CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustaz Azhar kini jadi penternak kira-kira 100 ekor dhab yang harganya cecah RM5 ribu seekor

16-2-2021 01:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25858| Komen: 383




TAIPING: Bermula dengan sepasang dhab atau biawak padang pasir yang dibawa dari Mesir ke tanah air pada tahun 1994, kini seorang bekas guru agama sekolah mampu tersenyum puas apabila menternak kira-kira 100 reptilia itu di laman rumah sendiri bagi tujuan komersial.

Berbeza dengan biawak spesis lain, dhab adalah spesis yang halal dimakan umat Islam dan biasanya menjadi makanan penduduk di negara Asia Barat khususnya padang pasir seperti Mesir dan Arab Saudi.

Selain itu, dhab juga dipercayai berkhasiat dari segi kesihatan.

Penternak dhab, Azhar Mohamad Shafawi, 49, berkata, minat memelihara haiwan itu bermula ketika masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada awal 90-an bagi menjana pendapatan untuk membiaya pengajiannya ketika itu melalui penghasilan minyak dhab yang dipelajari dari rakan sekuliah.


Katanya, ketika itu masih tiada peruntukan undang-undang yang menghalang daripada membawa haiwan peliharaan dari negara luar masuk ke Malaysia menaiki pesawat komersial biarpun perlu mendapatkan permit untuk memeliharanya.

Beliau berkata, justeru kesukaran mendapatkan haiwan itu di negara ini sehingga sekarang, selain tempoh tumbesarannya yang sangat panjang hingga mencecah ratusan tahun menjadikan harga seekor dhab yang sudah matang mencecah RM5,000 seekor.

"Bermula dengan hanya sepasang induk jantan dan betina, bilangan dhab yang saya ternak kian bercambah. Walaupun tempoh tumbesarannya agak lambat, seekor dhab betina yang mencapai usia matang iaitu tujuh tahun mampu menghasilkan 20 hingga 70 telur.

"Menternaknya juga tidaklah begitu sukar memandangkan ia hanya memakan sayur-sayuran yang tinggi kadar air serta kekacang sebagai sumber protein selain daya ketahanannya yang tinggi khususnya apabila cuaca panas dan kering.

"Haiwan pemangsanya juga tidak banyak serta dapat hidup bersama haiwan berbisa seperti kala jengking dan ular memandangkan haiwan pemangsa dhab yang diketahui hanyalah burung helang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Expo, Kamunting, di sini, hari ini.

Katanya lagi, bagaimanapun kesilapan menyesuaikan keadaan persekitaran dhab yang diternak boleh mengakibatkan haiwan itu mengalami penyakit yang cepat berjangkit, seperti air hujan yang membasahi pasir bakal menyebabkan kaki haiwan itu luka dan berkudis.

Bapa tiga anak itu berkata, setiap hari beliau memperuntukkan RM50 untuk makanan haiwan itu yang terdiri dari sayur terutamanya kubis, sawi, daun salad dan kacang panjang termasuk kekacang seperti dal sebagai sumber protein.

"Saya cuba meniru suasana seakan-akan di habitat asalnya di negara Asia Barat dengan meletakkan pasir di kandang mereka selain membuat banyak lubang daripada gegelung PVC (Polyvinyl Chloride) sebagai sarang untuk mereka 'berteduh' dan bersembunyi," katanya.

Melihat potensi komersial yang tinggi, Azhar berkata beliau sanggup meninggalkan pekerjaannya sebelum ini sebagai guru agama sekolah kerajaan pada tahun 1998 bagi menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha itu.

Dibantu enam pekerja, Azhar berkata sehingga kini dia sudah mempunyai kira-kira 100 ejen yang memasarkan produk yang dihasilkan di bengkel yang juga terletak dalam perkarangan rumahnya itu, membabitkan minyak urut, pil kapsul pati dhab, serta serbuk kopi campuran pati dhab.

"Bidang penternakan (dhab) ini pada saya sungguh berbaloi berbanding pekerjaan saya sebelum ini. Tambahan pula setahu saya, bilangan pengusaha atau penternak dhab di negara ini sangat sedikit yang sekali gus menyebabkan permintaan terhadapnya begitu tinggi," katanya.



Sumber : Berita Harian
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-2-2021 01:51 AM
Geli lh

Bnyk lg benda blh dimkn
Quote slavehunter 16-2-2021 02:07 AM
Yucks. Dah duduk Asia tenggara tak sesuai nak makan binatang macam ni.
Quote MissVixen 16-2-2021 02:14 AM
Walaupun halal, geli la. Terbayang biawak dalam longkang
Quote jazaa100 16-2-2021 02:15 AM
supernaturalee replied at 16-2-2021 01:51 AM
Geli lh

Bnyk lg benda blh dimkn

biasalah lelaki melayu....

apa je yg blh menaikkn nafsu, akn dikaji & tu lah yg dorang minat....pdhal kaki dah gout, ada penyakit 3 serangkai tapi masih nk kejarkn ubat utk ***
Quote dua_chzy 16-2-2021 02:37 AM
Minyak kegilaan jantan nusantara 2B.
Quote dua_chzy 16-2-2021 02:38 AM
Camna dhab ni boleh halal dimakan? Sebab Ereb makan turun temurun jadik halal lah?
Quote dua_chzy 16-2-2021 02:39 AM
Ulat sagu yang jauh lagik bersih tu pulak haram dimakan sebab Ereb tak makan. Gi mampos lah.
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2021 03:01 AM
Hyena tu lagi mengerikan, halal juga.
Quote Normabaru 16-2-2021 03:05 AM
Mati2 ingat benang uai. Hahaha
Quote sekngucing 16-2-2021 03:09 AM
dua_chzy replied at 16-2-2021 02:38 AM
Camna dhab ni boleh halal dimakan? Sebab Ereb makan turun temurun jadik halal lah?

Sebab ereb makan..jd halal

Biawak.malaysia ereb tak.makan
Quote torres9 16-2-2021 03:18 AM
dua_chzy replied at 16-2-2021 02:38 AM
Camna dhab ni boleh halal dimakan? Sebab Ereb makan turun temurun jadik halal lah?

Bodohnya kau ni.. Kau faham tak konsep halal macam ni? Sebelum komen cuba baca apa beza dhab dan biawak.. Cara dia makan, hidup kat mana
Quote dudaberhias 16-2-2021 03:37 AM
geliii... tapi cantiknya di jadikan hermes dikkk... boleh custom special request ke kat butik
Quote RamonaFlower 16-2-2021 04:27 AM
Ade kan zaman nabi org tanya nabi berkenaan sejenis cicak(dhab). Nabi kata halal tp Nabi tak mkn. Nabi tak kata lah geli ke apa cuma dia mention halal but baginda tak makan
Quote GigaMom 16-2-2021 04:28 AM
Belum 50 umir dia ni rupanya
Tapi dh nmpk tua
Byk bini jg kan
Quote FOTHER-MUCKER 16-2-2021 04:44 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-2-2021 12:45 PM
torres9 replied at 15-2-2021 11:18 AM
Bodohnya kau ni.. Kau faham tak konsep halal macam ni? Sebelum komen cuba baca apa beza dhab dan b ...

Yang ini Macamana?

Quote dua_chzy 16-2-2021 04:50 AM
torres9 replied at 16-2-2021 03:18 AM
Bodohnya kau ni.. Kau faham tak konsep halal macam ni? Sebelum komen cuba baca apa beza dhab dan b ...

Ngkau terangkan la dah aku bodoh sangat. Ha, cer citer cer citer.
Quote dua_chzy 16-2-2021 04:52 AM
FOTHER-MUCKER replied at 16-2-2021 04:44 AM
Yang ini Macamana?


Ha dubuk pon halal dimakan dalam Islam karna pak Ereb makan turun temurun. @torres9 yang pandai lagik bijaksana boleh cerita kat akak yang bodoh ni tak mengapa hewan pengotor pemangsa sebegini halal dimakan dalam Islam tapi kelawar pulak haram dimakan walaupun heshe makan serangga dan buah sajork?
Quote Trumpettt 16-2-2021 05:02 AM
Mcm mkn biawak pulak...tak sanggup nk telan.
Quote lavendernovella 16-2-2021 05:14 AM
Nama saintific ialah Uromastyx sp , dari keluarga cicak Agamidae. Sedara mara dgn mengkarung kat malaysia ni.  

So, dhab ni mmg biawak, reptilia, beza biawak di arab , 100% duduk bergelumang dgn pasir , jadi boleh dimakan, meanwhile biawak kat sini 2 alam, cari makan dalam air dan di darat. Bila 2 alam mmg tak leh makan.

Dhab yang dibela kat malaysia ni 100% ker 1 alam?

Nabi pula, mmg tak makan dhab , tapi dia tak larang sesapa nak makan. Sebab, dhab ni halal tapi tak toyibban.

Lihat semua komen(383)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.102030 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top