CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video tular buaian taman tema terhempas ketika beroperasi, 16 cedera

16-2-2021 01:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4630| Komen: 22



HUNAN: Sekurang-kurangnya 16 pengunjung sebuah taman tema cedera, tiga daripadanya kritikal, selepas buaian dinaiki mereka terhempas ketika beroperasi.

Kejadian dilapor berlaku pada jam 3.40 petang Sabtu di taman tema di wilayah Hunan, China.

Menurut pihak berkuasa tempatan, permainan "kerusi terbang" itu hilang kawalan akibat gangguan mekanikal menyebabkan pengunjung jatuh terhempas bersama buaian yang dinaiki mereka.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Susulan kejadian, taman tema itu ditutup sementara menunggu siasatan mengenai punca kemalangan.





Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cari-Mod 16-2-2021 01:35 AM
[youtube]CXzRG0iS44A[/youtube]
Quote matchstick 16-2-2021 01:38 AM
Takut nya..tgh2 happy tiba2 terhempas gitu. Kesian yg kritikal tu. Kalau hidup pun ntah2 cacat patah sana sini
Quote notM 16-2-2021 02:43 AM
matchstick replied at 16-2-2021 01:38 AM
Takut nya..tgh2 happy tiba2 terhempas gitu. Kesian yg kritikal tu. Kalau hidup pun ntah2 cacat patah ...

Konperm patah kaki...last sekali dengar Bunyi Macam mengerang kena gilis
Quote Amandaminaj96 16-2-2021 02:55 AM
{:yameteh sbnrnya best main themepark ni tp rasa seriau tu tetap ada..
Quote salmon-suki 16-2-2021 03:11 AM
Skeri nyeeee....mujur aiolzs dah xde keinginan nk main benda2 mcm ni..dh ler lately aiolzs duk tgk video psl incidents berlaku kt amusement parks..menakutkan jah..huhu~
Quote Adrif 16-2-2021 03:45 AM

weyyhhh kaki orang tu tercabut  

ahh.. nak pitam  
Quote dudaberhias 16-2-2021 04:02 AM
made in china... agittewwww...
Quote Buritan 16-2-2021 04:04 AM
notM replied at 16-2-2021 02:43 AM
Konperm patah kaki...last sekali dengar Bunyi Macam mengerang kena gilis

Sbb tuu aku tak hingin nak naik.. rollercosterka.. buaian ka.. rasa mcm seram la
Quote dudaberhias 16-2-2021 04:05 AM
Adrif replied at 16-2-2021 03:45 AM
weyyhhh kaki orang tu tercabut  

ahh.. nak pitam

ada yang tercabut ke? iols tak sanggup nak tengok walaupun tangan gatal nak klik vid tu
Quote merrissa 16-2-2021 07:43 AM
Wah covid2 pon taman tema bukak lagi.

Tp salam takziah kepada mangsa.
Quote umbut 16-2-2021 08:07 AM
China ke... x heran pun.. haritu tgk eskalator dia.. jahanam.. buatan byk x kualiti dan menakutkan... tapi kalo brg shopee aku beli lah sebab murah
Quote AbukRokok 16-2-2021 08:10 AM
bnda buatan china xkekal lama kecuali 1
kobobbit
Quote Itzy 16-2-2021 08:54 AM
Buritan: Sbb tuu aku tak hingin nak naik.. rollercosterka.. buaian ka.. rasa mcm seram la


Betul tu. Sebenarnya main benda2 bahaya ni tak selamat. Dulu time remaja aku ketagih naik permainan2 kat theme park ni. Ada sekali naik permainan kereta api dengan kakak aku, pemegang besi kat tempat duduk kereta api tu cam licin sikit. Time dia corner laju2 tu memang aku hampir terlepas dan nak terjatuh tergolek keluar dari seat kereta tu. Nasib aku pegang kuat2, kalau tak hahahahah
Quote kucingitam 16-2-2021 09:25 AM
sejak filem final destination, memang aku tobat takmo main kat theme park ni semua..
Quote tagas 16-2-2021 11:39 AM
kapitalis taw nak duit jer tanpa jage keselamatan customer

lepas2 convid ni avoid la main mende2 gini kat genting ke time square

mentenen konfem kelaut berkarat bagai
Quote RinIna 16-2-2021 11:56 AM
Adrif replied at 16-2-2021 03:45 AM
weyyhhh kaki orang tu tercabut  

ahh.. nak pitam

Betul ker... x berani pulak nak tengok..
Quote Artemesiaa 16-2-2021 12:02 PM
Ni taman tema yang ala funfair tu mana ada ciri keselamatan yang baik.  Banyak je jenis macam ni kat sana.
Quote Adrif 16-2-2021 02:30 PM
dudaberhias replied at 16-2-2021 04:05 AM
ada yang tercabut ke? iols tak sanggup nak tengok  walaupun tangan gatal nak klik vid tu

tak silap la, ada kaki kat seat tempat duduk lagi, orangnya dah pengsan kat tanah
Quote Adrif 16-2-2021 02:31 PM
RinIna replied at 16-2-2021 11:56 AM
Betul ker... x berani pulak nak tengok..

tekan je, pastu tekan tutup mata

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052945 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top