CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mana Sikap Kemanusiaan?" - Kah Keong Marah, Kecewa Netizen Komen Jelik Hina Hadi

16-2-2021 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5359| Komen: 30

Sikap sesetengah netizen yang memberi komen jelik di media sosial mengenai berita Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital mengecewakan Setiausaha Agung Gerakan.



Mah Kah Keong menganggap perbuatan memberi komen jelik itu tidak bermoral dan menyalahgunakan kebebasan bersuara.

Beliau mengakui terkejut apabila terbaca pandangan segelintir netizen berhubung kisah Abdul Hadi yang telah dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas malam tadi.

Jelas Kah Keong, komen-komen dalam bahasa Mandarin itu menyebabkan dirinya hilang kata-kata.

“Ada beberapa contoh yang boleh saya cakap (terjemah), antaranya bermaksud “Cantik, dia (Hadi) sudah dekati penciptanya, harap tidak sampai sehingga Jumaat, selamat bersemadi dengan aman serta banyak lagi.

“Apakah ini caranya?

“Saya marah dan kecewa sampai tidak ada kata-kata hendak digambarkan sebenarnya. Saya langsung tidak sangka ada juga netizen berperangai buruk dan langsung tidak prihatin apabila mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap pemimpin sedang sakit.


“Walaupun mungkin berbeza ideologi politik sekalipun, mana perginya sikap kemanusiaan?” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.



Hari ini, anak lelaki Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdu berkata, bapanya dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat secukupnya.

Menurut beliau, bapanya mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

Presiden Pas itu dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi setelah mengalami sesak nafas.

Dalam pada itu, Kah Keong turut berdoa tahap kesihatan Hadi Awang akan bertambah dan sihat seperti sediakala.

“Saya mohon kepada semua, jika tidak boleh berdoa atau bercakap baik-baik, anda tidak perlu berkata apa-apa jika bukan satu keperluan,” ujarnya. 


Sumber: MalaysiaGazette



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 16-2-2021 01:59 PM
Ok.noted.harap hj hadi cepat pulih.rehat banyak banyak haji..dah tua tua camni tak payah la pegang jawatan bertaraf menteri..bg kat yg muda muda je
Quote Themilo 16-2-2021 02:08 PM
baik melayu, cina, india, muslim, hindu, buddha semua sama jaa.. bila pemimpin parti yang tak sekepala dengan dia jatuh sakit, masuk wad dll, emoticon ketawa dipost kat artikel tu..
Quote stinger.baik 16-2-2021 02:21 PM
chong cheng ni tk kira parti apa pun

sama je wayang chong cheng dia

hanya tongong2 ph je suka chong cheng ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote matchstick 16-2-2021 02:23 PM
Setuju dgn cina ni..

Tapi kan spesis manusia mcm ni kt mana2 pun ada tak kira bangsa or negara. Tadi aku ralit baca pasal ex pramugari kt Singapore yg terbakar 80% sbb nk selamatkan tunang dia. Sampai ke komen nurtizen sana aku baca..Sama kejam je dgn nurtizen tanah air
Quote Abahmung 16-2-2021 02:33 PM
same thing happen kalau yg masuk sepital tu lim kit siang..malah komen2 nya akn lebih 'suci murni'
Quote otai_g 16-2-2021 02:39 PM
Btl jgk kt lenchai ni. Kalo tade apa yg baik nak ckp, diam je lah. Atau ckp dlm hati jer
Quote dess402 16-2-2021 02:41 PM
ala hadi bawang pun bukan pernah cakap elok2 dengan kita . Di syaitan kan , di iblis kan di kapir bagai . Mulur tak bau syurga punya orang .
Quote stinger.baik 16-2-2021 02:56 PM
Abahmung replied at 16-2-2021 02:33 PM
same thing happen kalau yg masuk sepital tu lim kit siang..malah komen2 nya akn lebih 'suci murni'

tk pe la ko bacakn la surah yassin kt telinga lobai kit siang ko tu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 16-2-2021 02:56 PM
dess402 replied at 16-2-2021 02:41 PM
ala hadi bawang pun bukan pernah cakap elok2 dengan kita . Di syaitan kan , di iblis kan di kapir ba ...

ko pun kt forum ni bkn ckp elok2 pun
nk2 lg bila dah khayal ngn ganja ko kn?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote chandrahusin 16-2-2021 03:04 PM
syafakallah Tuan Haji Hadi Awang
Quote Abahmung 16-2-2021 03:18 PM
stinger.baik replied at 16-2-2021 02:56 PM
tk pe la ko bacakn la surah yassin kt telinga lobai kit siang ko tu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...

sbb tu lah masa sihat mulut kena jaga,ckp yg baik2 je..kalo tak jadi lah mcm si hadi ni
arwah tok guru nik aziz masa dia sakit dulu ada kena kutuk2 mcm ni ke
Quote dizekni 16-2-2021 03:20 PM
Yang ajar hina parti lawan ni siapa?

DAP PAS PKR juga satu masa dulu

asal bukan umno la apa la

lepas tu bila dah tak geng dimakinya juga

bangsat punya jenis
Quote stinger.baik 16-2-2021 04:04 PM
Abahmung replied at 16-2-2021 03:18 PM
sbb tu lah masa sihat mulut kena jaga,ckp yg baik2 je..kalo tak jadi lah mcm si hadi ni
arwah tok ...

kutuk ni tk kire sakit ke sihat

masa hidup ramai je kutuk nik aziz

ko mana tau

ko masa tu lom spm lg

dah gi baca yassin kt tinge lobai kit siang ko tu

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote MadameOnion 16-2-2021 04:16 PM
ok semoga TGHH cepat sembuh
Quote tagas 16-2-2021 04:36 PM
cuba kalo kit siang n guan eng

mesti sek sek kita melayu islam mendoakan

yg baik2 & sejahtera jer

eh yeke
Quote stinger.baik 16-2-2021 07:03 PM
dizekni replied at 16-2-2021 03:20 PM
Yang ajar hina parti lawan ni siapa?

DAP PAS PKR juga satu masa dulu

tah

solat org umno tk diterima la

itu la ini la

tp takpe

umno ni bagus

let bygone be bygone

itu pun ckp2 politik tk amik hati pun

nk kerjasama demi melayu dan Islam

itu lebih penting

tp tu la tongong2 ph ni marah

yg heran yg marah tu org melayu sndiri

hadooooooooooooooooooooooooooooooooooooi
Quote tripleid 16-2-2021 07:04 PM
Harini hari cabutan nombor bertuah ..

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1845041459007696/?type=3&source=48[/fbp]
Quote dua_chzy 16-2-2021 07:17 PM
Dia ada baca ke komen Melayu masa Karpal mati eksiden?
Quote Tinot7 16-2-2021 08:42 PM
Gws tok   

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.049920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top