. Kalau tak mampu, yg meols rasa nak terajang mak2 yg gegehhh nak "ramaikan umat".
Mcm "John and Kate Plus Eight " tu, kembar dia yg besar tu, dok rebel kata, diorang rasa makpak diorang berhutang dgn diorang, sbb kasih sayang tak bagi sama rata masa diorang kecik. Yelah kan, lepas diorang beranak, menyusul pulak 6 kembar.
Dahaga kasih sayang.
Quote tikusmontok 19-2-2021 12:36 PM
yang berdiri mengacah kat kerusi tu mesti paling nakal
Quote lattehazelnut 19-2-2021 12:38 PM
Gi tadika esok or sekolah penuh satu kelas
Quote Artemesiaa 19-2-2021 12:52 PM
Macam dah ada je thread ni
Quote Suchi 19-2-2021 01:23 PM
Kenapa guna ibu tumpang? Sblm ni kan dia dah penah beranak kan.
Bela anak sebaya belaka ni agak memenatkan tp bila masing2 dh besar cam seronok laa tgk.
Cuma tempoh sukar 5 tahun ke bawah tu amat meletihkan
Quote any42 19-2-2021 08:20 PM
bt tadika kt rumah sndri je la ni. xyah ade pndaftaran ibu bapa. hire cikgu je. hehe
bestnya dkelilingi ank2 kecik comel2. tp xbest klau dah stat syg msti terpilih kasih ade ank yg fav & kurang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.035863 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top