CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wany Hasrita Nak Jadi Macam Mira Filzah, Dedah Suami Di Majlis Pernikahan

18-2-2021 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10455| Komen: 45

Cukup mengerti cinta tidak semudah untuk dilafaz atau diungkapkan, penyanyi jelita, Wany Hasrita, 29, tetap berharap dipertemukan jodoh dengan lelaki baik yang mampu membahagiakannya.


Mungkin harga sebuah cinta terlalu tinggi nilai. Sukar menyerahkan hati, selagi tiada cinta dalam jiwa. Jadi, tidak mudah bagi sesiapa menakluki hati penyanyi lagu Menahan Rindu itu jika tiada ketulusan.

Cinta, boleh datang dan pergi, tetapi jejak lelaki 'belahan jiwa' yang mampu menyayanginya sepenuh hati bukan mudah untuk dicari.

Biarpun pernah melalui pengalaman pahit perpisahan orang tua ketika berusia 12 tahun, namun penyanyi tinggi lampai itu tidak sesekali menutup pintu hati menerima cinta lelaki.


Foto: IG


Seperti gadis lain, Wany tetap menyemat impian merasai pengalaman cinta dan dicintai, namun soal jodoh diserahkan kepada ketentuan takdir.

Tatkala ditebak, mungkin ada seseorang yang istimewa bertakhta di hatinya, Wany yang kini sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Cinta Khayalan enggan terbuka membicarakan soal cinta.

Akuinya, pengalaman silam yang pernah mengheret dirinya dan teman artis melalui kontroversi percintaan menjadi iktibar untuknya tidak terlalu terbuka berbicara soal hati.

Lembut suara membuka bicara, Wany mengakui: "Saya belajar daripada pengalaman lalu. Iktibar kisah rakan artis juga menjadikan saya memilih merahsiakan terlebih dahulu kisah hubungan cinta. Biarlah ia kekal misteri buat masa ini.

"Biarlah ada tarikh dan segala-galanya sudah pasti, barulah saya buka mulut berkongsi. Saya tidak tahu apa akan terjadi sepanjang perhubungan ini.

"Jadi, saya pilih untuk simpan dahulu rahsia hati. Bagi saya, tidak salah mengikut jejak langkah pelakon, Mira Filzah yang hanya mendedahkan calon suami pada majlis pernikahan," katanya kepada BH Online.



Perpisahan ibu bapa ketika masih di bangku sekolah bukanlah penyebab Wany atau nama sebenarnya, Nursyazwany Hasrita Hasbullah belum berumah tangga pada usia mencecah matang. Sebaliknya, wanita kelahiran Cheras, Kuala Lumpur itu menegaskan, segala-galanya sudah tertulis di Luh Mahfuz.

"Trauma, tidak… Saya tidak pernah trauma dengan pengalaman dilalui oleh ibu bapa. Malah, ibu tidak pernah memomokkan mengenai liku alam rumah tangga, sebaliknya sering menyatakan jodoh dan ketentuan takdir setiap manusia tidak sama.

"Mungkin jodoh ibu dan ayah tidak panjang, namun nasib saya mungkin berbeza. Jadi, ibu tidak pernah menghalang saya untuk mendirikan rumah tangga. Dia yakin saya boleh mengecap kebahagiaan dengan cara sendiri.

"Jujurnya, perancangan mahu mendirikan rumah tangga sudah ada, tetapi saya mahu melunaskan impian yang belum tercapai sebelum berkahwin. Sebelum ini, saya bercita-cita mahu menghadiahkan ibu sebuah rumah.

"Alhamdulillah, impian ini sudah tertunai, tahun lalu. Kini, saya memiliki impian baharu iaitu membelikan sebuah rumah lagu untuk ayah pula," kata Wany.



Meskipun, ibu bapa sudah 17 tahun berpisah, namun hubungannya dengan bapanya tidak pernah terputus. Malah, mereka tetap akrab dan tidak pernah sekelumit pun menyimpan dendam kepada lelaki itu.

Akuinya, mungkin disebabkan ibunya tidak lagi berkahwin selepas perpisahan, jadi hubungannya dengan bapa kekal utuh kerana tiada lelaki lain boleh dijadikan tempat untuknya bersandar mahupun bergantung harap.

"Syukur, hubungan saya dengan ayah tidak pernah bermasalah walaupun selepas berlaku perceraian. Ibu tidak menghalang saya berbaik dengan ayah.

"Mungkin juga ibu tidak pernah berkahwin lain, jadi saya tiada bapa tiri menyebabkan hubungan saya dan ayah terus kekal baik.

"Malah, hubungan kami tetap akrab biarpun ayah sudah memiliki keluarga baharu. Ayah juga kini memiliki tiga cahaya mata yang masih kecil. Saya juga baik dengan adik beradik lain," katanya.



Bekas penuntut jurusan perubatan di Management & Science University (MSU), Shah Alam itu berkata, dia kini menyemat impian mahu menghadiahkan bapanya rumah baharu.

"Sebagai anak, saya perlu berlaku adil. Selepas ibu memperoleh rumah, saya perlu fikirkan perasaan ayah. Jadi, saya terpaksa mempertimbangkan keputusan mahu mendirikan rumah tangga selagi impian ini belum tertunai.

"Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak ketentuan takdir sekiranya jodoh saya sudah sampai depan mata. Saya tetap akan berkahwin," katanya yang mengharapkan 2021 menjadi tahun untuknya mengecap kebahagiaan sama ada dari sudut peribadi, kerjaya dan perniagaan.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH 31) itu tidak menafikan kerjaya nyanyian agak terjejas.

Namun, kata Wany, dia beruntung memiliki sumber pendapatan menerusi pelbagai cabang lain.



Selain lakonan dan perniagaan, Wany berkata, dia bernasib baik apabila banyak menjalankan kempen mempromosikan produk menerusi platform media sosial.

Bagaimanapun, katanya, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Terlalu Memuja dan Belenggu Rindu itu berkata, dia tidak mahu terlalu bergantung kepada kerjaya nyanyian kerana tidak pasti sampai bila mampu bertahan.

"Selagi peminat menerima, saya akan terus menyanyi. Tetapi, pada masa sama, saya perlu membuat persediaan lain demi masa depan. Alhamdulillah, saya sudah melancarkan produk makanan tambahan, tahun lalu. Kini, saya ingin menerokai bidang makanan.



"Melihat produk makanan mendapat sambutan menggalakkan pada musim PKP menyebabkan saya tertarik mahu mencubanya. Ini adalah persiapan masa depan. Saya sendiri tidak pasti sampai bila akan terus diterima, jadi perancangan masa depan perlu ada," katanya yang gembira apabila video muzik Cinta Khayalan mendapat sambutan apabila berjaya mencatat lebih 100,000 tontonan dalam YouTube dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Wany berkata, dia tidak menyangka keputusan mencuba muzik lebih segar berjaya mendapat tempat di hati peminatnya.

Namun, katanya, dia tidak akan sesekali melupakan 'muzik meleleh' yang berjaya melonjakkan namanya hingga dikenali dalam persada muzik tanah air. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 18-2-2021 09:01 AM
dah 29 rupanya wanie.. ingat muda lg.. okla dah ada rumah sndiri..
Quote JalaEmas 18-2-2021 09:05 AM
okey lettew.. dedah mase mjlis.. jgn lepas kawen ikt piljah jgk.. bervlog yt acah suwet muwet tuuu..
Quote black_handbag 18-2-2021 09:18 AM
dia ni mengidolakan mirafilzah ke.. nampak gaya2 pon ada ke arah tu. wpun aku xsuka mirafilzah, tp mf ada taste better la dr dia ni dari segi berpakaian
Quote md_nana 18-2-2021 09:23 AM
wani ni klu bergaya simple lawa manis. tp klu gaya mcm semi final muzik2 hari tu dah mcm apa
Quote laksmanabentan 18-2-2021 09:44 AM
md_nana replied at 18-2-2021 09:23 AM
wani ni klu bergaya simple lawa manis. tp klu gaya mcm semi final muzik2 hari tu dah mcm apa

mangsa fesyen..... hahahaha...
sanggup jadi badut... hahahaha...
dia sendiri tak boleh fikir ker baju tu cantik ker tak??
main sarung aja... hahahaha......

Quote MontanaHannah 18-2-2021 09:47 AM
xcantik dia ni.

muka tahi palat.

poen leper.

dada landai.

dajjei
Quote stinger.baik 18-2-2021 10:08 AM
laki tk de harapan je stim ngn ko ni rita

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Nenasketum 18-2-2021 10:15 AM
Bukan Miza ada tayang bakal shuben dia kah? Sebab anak politisen shuben Miza
Quote kakakpositifker 18-2-2021 10:56 AM
dia ni jenis budak pandai tak kisah pasal pesyen. akak adore sikap wani
Quote Purplehag 18-2-2021 10:59 AM
I like this gal
Quote md_nana 18-2-2021 11:29 AM
laksmanabentan replied at 18-2-2021 09:44 AM
mangsa fesyen..... hahahaha...
sanggup jadi badut... hahahaha...
dia sendiri tak boleh fikir ker ...

aku perasan wani ni suka pakai baju gaun kembang2. mungkin nk jd cinderella
Quote LadyCarefree 18-2-2021 11:42 AM
Xyahlah dedah. Takut trauma pencil ikea.
Suami ko nnti 1st nite dedah kat hang je.
Quote lotionmilo 18-2-2021 01:32 PM
Are u sure mira filzah?? Yang tak tayang sehingga hari perkahwinan, adalah fahrin ahmad yaaa tapi tuhlaa dia lelaki
Quote laksmanabentan 18-2-2021 02:23 PM
md_nana replied at 18-2-2021 11:29 AM
aku perasan wani ni suka pakai baju gaun kembang2. mungkin nk jd cinderella

cermin diri dulu tak gitu sis...
sesuai ker tidak gitu.....
Quote iza_yuss 18-2-2021 02:35 PM
sheols berjaya grad ke tak dari MSU tu?
Quote bottombikini 18-2-2021 02:50 PM
kau hilang ingatan ke wani
yg dia menayang bawak pegi mejlis sape tah yg kawin tu sape? saka kah ?
Quote miss_perfect 18-2-2021 02:54 PM
Sekali kawin dengan pian suhaimi...
Quote kembangbunga 18-2-2021 02:59 PM
Masih berboyfriendkan mamat swak si pilot tu kah? Still pilot or dah kena retrenchment??
Quote missmeornot 18-2-2021 03:03 PM
miss_perfect replied at 18-2-2021 02:54 PM
Sekali kawin dengan pian suhaimi...

boipren sheol bukan pilot ke, kazennya pa dia tu. sebab tu sheol suka buat igs gambar or video langit dengan ayat cintan cintun

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055039 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top