CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Akhirnya AJL35 Bakal Bersiaran Langsung Tanpa Penonton Pada Mac Depan

16-2-2021 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2259| Komen: 8

Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang ditunda bulan lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dijadualkan bersiaran pada 14 Mac depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, program nyanyian itu diteruskan selepas mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Khairul Anwar bagaimanapun berkata, mereka masih lagi tertakluk dengan sebarang perubahan yang mungkin akan diumumkan kerajaan kelak.


Kredit foto: via berita harian

"Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.


"Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh MKN yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu. Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

"Namun tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh PKP," katanya.

AJL35 sepatutnya bersiaran pada 7 Februari lalu di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.


Kredit foto: via berita harian

Bagaimanapun, produksi dan stesen penyiar terpaksa menunda tarikh siaran disebabkan lanjutan tempoh PKP.

Anugerah berprestij itu akan dihoskan oleh trio pengacara iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah). -CARI

Sumber:mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 16-2-2021 05:06 PM
aku yakin lagu zizi bakal juara

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote genUmi 16-2-2021 05:10 PM
buhsan

1st hael
2nd haael
3rd haeeel
Quote pencintaABC 16-2-2021 06:24 PM
Pastu lagu rap mesti ada selit top 3...juara hael..so predictable.
Quote Afifi82 16-2-2021 06:29 PM
kfine. bye.
Quote belacan_gurl 16-2-2021 06:35 PM
Anugerah krikkk krikkk org panggil
Quote follesegal 16-2-2021 06:55 PM
iols sokong GILA!
Quote sleepandream 16-2-2021 07:33 PM
so takde penonton, pondan2 MUA je la tolong jerit nanti yach?
Quote WanXX 16-2-2021 08:58 PM
iols yakin Ajhael bakalan sangkut top  3  paling tidak persembahan terbaik paling tidak akan vocal terbaik

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.044249 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top