CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Berdepan Denda RM300,000 Miliki 6 Kotak Media Aplikasi Astro Secara Haram

16-2-2021 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4227| Komen: 21

Description: Seorang wanita berusia 40-an dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memiliki enam unit kotak media berjenama ...
Seorang wanita berusia 40-an dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana memiliki enam unit kotak media berjenama iBoite-X.


Dia didakwa atas kesalahan memperoleh secara haram perkhidmatan aplikasi kandungan yang dibekalkan Measat Broadcast Network System Sdn Bhd.


Kredit foto: Astro Awani

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM300,000, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.

Tertuduh sebelum ini ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia (JSJK) Bukit Aman di Taman Putra Prima, Puchong pada 12 Disember 2019.

Serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu turut disertai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Bahgiaan Penguatkuasaan KPDNHEP, serta pegawai Measat Broadcast Network System Sdn Bhd.


Pemeriksaan di lokasi serbuan membawa kepada penemuan enam kotak media berjenama iBoite dan iBoiteX.

Hasil laporan forensik terhadap enam kotak media itu, terdapat perisian MyTV.apk iaitu satu sistem yang direka bentuk untuk memperoleh secara haram perkhidmatan siaran Astro.


Sumber: Awani
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 16-2-2021 01:48 PM
ni geng android tv la ni kan
jual.content astro
tp iols rasa astro lambat nau bertindak
dh bertahun kot astro kena cetak rompak
Quote opie5662 16-2-2021 02:00 PM
Astro dah tercyduk la tu... Org dah malas nk bayar astro yahudi ni
Quote Adrif 16-2-2021 02:44 PM
aku tak berapa paham box box ni

kawan2 aku ada pakai jugak, tapi tengok netflix, iflix je
Quote Melorqe 16-2-2021 04:58 PM
padan muke asterok
menyampah aku tiap tahun asyik revise channel lepas tu paksa orang subscribe plan mahal.
Quote stinger.baik 16-2-2021 06:05 PM
asal tt tk letak gambar okt?

tt ni chong cheng gak ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Quote stinger.baik 16-2-2021 06:06 PM
opie5662 replied at 16-2-2021 02:00 PM
Astro dah tercyduk la tu... Org dah malas nk bayar astro yahudi ni

astro yahudi punya ke opie?

haaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote annehuda 16-2-2021 06:13 PM
Adrif replied at 16-2-2021 02:44 PM
aku tak berapa paham box box ni

kawan2 aku ada pakai jugak, tapi tengok netflix, iflix je


Setakat netflix rm17 pun takkan tak mampu
Quote JunkMail 16-2-2021 06:40 PM
Adrif replied at 16-2-2021 02:44 PM
aku tak berapa paham box box ni

kawan2 aku ada pakai jugak, tapi tengok netflix, iflix je

Box tu device je. Netflix iflix tu tetap kena subscribe sis.
Melainkan dia install apk
Quote helicornia 16-2-2021 06:41 PM
Adrif: aku tak berapa paham box box nikawan2 aku ada pakai jugak, tapi tengok netflix, iflix je

android box ni alat. mcm priring astro tu le. tp pakai internet.netflix iflix tu mungkin kawan u langgan yg sah sis/bro. bayar langganan kt provider. yg provider kena tangkap ni lanun cetak rompak dia amik content astro dia pi jual kt customer yg ada android box ni.harga jauh lg murah dr subscribe kt astro.betulkan klu aku salah
Quote helicornia 16-2-2021 06:43 PM
Melorqe: padan muke asterok menyampah aku tiap tahun asyik revise channel lepas tu paksa orang subscribe plan mahal.

dia tk paksa pun kita langgan.tk letak pisau pun kt leher kita.klu tk berbaloi terminate je la. langgan je la netflix ke iflix ke
Quote dedek12 16-2-2021 08:52 PM
Hahhhhhhhh {:laugh
Quote MissVixen 16-2-2021 09:49 PM
Seronok ye astro. Dah la monopoli siaran satelit. Iklan berlambak dengan asyik ulang program. Udah2 le sokong astro ni. Di negara jiran ada macam2 jenis. Murah2 semua channels hd. Dia bagi murah sebab ada persaingan sihat, bukan macam astro yang asyik pecahkan pakej untuk kaut untung lebih.
Quote Adrif 17-2-2021 12:50 AM
annehuda replied at 16-2-2021 06:13 PM
Setakat netflix rm17 pun takkan tak mampu

entahnya. aku tak pakai box ni. teknologi tinggi sangat bagi aku.
kawan2 pakai, diorang ada netflix, tak tau pulak kena bayar berapa

tapi kalau RM17 sebulan, ok gak eh
Quote dudaberhias 17-2-2021 12:52 AM
bye astro...
tapi bye2 pun astro rumah iols ni tetap ada dan bayar bulan2... iols je tak tengok
Quote Adrif 17-2-2021 12:54 AM
JunkMail replied at 16-2-2021 06:40 PM
Box tu device je. Netflix iflix tu tetap kena subscribe sis.
Melainkan dia install apk

dia langgan la kut. selalu dengar dia bebel bayar bil, antaranya flix flix ni
Quote Adrif 17-2-2021 12:55 AM
helicornia replied at 16-2-2021 06:41 PM
android box ni alat. mcm priring astro tu le. tp pakai internet.netflix iflix tu mungkin kawan u l ...

wuu fenin nak pahamkan bunyik nye.. a'ah, kawan langgan yang sah la kut. tak pernah lagi tengok dia buat benda haram setakat berkawan ni
Quote Joysparta 17-2-2021 01:02 AM
Dah lama boikot astro..iklan manjang..cite sama ulang2
Quote CiliPadiSedap 17-2-2021 02:36 PM
JunkMail: Box tu device je. Netflix iflix tu tetap kena subscribe sis.Melainkan dia install apk

Sharelah apk netflix lifetime. Hihi
Quote monreyes 17-2-2021 02:44 PM
Adrif replied at 16-2-2021 02:44 PM
aku tak berapa paham box box ni

kawan2 aku ada pakai jugak, tapi tengok netflix, iflix je

smart tv ada netflix dah siap2...
kalau ambik unifi tv..ada juga 1 android box pakej dia la...
yg dorang biasa ambik ni..beli android box kat shopee...
then contact la orang yang jual pakej untuk subcsribe channel dgn harga murah...
beli android box dgn dorang pun boleh..tapi mahal lerz..
channel mmg banyk gila la.
kalau ko tak langgan..android box tu sendiri pun ada channel antarabangsa dia...
mcm2 ada....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.053176 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top