CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fieya Julia Pernah Ikut ‘Fan Club’ Qiemilio, Kagum Dengan Haqiem Rusli Tak Pernah Pegang Wanita

16-2-2021 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3251| Komen: 9

Description: Sebelum bergelar penyanyi, Fieya Julia mendedahkan dia pernah menjadi salah seorang penyokong kelab peminat Haqiem Rusli yang dikenali sebagai Qiemilio.
Sebelum bergelar penyanyi, Fieya Julia mendedahkan dia pernah menjadi salah seorang penyokong kelab peminat Haqiem Rusli yang dikenali sebagai Qiemilio.

Mengenali Haqiem menerusi kelab tersebut, Fieya, 21, berkata dia terlalu mengagumi cara penyanyi itu melayan orang sekeliling terutamanya peminat wanita.


Foto: IG

"Sejujurnya saya kenal Haqiem secara peribadi baru-baru ini sahaja... tetapi saya dah kenal dia sejak program Idola Kecil lagi. Kalau nak tahu sebelum saya jadi penyanyi, saya pernah jadi peminat dia termasuklah pergi jelajah dan event yang dianjurkan oleh kelab peminat.

"Satu benda yang saya kagum mengenai Haqiem ialah dia sangat hormat dengan perempuan, cara dia layan sangat baik dan pandai jaga jarak. Dia memang good boy, tak akan sentuh peminat perempuan.


"Sikap hormat wanita itu membuatkan kita jadi lebih sayang... malah sampai sekarang dia masih lagi begitu dan tetap dengan pendirian sama," katanya kepada mStar.



Sebelum itu, Fieya ada meninggalkan komen mengenai Haqiem Rusli pada salah satu foto yang dikongsi oleh pengendali akaun program MeleTOP.

Kata Fieya, bakat dan sikap murni yang ditunjuk oleh Haqiem boleh dijadikan inspirasi untuk anak-anak muda yang baru berjinak dalam industri seni.

"Sekarang ni banyak masa tak buat apa-apa, saya ni memang suka komen-komen dekat media sosial... saya rasa saya macam netizen, kalau nampak posting menarik saya memang akan komen.

"Termasuklah foto Haqiem semasa kecil yang dimuat naik oleh pengendali Instagram tersebut, daripada situlah saya tulis mengenai peribadi Haqiem sejak dulu.

"Walaupun tu cerita lama, tapi bagi saya yang masih baru dalam industri... bakat dan sifat Haqiem itu boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang baru nak berkecimpung sebagai penyanyi," ujarnya.




Sementara itu, penyanyi lagu Penantian ini berkata dia tidak terkejut apabila membaca dan melihat foto tular Haqiem sedang mengerjakan solat di belakang pentas sebelum ini.

"Saya tak terkejut pun bila ada netizen termasuk rakan artis bercerita di media sosial mengenai Haqiem bersolat di belakang pentas.

"Sebelum ini saya pernah satu show dengan dia... apabila waktu Maghrib dan Isyak dia memang akan hilang, rupa-rupanya pergi solat.

"Malah, ada satu acara persembahan saya pernah terserempak dia makan bersama ibunya... itu sahaja sudah menampakkan dia seorang anak yang baik cuma mungkin orang tak nampak," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • blewnatural

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 16-2-2021 12:18 PM
comel gak dak ni

silap kwn

hanyut la

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Redmyvi 16-2-2021 12:58 PM
dua2 still bbnu.. jauh lg perjalanan..
Quote slyfynx 16-2-2021 01:21 PM
Ok dik.
Done iklankan idola kau.
Nextttt
Quote helicornia 16-2-2021 01:30 PM
ramai yg bercakap hal baik ttg hakiem ni kan
maknanya betul la tu
sejuk perut maknye dpt anak baik
Quote tuntasha 16-2-2021 01:35 PM
Yer yer lah tu nak piggy-back QieQie.
Quote Themilo 16-2-2021 03:52 PM
baru 21 ke umur kau dekk? kakak ingatkan dah 30 something..
Quote bakingsoda 16-2-2021 04:30 PM
dek qiqiem je ke yg menghilang pi solat? yg lain2 takkan sume cuti bulanan
Quote dedek12 16-2-2021 08:57 PM
Bagus lah tu
Quote JalaEmas 16-2-2021 09:48 PM
laaaaa baru 21 rupenye ko dik..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042304 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top