CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Baby Bump, Sharifah Shahira Hamil?

16-2-2021 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8161| Komen: 30

Perkongsian video dimuat naik penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah di laman Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang berjalan ke kereta menarik perhatian netizen.


Bukan sahaja terhibur dengan aksi lucu Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera yang mahu membeli belacan dengan menaiki kereta mewah, rata-rata netizen turut menegur perut pelakon dan pengacara itu yang seakan-akan kelihatan ‘baby bump’.

Malah, terdapat segelintir netizen yang menganggap isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini kini sedang hamil.


Kredit foto: via mstar

"Tahniah Deydey bakal dapat adik baru. Kena cepat cari embak (pembantu rumah) baru la nampaknya.

"Shiera dah berjangkit dengan Feeya Iskandar mengandung ke?

"Kak Shiera buat hal... nampak macam baby bump la," tulis beberapa netizen di ruang komen di perkongsian tersebut.



Video yang dikongsikan Shiera pada Ahad kini mendapat lebih 200,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen daripada netizen.

Selepas menerima banyak komen yang mengatakan dirinya mengandung, Shiera tampil menjelaskan bahawa perutnya kelihatan besar bukan disebabkan mengandung sebaliknya hanya buncit.

Biarpun tidak mengambil serius dengan komen tersebut, namun kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini meminta netizen berhenti membuat perbandingan bentuk badannya dengan orang lain.



"Korang ini tak pernah tengok perut buncit ke... tahu la korang gemuk tapi kempis. I cacing ok.. eh, I buncit semua panas. Jangan benci I sebab I buncit. Jangan nak bandingkan I dengan anda semua yang kempis.

"Orang kata buncit itu bahagia... dalam dunia ini I seorang saja buncit. Ah suka hati la nak bercakap... sebab anda semua sayang I. I buncit tapi I rajin cuci bilik air. Sampai surat khabar pun telefon I tanya perut I belum leher lagi," katanya.

Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifli Azahari pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Audrra, Airell, Airra serta Adeena.

Pelakon drama 7 Hari Kisah Cinta Langkawi ini juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Allisya Tahir hasil perkahwinannya sebelum ini dengan penyanyi dan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 16-2-2021 08:30 AM
Hahahahahaahaha..
Quote Nana_Man 16-2-2021 08:40 AM
Hahahaha..... klakar lah... memang org2 ni tak bole tgk perut buncit sikit kot.
Quote makcun14 16-2-2021 08:48 AM
hehehe meols pun sama. buncit bukan isi baby, tapi  buncit food baby jah ...  kita geng.
Quote alien88 16-2-2021 08:49 AM
haha.. lawak la part shiera pakai helmet lepas tu naik kereta tu
tp lagi lawak caption sheols -
Nanti I kurus I jual product ye.. Tapi mungkin I operate

Quote Redmyvi 16-2-2021 09:04 AM
Anak dia semua girl ker.. mana tau musim2 pkp ni boleh try utk boy.. haha

Quote eyansss 16-2-2021 09:08 AM
alien88 replied at 16-2-2021 08:49 AM
haha.. lawak la part shiera pakai helmet lepas tu naik kereta tu
tp lagi lawak caption sheols -
{ ...

hahahaha...  aku suka caption tu...
Quote fahdramli 16-2-2021 09:18 AM
Redmyvi replied at 16-2-2021 09:04 AM
Anak dia semua girl ker.. mana tau musim2 pkp ni boleh try utk boy.. haha

Ada sorang boy, naam aril anak no 3 kot kalau tak salah
Quote Redmyvi 16-2-2021 09:22 AM
fahdramli replied at 16-2-2021 09:18 AM
Ada sorang boy, naam aril anak no 3 kot kalau tak salah

Ohh ada boy.. tgk 4 nama ank dia mcm2 ala2 girl.. igt semua girl..
Quote Minami2013 16-2-2021 09:22 AM
Dulu i tertegur sorang akak ofis, pregnant ke.. dia terus ckp, tak, buncit je.. so i ckp sorry... dia ckp, tak perlu sorry ini sign of prosperity
Quote captainQUE 16-2-2021 09:24 AM
Halus je dia bagi Bab jual product Lepas operate Tu ...
Quote Suchi 16-2-2021 09:29 AM
Sempoi je dia ni laki bini.

Netizen mmg suka komen2 yg menyakitkan hati kt ig orang pantang nampak benjolan sikit mesti ingat pregnant jaa
Kalau pompuan post gambo masuk sepital pun sangka pregnant juga.
Quote Suchi 16-2-2021 09:32 AM
makcun14 replied at 16-2-2021 08:48 AM
hehehe meols pun sama. buncit bukan isi baby, tapi  buncit food baby jah ...  kita geng.

Orang dah beranak pinak kalau lower abs tu gitu bukan satu yg pelik kadang bukan sbb lelemaks je tp kesan pregnant perut membesar pastu perut tu tak tegang balik jd melebeh. So disebalik baju nampakla cam buncit.
Quote fizamn 16-2-2021 09:42 AM
dia nie kelakar.. tapi bab review makanan buat aku nak rasa ajee makanan tue.. dia dan suami dia very good combo bila review makanan.. overall IG dia terhibur...  cara dia smash org x insulting.. part dia marah bibik dia x nak kerja tu mak aihhh... hehehe perli kaw kaw..duduk dgn dia prosperous bibik dia naik 10kg kot.. bila shira tegur bibik dia bam bam bibik dia herdik dia balik. hehe.. nak hantar bibik balik kampung bibik dia x nak tapi nak passport nak kerja sendiri guna visa org gaji shira.. mane x bising si shira tue..  hehehehe..
Quote Nenasketum 16-2-2021 09:47 AM
Padahal netizen lah suma jalan perut ke depan. Hahaha
Quote slyfynx 16-2-2021 09:59 AM
Ayat last tu mmg nganjing abis

Nanti I kurus I jual product ye.. Tapi mungkin I operate
Quote RinIna 16-2-2021 10:05 AM
Dah beranak pinak biasala perut buncit dah kembang2 dah. Aku ni lagila orang pmpuan tak kawen tgur aku pregnant.. aku jwblah.. x nak dah.. buncit jerk.. mentanglah slim.. tak kawen lagi bolehlah.. huhuhu
Quote Kak-Leen 16-2-2021 10:09 AM
Kalau betul pun, akak x nak kutuk dia sebab dia memang nampak seronok meriah dgn anak2 yg ramai.
Quote Boomibulat 16-2-2021 10:18 AM
baby.png
Quote Temenung 16-2-2021 10:34 AM
Masa dia ngandung audra kan yg dia jd hos ABP dulu

Next year tu dia jd hos lg skali audra dah deliver..dia ckp ni baby tahun lepas.dah siap dah


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top