Biarpun sudah setahun Allahyarham Ashraf Sinclair pulang menemui Ilahi, namun kisah cintanya dengan isteri, Bunga Citra Lestari masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia dan Malaysia.
Sebagai balu, kekuatan Bunga dalam mengharungi hidup bersendirian menjadi perhatian ramai. Meskipun masih terkesan dengan pemergian Ashraf, namun beliau kini kelihatan lebih terbuka berkongsi keadaannya dalam program ‘The Untold Story About Love Story’. Program yang disiarkan pada Sabtu (13/2/2021) melalui YouTube peribadi, IT’S ME BCL itu turut menampilkan sahabat baik Bunga iaitu Daniel Menanta. Tanpa berselindung, beliau menceritakan bagaimana sukarnya menerima hakikat kehilangan orang paling disayangi.
Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia pada tanggal 18 Februari 2020 pada usia semuda 40 tahun. Sebak rasanya apabila Bunga mengungkap penyesalannya selama arwah masih hidup. Kala itu prioriti beliau adalah kerjaya sebagai penghibur. “Priority is work at that time, jadi kayak one of my biggest regret,” kata Bunga. “I wish gua bisa lebih have more time if i know, but nobody knows,” sambungnya.
|
dua_chzy replied at 16-2-2021 08:18 PM
Korang tengok la level talk show libur Ndon gimana. Banding dengan Malaysia, dengan Meletop ngkorang ...
irish_ieka replied at 16-2-2021 06:50 PM
die sedih banget tapi die ckp dlm interview tu die ready utk berkenalan dgn org lain tapi sbb skrg t ...
Jemahjemah replied at 17-2-2021 03:09 AM
Sedihnyaa. Em muda lagi. Anak pun baru 10tahun kan. Siannya. Kalau suami kita dah meninggal dulu, th ...
ADVERTISEMENT