PETALING JAYA - Ketika Anggota Polis dari IPD Petaling Jaya sedang menjalankan SJR di Jalan Tropicana Petaling Jaya, mereka telah menahan seorang penunggang motosikal bagi tujuan pemeriksaan. Walaubagaimanapun, penunggang motosikal tersebut secara tiba-tiba mengalami sesak nafas ketika hendak berhenti. Atas dasar perikemanusiaan, ASP Sukri Ahmad telah mengarahkan anggota yang terlibat dalam SJR untuk bantu membawa pulang penunggang motosikal tersebut yang dikenali sebagai pakcik Abdul Rahman ke rumah beliau dengan selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pakcik Abdul Rahman mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberi. Respect 👍 Sumber : Motorsports Malaysia/ Polis Daerah Petaling Jaya |
prettyuglybabe replied at 19-2-2021 10:29 AM
lepas ni kalau kena tahan i pun nak buat sesak nafas la
gideoncross replied at 19-2-2021 05:10 PM
Good idea haha.
TravellingBear replied at 21-2-2021 10:22 AM
buat-buat mati terbaring kaku pon boleh
ADVERTISEMENT